‪#‎PARANOIA‬ Bakal Menemui Anda !

Ayuh Sahabat-Sahabat Sekalian , Yang Jauh Datang Dekat , Yang Dekat Kita Erat-Eratkan , Yang Erat Kita Lagi Kuatkan ! Ini Bukan Cobaan Tapi Ini Betul-Betul
Filem PARANOIA Akan Menemui Anda Semua Pada
Tarikh : 


16 Disember 2014 (6.30PM)
17 Disember 2014 (8.30PM)
18 Disember 2014 (3.30PM)
Tempat : Teater Ahmad Nisfu (FKSW)
TIKET HANYA RM3 SAHAJA ! TIKET HANYA RM3 SAHAJA ! TIKET HANYA RM 3 SAHAJA

Kita juga ada Combo Set (DISCOUNT) :
RM3- Individu
RM5- Couple
RM10- Lima orang

Video ini merupakan FIm Pendek pertama daripada kami terbitan STAR PRODUCTION.. Jom layan Trailer yang bakal menghantui pemikiran anda. Let's the PARANOIA is begin..!!!


Di sini, kami telah menciptakan satu dokumentari khas sempena 2o tahun penubuhan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Idea ini diciptakan oleh ahli sekumpulan saya iaitu Lerry selaku pengarah, Ardi sebagai jurukamera dan editor, Wilfred sebagai jurusolek, Nuratikah sebagai pembuat skrip, Athirah dan Gee sebagai penyampai dan saya sebagai jurukamera.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan sekumpulan kerana telah berjaya menghasilkan video ini untuk tujuan tugasan walaupun hanya dibuat dalam beberapa hari sahaja dan videonya tidaklah se'perfect' mana.Tetapi kerjasama anda adalah yang amat penting bagi saya. Saya berharap penghasilan video yang akan datang lebih baik lagi dan terus kekalkan momentum sebagai satu kumpulan.

Video yang dihasilkan seramai 7 orang ini adalah antara video pertama yang dihasilkan untuk melatih kami cara-cara menghasilkan sebuah dokumentari yang sekaligus belajar cara untuk membuat video seperti convert, split, combine video, dan sebagainya. Selain itu kami juga telah belajar cara untuk setting kamera dan membuat white balance, cara membuat reflector yang betul dan banyak lagi.



Tengah aku scroll di FB, aku ternampak satu link tentang perkahwinan yang separuh bogel yang berlaku di Ipoh. Punyalah terkejut saya tengok. Tekan punya tekan, rupanya perkahwinan mereka berjalan di sekitar bandar di Ipoh. Dengar-dengar, mereka berjalan-jalan di sekitar sana selepas melangsungkan perkahwinan. Mereka berjalan-jalan dalam masa sekitar 6 hingga 10 minit sahaja. 

Walaupun dalam masa yang agak singkat, namun ia telah menjadi viral di internet dan media sosial seperti twitter, facebook, instagram, whatssapp, wechat dan sebagainya. Begitu cekap sekali rakyat kita menitik berat perkara seperti ini dan menyebarkannya di seluruh negeri.


Baiklah, memandangkan di hari yang petang ni saya xda buat apa2..Lebih baik saya bagi salah satu tip untuk belajar gitar. Saya pernah menggunakan panduan di bawah ini belajar kod-kod gitar. Yang ni, saya buat sendiri. (hehehe). Tapi yang basic ja lah. Mungkin tips saya ini ada sedikit membantu. Jadi, selamat mencuba kepada anda di luar sana sebagai langkah permulaan belajar gitar




Gambar 1: basic gitar yang pertama






gambar 2: basic gitar yang kedua







Minuman Coca-cola adalah salah satu minuman paling popular di dunia. Minuman ringan ini selalu diminum oleh sesiapa sahaja dari budak kecil sehinggalah ke dewasa. Coca-cola juga mudah dicari dimana-mana. Secara tak langsung menunjukkan bahawa populariti minuman asal Amerika Syarikat ini paling diminati oleh semua orang.

Coca-cola yang sering diminum selama ini juga memiliki kegunaan yang aneh dan tak diduga. Apakah kegunaan lain minuman ini? Jom kita baca ulasannya:

1. Pembersih Karat

Tak banyak orang tahu kegunaan Coca-cola ini. Minuman bersoda ini ternyata juga boleh digunakan sebagai penghilang karat. Caranya adalah, rendam beberapa benda berkarat anda dengan Coca-cola selama semalam. Lepas itu, di pagi harinya lakukan sekatan pada benda yang sudah direndam dengan Coca-cola tersebut. Lalu lihatlah hasilnya, anda pasti terkejut dengan keajaiban minuman berkarbonat ini dalam menghilangkan karat. Coca-cola telah diteliti dan diyakini memiliki kandungan untuk memecahkan partikel-partikel dalam pembentukkan karat.


2. Pembersih Kaca Langsir

Coca-cola juga ternyata sebagai cairan pembersih kaca paling ampuh untuk langsir rumah. Coca-cola memiliki kandungan asam sitrat yang dapat memberikan hasil yang baik bagi anda yang akan membersihkan langsir rumah yang sudah nampak lusuh. Tak hanya pada langsir kaca rumah, namun beberapa orang telah membuktikan kekuatan Coca-cola dalam membersihkan kaca kereta, bahkan tandas bilik mandi anda.

Caranya cukup mudah, tanpa campuran apapun tuangkan Coca-cola pada kaca kereta maupun rumah anda. Lalu, bersihkan dengan kain seperti ketika anda membersihkan kaca sehari-hari. Kemudian, bagaimana hasilnya? Coca-cola lebih memberikan hasil yang maksima dibandingkan dengan alat pembersih kaca lainnya bukan?


3. Menghilangkan Rasa Sakit

Bahan kimia yang terkandung dalam Coca-cola juga dipercayai dapat menghilangkan rasa sakit. Minuman ringan yang satu ini sangat efektif untuk membantu menetralisir rasa sakit dari sengatan ubur-ubur. Memang hal ini sedikit aneh namun beberapa orang telah membuktikan kebenaran hal ini ketika mereka tersengat ubur-ubur.

Caranya sangat mudah, anda hanya perlu menuangkan dan melumur bahagian tubuh yang tersengat ubur-ubur. Tunggu beberapa saat dan rasakan hasilnya, seketika sakit anda akan hilang berkat Coca-cola. Wah, bukan hanya sebagai minuman, namun Coca-cola juga berfungsi sebagai ubat penghilang rasa sakit wooo.


4. Pengusir Hama

Kegunaan Coca-cola berikut ini merupakan sesuatu yang tentunya juga mengejutkan. Bagaimana tidak, ternyata minuman ringan ini dipercayai dapat membunuh beberapa hama tanaman termasuk siput. Seseorang telah mencuba untuk menyiramkan Coca-cola pada seluruh bahagian taman yang sering dikunjung oleh siput. Memang, bagi beberapa orang, siput merupakan haiwan pengganggu yang dapat merosakkan tanaman.

Lain, setelah beberapa saat Coca-cola dituangkan, betapa terkejutnya orang itu melihat apa yang terjadi di tamannya. Yah, beberapa siput dan haiwan pengganggu ditemu mati berserakan di taman bunga tersebut. Jika beberapa orang memilih untuk menggunakan pestisida untuk menghilangkan hama pengganggu, nampaknya mereka akan beralih menggunakan Coca-cola. Selain murah, Coca-cola dapat ditemui di mana-mana kedai.

Fenomena "Meteor Perseid"

Kita berpeluang menyaksikan pancuran Meteor Perseid dan Fenomena "Supermoon" pada Isnin hingga rabu depan iaitu 11-13 Ogos 2014.

Fenomena "Supermoon" yang amat menarik sekali

Kenyataan Agensi Angkasa Negara , menyebut pada minggu kedua Ogos, bulan purnama paling besar dan terang dalam tahun ini yang berlaku serentak dengan Pancuran Meteor Perseid bakal menyajikan pemandangan menarik langit.

Pancuran Meteor Perseid terjadi apabila komet Swift Tuttle mengunjungi sistem suria setiap 133 tahun dan meninggalkan debui di sepanjang laluannya.

Komet Swift Tuttle akan menerjah atmosfera bumi pada kelajuan 225, 300 kilometer sejam dan menghasilkan percikan cahaya di langit.
"Swift Tuttle" yang berada di permukaan langit


Menurut kenyataan itu, waktu terbaik menyaksikan pancuran Meteor Perseid ialah selepas tengah malam hingga subuh dan menghadap ke arah timur laut.

Pancuran Meteor Perseid mampu menghasilkan banyak bebola api yang memiliki kecerahan seperti Planet Musytari atau Zuhrah.

Ketika keadaan langit gelap dan bebas daripada sinaran bulan, pencerap biasanya dapat menyaksikan lebih daripada 100 meteor sejam.

Kenyataan itu juga menyebut, Fenomena Supermoon pula berlaku apabila bulan berada dekat dengan bumi iaitu 14% lebih hampir dan 30% lebih terang berbanding malam-malam lain.

Bulan akan berada pada jarak 356, 896 kilometer jam 1.46 pagi manakalafasa bulan purnama berlaku jam 2.06 pagi pada hari Isnin.
                                      
Video lagu Keran Ke Nuan by Bryan Rundi


Lirik lagu Keran Ke Nuan

Ku keran ke nuan
Ku sayau ke nuan
Ku rindu ke nuan
Meh bintang atiku

Pegai jari aku
Anang guai ngelengka
Tanchang dulu pengerindu
Tua dara

Gaga ati aku
Ninga nyawa sulu
Enggau penuh pengerindu
Nuan nyebut I Love You

Oh palik meh ngagai aku
Aku bisi utai dipadah

[*]
Aku keran ke nuan sulu
Enggai aku jauh
Ari nuan baru

[**]
Enda aku ngelengka ke nuan
Deka aku nyaga nuan
Datai ke ujung idupku

Bakatu meh asai
Lebuh betunga mua
Enggau nuan dara
Ti nguan atiku

Oh palik meh ngagai aku
Dinga meh utai disebut aku

Repeat [*][**]

Ndai orang ulih nyerara tua
Pegai teguh semaia tua
Enda ngira pagila tauka lusa
Pengerindu tua datai ke belama ia

Repeat [*][**]

Aku enda sanggup ninggal ke nuan
Oooo….

Aku enda betah ke nuan sulu
Oooo….

Aku sayau ke nuan enggau pengabis atiku
Surat versi BM....

Saya Rosene, seorang imigran Kristen Iraq yang kini menetap di Amerika Syarikat. Saya menulis surat ini berhubung penganiayaan yang sedang berlaku di Iraq. Saya ingin dunia tahu apa yang terjadi saat ini kerana media tidak memaparkan peristiwa ini.

Keluarga, teman-teman dan saudara saudari Kristian di Kota Mosul (niniwe) mengalami penganiayaan berat saat ini. Pada minggu pertama Julai 2014, ISIS atau penguasa Islam Iraq telah mengeluarkan arahan kepada umat Kristian untuk membuat pilihan sama ada:

1) Masuk Islam
2) Bayar cukai yang sangat tinggi
3) Mati

beserta ugutan bunuh dengan pedang sebelum 19/07/2014. Orang Kristian Mosul. Orang Kristian Mosul terpaksa lari menyelamatkan diri menuju Kurdistan.Ribuan keluarga Kristian kehilangan rumah,barang-barang dan wang. Gereja-gereja dibakar, salib dan gambar-gambar dirampas. 

Kanak-kanak yang dibunuh oleh militan ISIS


"Hati saya hancur, sedih dan putus harapan kerana tiada apa yang mampu saya lakukan untuk menolong mereka. Saya tidak meminta lebih dari yang Yesus minta. Berdoalah untuk mereka. Tolong sebarkan dan kongsikan kepada komuniti Kristian di timur tengah selama bertahun-tahun. Jangan berhenti berdoa dan maklumkan kepada dunia keadaan sebenar yang berlaku terhadap orang Kristian."

Ramai rakyat Kristian Iraq dibunuh jika enggan patuh perintah


'Bapa, ampuni mereka kerana mereka tidak tahu apa yang mereka perbuat'. Lukas 23:34

Di Malaysia, kita takkan tahu mengenai kes ini melalui TV atau radio. Kita akan tahu melalui media sosial sahaja. Sebab Malaysia tidak akan mendedahkan kekejaman orang Islam ke atas orang-orang Kristian. Tetapi tentang hal Israel berperangan dengan Palestin, Malaysia dengan hati yang terbuka menyebarkan penindasan Israel ke atas Palestin kerana semata-mata untuk menutup mata rakyat Malaysia (terutama Kristian) agar Israel dilihat kejam di mata masyarakat. Kalau boleh, di mata dunia.Actually, kita tidak mempunyai pengetahuan tentang apakah punca sebenar serangan Israel ke atas Palestin? Of course, ada reason yang waras di sebalik serangan Israel ke atas Palestin. Cuma kita rakyat tidak mampu melihat kerana kebenaran telah disembunyikan. Sampaikan ramai Kristian from Malaysia salah faham ke atas Israel.



Sebab ramai orang Kristian yang buta alkitab. That's why berhati-hati dengan apa anda likedi FB atau WeChat  atau di mana-mana..sebab Alkitab sudah tertulis sesiapa yang memberkati orang Israel akan diberkati dan sesiapa yang mengutuk Israel akan dikutuk. That's why kenapa Malaysia menjadi huru-hara dan banyak perkara terjadi ke atas Malaysia sebab?sebab Malaysia mengutuk Israel

Kejadian: 27:29
"Bangsa-bangsa akan takluk kepadamu. Dan suku-suku bangsa akan sujud kepadamu; jadilah tuan ke atas saudara-saudaramu, dan anak-anak ibumu akan sujud kepadamu. Siapa yang mengutuk engkau, terkutuklah ia dan siapa yang memberkati engkau diberkatilah ia"

Sebagai orang Kristian yang mencintai kedamaian dan mempunyai kasih sayang seperti Kristus mahukan..sesungguhnya, kita juga bersimpati terhadap kesulitan rakyat Palestin..

Sebagai Kristian, janganlah kita pernah berhenti berdoa agar damai Kristus melindungi Bumi.

Sebarkan kepada semua saudara-saudari seiman dalam Kristus..selamatkanlah mereka.Saya Kristian, telah melakukan tanggungjawab ini..Salam Damai!!
Sedikit renungan bersama...

Juan bekerja di sebuah kilang pengedaran daging. Suatu hari, ketika dia habis kerja, dia telah pergi ke bilik sejuk beku daging untuk memeriksa sesuatu tetap tidak bernasib baik  kerana pintu sejuk beku tersebut telah tertutup dan terkunci dari luar. Tidak ada sesiapun untuk menolong . Walaupun dia berteriak dan mengetuk dengan segenap kekuatannya untuk meminta bantua, teriakannya hanya sia-sia kerana tidak ada sesiapa dapat mendengar. Kebanyakan pekerja sudah pun pulang dan berada di luar bilik tersebut membuatkan mustahil untuk orang mendengarnya dari dalam.
Gambaran kilang daging tersebut tempat Juan bekerja

5 jam kemudian, ketika Juan berada di ambang maut, sekuriti kilang tersebut telah datang membuka bilik sejuk beku daging tersebut. Juan kemudian bertanya bagaimana dia boleh sampai ke tempat tersebut kerana ia bukanlah satu rutin kerjanya. Sekuriti itu menjelaskan kepada Juan, "Saya sudah bekerja di kilang ini selama 35 tahun, lebih seratus orang keluar masuk di kilang ini setiap hari, tetapi kamu adalah antara beberapa orang yang menyapa saya pada waktu pagi dan mengucapkan selamat malam setiap hari ketika meninggalkan tempat ini selepas waktu kerja .

Gambaran bilik sejuk beku kilang daging tersebut 
Ramai melihat saya sebagai halimunan. Seperti hari-hari biasanya, kamu menyapa saya dengan sederhana "HELLO" ketika masuk untuk bekerja. Tetapi peliknya selepas waktu bekerja hari ini,saya menyedari bahawa saya tidak mendengar "BYE, JUMPA ESOK" dari kamu dan seterusnya mendorong saya untuk memeriksa sekitar kilang. Saya sangat teruja untuk mendengar "HI" dan "BYE" dari kamu setiap hari. Bagi kmamu, saya adalah seorang yang istimewa. Menyedari tiada ucapan dari kamu sebelum pulang hari ini, saya pasti sesuatu telah terjadi terhadap kamu. Kemudian saya mula mencari dan menemukan kamu!

Mungkin begini suasana sekuriti tersebut bekerja yang selalu disapa oleh Juan


RENUNGAN DARIPADA CERITA INI:

Rendahkan dirimu, kasihi dan hormati orang-orang di sekeliling mu kerana waktu hidup kita amatlah singkat. Berusahalah untuk berimpak kepada orang di sekelilingmu dengan cara yang mungkin kita juga tidak terfikirkan terutama terhadap orang yang kita akan temukan setiap hari dalam hidup kita. Orang yang mungkin tidak ada kaitan atau kena mengena dengan kita mungkin akan menjadi satu-satunya pertolongan kita satu hari nanti.

Sekian entry kali ini. Sehingga jumpa lagi!
Baiklah, saudara dan saudari, entri kali ini saya ingin memaparkan salah satu snipping tool yang saya ambik dari page saudara Saiful Nang mengenai pendapat beliau berkenaan Islam yang masuk ke gereja.



Pasangan yang baru saja selesai melangsungkan perkahwinan mereka di Melaka baru-baru ini telah membakar dan memijak bendera Israel sebagai tanda protes terhadap kekejaman Zionis.

Norfadhilah Mohd. Badroldin, 27 dan suaminya iaitu Mohd. Hilmi Muslim,27 kedua-duanya bekerja sebagai arkitek bertindak melakukan perkara itu selepas berasa sedih dengan saudara Islam mereka dibunuh oleh tentera Israel.

Terdahulu, bendera itu pernah dipijak oleh 3000 tetamu yang hadir ke majlis itu. Tindakan memijak itu merupakan Israel selayaknya diletakkan di bawah tapak kaki umat Islam selain membangkitkan perasaan marah terhadap kekejam rejim itu.


Kata saudari Norfadhilah, "biarpun sekadar tanda protes, dengan memijak bendera Israel, namun selayaknya negara pengganas itu mendapat penghinaan sewajarnya".

"Upacara" membakar bendera di majlis perkahwinan yang dilangsungkan dengan jayanya

Baiklah saudara, saya telah pun membuat liputan sebentar tadi melalui sumber Astro Awani. Kini, saya juga mempunyai pendapat saya sendiri secara peribadi. Saya faham dengan emosi saudara dan saudari seIslam yang dibunuh oleh Zionis untuk mendapatkan kembali tanah di negara masing-masing dan saya belum pasti sangat punca peperangan di antara dua buah negara ini. Sejarah mereka yang enggan dirampas tanah dari dahulu lagi. Tapi, siapakah yang ingin memulakan peperangan dahulu? Adakah Israel ataupun Palestin?Tepuk di dada sendiri, maka terasa lah bahangnya..

Semasa saya scroll satu artikel dari Google, saya amat terkejut kerana ada berita mengatakan salah sebuah blog milik rakyat Israel yang bertitlekan Elder of Ziyon. Heading yang mereka pilih ialah "Malaysia couples decidesto burn Israeli flag on their wedding day" dan anda boleh mendapat lagi info ini di elderofziyon.blogspot.com


Statement blog dari Israel mengenai pembakaran bendera mereka
Dalam pada itu juga, ada wakil dari Malaysia yang tampil dengan megahnya berloghat bahasa Kedah melalui ruangan komen di situ.

Komen dari wakil Malaysia yang penuh berilmiah

Bagaimana sekiranya Israel pula yang menyerang kita kerana berasa tidak puas hati dengan "puak-puak" ekstremis yang ada di Malaysia? Adakah kita sudah bersedia untuk menentang mereka? Adakah kita mempunyai Hi-Tech Weapons seperti yang Israel miliki sekarang? Sedangkan isu pencerobohan di Sabah belum lagi selesai, inikan pula sibuk untuk mencabut rumput di depan rumah orang, sedangkan rumah sendiri penuh dengan lalang.

Sewajarnya, mereka patut tumpukan untuk hari perkahwinan sebagai hari yang paling bahagia dan bukannya mengabdikan kenangan dengan menyebarkan kebencian terhadap orang lain. Banyak lagi sesuatu yang berfaedah secara sosial dan agama yang boleh dibuat untuk mengabdikan kenangan dalam majlis perkahwinan. Mengapa pula mereka memilih jalan yang biadap ini? Malah kedua-duanya juga orang yang berilmu dan berintelektual, boleh berfikir secara waras, tapi mengapa harus memilih cara dan jalan ini?

Fikir-fikirkanlah saudara dan saudari. Bertindak mengikut akal, dan bukannya mengikut emosi. Sekian entri kali ini. Jika ada yang keraguan mengenai artikel ini, sila nyatakan pendapat anda melalui ruangan komen. Terima kasih.
Bercerita mengenai kekejaman Israel bagi agama Islam, kita singgah sebentar mengenai kekejaman Iraq terhadap golongan Kristian di negara mereka. Adakah ini jahil dan lebih kejam lagi daripada tentera Israel yang kononnya ingin merampas tanah di Gaza, Palestin? Di manakah peranan media mengenai kekejaman ini? Atau hanya mungkin media di negara kita yang "malu" untuk menyiarkan kekejaman ini? Fikir-fikirkanlah!!!

Penduduk di Iraq yang beragama Kristian telah ditindas oleh kumpulan militan ISIS. Mereka telah membakar sebuah gereja Katolik yang berusia 1, 800 tahun di Mosul,Iraq.

Militan ISIS membakar gereja Katolik yang berusia 1,800 tahun di Mosul,Iraq
Ramai rakyat yang beragama Kristian dibunuh jika enggan "convert" atau masuk ke dalam agama Islam dan akan dibuang negara jika enggan patuh perintah. Sungguh kejam bukan?? Malangnya, tindakan media sangat bias dan perkara ini sedikitpun tidak mendapat perhatian media.

Tetapi golongan Kristian tetap dengan pendirian agama mereka kerna agama Kristian tidak pernah mengajar umatnya untuk berdendam dan menyumpah serta dengki dengan agama lain. Kerana manusia adalah sama dan ini bukan soal agama(religion), tetapi soal kemanusiaan (humanity). Manusia tetap perlu memijak bumi yang nyata. Jika mereka benar-benar percaya Tuhan itu adalah satu, maka bersatulah sebagai manusia. Manusia juga tetap akan mati dan jika saudara percaya Syurga itu Nyata, kita tetap akan masuk syurga yang sama dan menyembah Tuhan yang satu.

Mangsa-mangsa kekejaman ISIS di Iraq
Saya sentiasa ingin berkongsi satu firman untuk saudara-saudara semua untuk tatapan bersama;

"Father, forgive them; for they do not know what they are doing." And they cast lots, dividing up His garments among themselves. And the people stood by, looking on. And even the rulers were sneering at Him, saying, "He saved others; let Him save Himself if this is the Christ of God, His Chosen One."


Hai semua..Lama dah tak update dengan blog ni..Cuti-cuti kunun.Maklumlah, banyak urusan yang masih belom selesai. Entri yang akan saya paparkan pada kali ini ialah mengenai seorang jejaka yang berkarier sebagai pengacara yang kini semakin popular, iaitu Henry Golding yang merupakan kacukan Iban Inggeris.Jom layan!!!!

BERUNTUNG menjadi Henry Golding. Untung yang dimaksudkan bukan kerana dia memiliki wajah yang tampan hasil darah campuran Inggeris daripada bapa dan Iban daripada ibunya. Tetapi untung jejaka kelahiran Betong, Sarawak itu apabila dirinya berpeluang menikmati pengalaman mewah dan berharga mengelilingi seluruh pelosok darat mahupun ke dasar laut di Malaysia dalam usia baharu 24 tahun.Dua program 8TV, Welcome To The Rail World dan terbaharu Without Boundaries - Islands and Beaches menjadi platform buat pengacara muda itu mendapat pengalaman yang jarang-jarang diperoleh oleh orang lain.Program Welcome To The Rail World memperlihatkan Henry pergi ke setiap negeri, mempelajari sejarah dan budaya setiap kaum di Malaysia manakala program Without Boundaries - Islands and Beaches pula menyaksikan Henry menjejakkan kaki ke setiap pantai dan pulau di Malaysia serta melalui pengalaman julung-julung kalinya menyelam ke dasar laut.

Peluang bertemu dengan jejaka kacak ini pada sidang akhbar program Without Boundaries - Islands and Beaches yang berlangsung di Full House, Sunway Giza, Kota Damansara, perkara tuah mengenai pengalamannya itu diajukan kepadanya."Sememangnya saya sangat suka mengembara. Peluang menjadi pengacara untuk kedua-dua program itu merupakan pengalaman berharga buat diri saya. Ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan dan beremosi sekali."Dalam program ini, saya berpeluang kembali ke tempat tinggal saya di Dungun, Terengganu selepas hampir 15 tahun meninggalkan tempat itu. Saya sangat emosional apabila mengimbau kembali kenangan kami sekeluarga mengadakan barbeque di halaman rumah dan kami adik-beradik sering menghabiskan masa di pantai yang berdekatan dengan rumah," katanya yang menetap di sana ketika usianya empat sehingga 10 tahun.
Salah satu gaya sexy Henry
Salah satu program menarik dalam rancangan Henry ialah mengenai keindahan habitat alam semula jadi
Program "Without Boundaries"- Islands and Beaches
Meletakkan Anthony Bourdain dan Samantha Brown sebagai garis panduan dalam bidang pengacaraan, Henry merasakan jiwanya lebih ke arah bidang pengacaraan terutamanya program kembara.Dia juga mengaku lebih suka fokus kepada satu-satu perkara daripada mencuba pelbagai bidang. 

Mengacara juga baginya tidak perlu bergantung kepada skrip tetapi mengikut kreativiti seseorang pengacara itu menyesuaikan skrip mengikut situasi yang berlaku."Buat masa ini hati dan fikiran lebih ke arah pengacara. Saya suka fokus kepada satu benda sahaja tetapi tidak menolak jika mendapat tawaran di bidang lakonan," katanya.Namun bila disoal tentang mencuba bidang nyanyian, jawapannya: "Oh tidak sekali tetapi mungkin ya kalau di bilik air."Saat diajukan tentang kegemarannya selain mengembara, jawapan daripada mulut pengacara itu barangkali mengejutkan orang ramai.Kata Henry: "Saya suka makan ulat sagu. Rasanya seperti sup ayam sejuk," katanya yang juga menggemari durian dan tempoyak.
Gaya Henry yang sungguh mantap

Henry juga berkesempatan bertemu Chef Anne yang dikenalinya semasa kecil.Kata Henry, wanita itu kelihatan sudah berusia tetapi masih mengenalinya."Saya juga berpeluang bertemu dengan Chef Anne di restoran yang sama dia bekerja dahulu. Paling menyentuh hati, apabila dia masih mengenali saya biarpun sudah 15 tahun tidak bertemu," ungkapnya.Mengenali Henry, ketika usianya dua tahun, keluarganya berhijrah ke Surrey di Selatan London selama dua tahun. Henry dan keluarga kemudiannya pulang semula ke Malaysia dan menetap di Dungun selama enam tahun. Selepas itu, mereka sekeluarga berpindah semula ke Surrey dan akhirnya pada tiga tahun lepas Henry kembali ke tanah airnya semula dan menganggap Malaysia sebagai platform untuk dirinya melebarkan sayap di bidang pengacaraan.

Bertemu jerungTidak pernah menolak cabaran yang dihadapkan kepadanya, Henry juga mencabar diri mencuba pelbagai aktiviti semasa mengacarakan program kembaranya.Episod pertama program tersebut memaparkan Henry belajar permainan api Red Indian di Pulau Perhentian, Terengganu. Biarpun berkali-kali badan dan kakinya terkena api, Henry tetap mencubanya sehingga mahir dan menganggap permainan itu menyeronokkan.Mengaku sangat sukakan cabaran, namun saat bertemu dengan ikan jerung Hammerhead ketika menyelam di Pulau Layang-Layang, Henry seakan-akan kaku dan takut.

"Ketika di Pulau Layang-Layang, saya menyelam ke dasar laut sedalam 35 meter. Semasa menikmati panorama di sepanjang terumbu karam, dengan tiba-tiba kelihatan seekor ikan jerung Hammerhead dan membuatkan saya terkejut dan kaku."Jerung itu agak besar dan ia menghampiri saya. Saya cuba memberitahu rakan-rakan tetapi jerung tersebut kemudiannya beredar," katanya yang mengaku merasa sangat kecil apabila berada di dasar laut.Henry juga mengaku sangat beruntung kerana dapat melakukan skuba ke dasar laut yang menarik seperti Sipadan, Kepalai, Tenggol dan Mabul, Sabah. Namun, saat ditanya pulau manakah paling menarik baginya, Henry teruja memberitahu, Pulau Layang-Layang.Katanya,"Bagi saya Pulau Layang-Layang sangat cantik. Kami menyelam bersama lebih 30 ekor ikan lumba-lumba dan berpeluang bertemu dengan ikan jerung".

MH17 telah disahkan oleh Ukraine ditembak menggunakan sejenis senjata yang dikenali sebagai "Buk" itu.

Berikut adalah infografik kejadian MH17 yang ditembak menggunakan "Buk Missile System":


Pesawat MH17 yang telah dilaporkan 'ditembak' kini telah terhempas dalam kawasan amat merbahaya yakni konflik pemisah Ukraine didokong Russia lawan kerajaan Ukraine.

Tandatanya terbesar yang berlegar satu dunia sekarang ialah bagaimana penyiasat antarabangsa hendak masok ke lokasi nahas di Timur Ukraine untuk buat siasatan kerana ia dikuasai oleh puak pemisah.Selain itu tentulah pihak yang tembak MH17.Rata-rata termasuk pihak berkuasa Ukraine dakwa ia perbuatan puak pemisah Ukraine.

Seramai 295 nyawa - 280 penumpang dan 15 anak kapal terkorban dalam nahas itu.

Ikut laporan awal ,paling ramai kalangan penumpang ialah dari warga Belanda 143,Australia 27,Malaysia 20, Indonesia 11,British 6,Jerman 4,Belgium 3,Filipina 3 dan 1 Kanada.Kewarganegaraan 62 lagi penumpang boleh dapat dipastikan lagi.

Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu Amsterdam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi esok waktu Malaysia.Desas desus mengenai nahas itu hangat sejak jam 10 malam dan memuncak awal jam 11 bila media antarabangsa seperti CNN,Reuters,Aljazerra dan lain-lain siar breaking news mengenainya.

Sekitar 11.30 malam twitter MAS mengesahkan pihaknya telah putus hubungan dengan MH17 dari Amsterdam.Setengah jam kemudian Perdana Menteri menerusi twitter kata beliau terkejut dengan laporan kehilangan pesawat MAS.Tidak lama selepas itu beliau bergegas ke bilik operasi MAS di KLIA untuk mendapat taklimat dan butir-butir mengenai nahas.Pada waktu yang sama gambar-gambar bangkai pesawat,mayat bergelimpangan dan video kepulan asap menjulang tempat lokasi MH17 terhempas disiar oleh media Russia.


5.00 pagi - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sidang akhbar jam 4.50 pagi di KLIA kata tiada panggilan kecemasan diterima dari MH17 sebelum terhempas. Satu pesawat khas Malaysia akan dihantar ke ke Kiev,ibunegara Ukraine.

BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH PERDANA MENTERI : 


"Petang semalam, saya dimaklumkan mengenai berita yang amat dahsyat dan sangat mengejutkan bahawa sebuah pesawat Malaysia Airlines terhempas di timur Ukraine.

"Malaysia Airlines telah mengesahkan bahawa pesawat itu adalah Malaysia Airlines Penerbangan 17 yang dalam penerbangan berjadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

"Penerbangan itu berlepas pada 12.15 tengah hari, waktu tempatan. Ia dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi waktu tempatan Malaysia.

"Pesawat itu adalah Boeing 777-200".

"Laluan penerbangan pesawat itu telah diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

"Dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa telah menyatakan bahawa ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.

"Malaysia Airlines mengesahkan bahawa pesawat itu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.

"Penerbangan itu membawa sejumlah 295 orang - merangkumi 280 penumpang dan 15 anak kapal.

"Malaysia Airlines kini dalam proses memaklumkan kepada waris penumpang dan anak kapal. Semua bentuk penjagaan yang sebaik mungkin akan diberikan kepada waris.

"Kita akan berusaha sedaya upaya.

"Sekiranya pesawat itu benar-benar ditembak jatuh, kita akan mendesak pihak yang bertanggungjawab melakukannya dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

"Pusat-pusat operasi kecemasan sudah pun ditubuhkan. Dalam beberapa jam lepas, pegawai-pegawai Malaysia sentiasa berhubung dengan rakan sejawatan mereka di Ukraine dan tempat lain.
"Dan saya akan bercakap dengan beberapa pemimpin dunia dalam beberapa jam lagi.

"Saya telah pun beberapa kali bercakap dengan Perdana Menteri Netherlands.

"Saya juga telah bercakap dengan Presiden Ukraine. Beliau berjanji akan menjalankan siasatan penuh, menyeluruh dan bebas, dan pegawai-pegawai Malaysia akan dijemput menyertainya.

"Presiden Ukraine juga mengesahkan bahawa kerajaannya akan berunding dengan pemberontak di timur negara itu bagi menubuhkan satu koridor kemanusiaan di tempat pesawat itu terhempas.
"Sebentar tadi, saya menerima panggilan daripada Presiden Obama.

"Saya dan beliau bersetuju bahawa siasatan itu perlu dijalankan tanpa sekatan.

"Sebuah pasukan antarabangsa perlu mempunyai akses sepenuhnya ke tempat pesawat itu terhempas.

"Dan tiada siapa pun patut mengganggu kawasan itu, atau mengalihkan sebarang serpihan, termasuk kotak hitam.

"Ini merupakan hari yang tragik, dalam tahun yang begitu tragik, bagi Malaysia.

"Sambil kita cuba memahami apa yang berlaku, doa dan harapan kita adalah untuk keluarga dan rakan mereka yang berada dalam penerbangan itu.

"Saya tidak dapat bayangkan apa yang sedang mereka alami pada saat-saat memilukan ini.

"Penumpang dan anak kapal penerbangan ini adalah dari banyak negara berbeza.

-18/7/2014

MH17 yang telah terbakar teruk kini masih dalam pemantauan


Berikut adalah video yang sempat dirakam oleh salah seorang penduduk di Ukraine;



Pahlawan Lan Dayak ti ke dulu nulong Rajah Brooke maia expidition gai Batang Ai ngau Batang Engkelili ti dkumbai Apun Nalang..Ia to keno ke jerita enti ngentak ke tumit kaki ba batu anchau,nyau temepur retak batu tang lebuh ia besatup ngau Depa Peyintak Nyawa ia parai dbunuh ba Nanga Sungai Bangkit ke diato.

      Nyadi maia nya ba menua Song to nadai bisi maioh orang datai laban maia nya sida ambis pulai ngau Bantin ke Kalimantan spengudah Bantin ringat meda Rajah Brooke enda kiruh ke pinta ia ka pindah agai Sg.Tekalit.Maia tahun 1913 diak Alun Nalang ngmai bala Army ia kulu kin napat ke Depa tang sida alah laban dtipu Depa to tadi ngna cara nyadi kaban sida ia.Keno ke jerita Depa deduie nyabak maia nya laban ia aja ke bedau ba rmh panjai ba Tapang Lancham kediato laban sida ke bujang engau ke tuai ambis nulong bala ngetan menua ba Ulu Kanowit maianya.Laban Depa to kena pisa(bisul) ba burit ia enda ulih engau kin.Meda diri siko ja lelaki ba rumah panjai diak Depa nurun kdiri aja nglaban Rajah ba Nanga Bangkit..bedau munya bisi kerangan besai amai ba nanga ai sungai to.Ba dito meh nyabak semalam malam ngujung ke sabak ia ddinga aki remaong.

      Nyadi aki remaong to meh nulong Depa to.Maia nya bala Rajah datai diak Depa nyaru nyadi askar Rajah ngujung ke bala Rajah parai dtubai ia ngena racun ludah remaong.Maioh sida askar to parai kelia..mina Apun Nalang nya ke bedau idup agi kering baka selama laban bisi penawar racun ti berbisa.Lebuh seduai ia Depa bamuk ba Nanga Bangkit nyau 3 hari 3 malam keno ke jerita sida niang inik nusi ngujung ke empat hari Alun Nalang nyau silap nyau dbai bamuk ba ai sungai ngujung ia parai dpangka Depa ba bandir pun Kasai ti besai senentang ulu ba Nanga Bangkit kediato.

Gambar Pematak Kayau Menua


     Nasib aki remaong madah ke Depa munuh Apun Nalang to mesti mangka ke pala ia ba bandir pun kasai laban duku,ilang ngau sangkoh nda ulih munuh ia.Pengudah Apun Nalang parai diak Brooke balat mai pedis ati ngujung ke ia nganjung bribu ribu askar ia kulu katibas napat ke Depa.Depa alu pindah ke Ulu Tisa ti ngujung Depa bulih dengah bangsa Ukit ti besai mai.Keno ke jerita pala ukit to mesai pemerap kitai kediato.Tubuh belakang besai ari pintu.Depa munuh ukit to tadi ba Sungai Lalang sitak menua ba ulu sungai Tisa,nyadi udah Depa mumpung pala Ukit to,tubuh dbuai ia gai baruh wong ngujung ba baruh wong to alu bisi pun kara besai nyadi sampai kediato agi meh pun kara nya ba tengah tengah lubuk...Depa to dkumbai Peyintak Nyawa laban ia to ti ngau ngayau sigi beribu iko parai tang sayau ia parai laban penyakit samah ba Ulu Tisa maianya..

To story dambik ku ari aki empu.Nyadi pala Ukit to ti enda salah bisi ba museum Kuching ti dkumbai THE BIGGEST HEAD..Pala to di ulih Depa ba Ulu Tisa kelia.Ku enda nemu nama kabuah pala munsuh ti besai to tau bisi dsimpan ba museum Kuching din..

P/s: Jerita kelulu ari raban facebook..

Credit gai fanpage Raban Bansa Dayak
Rentetan daripada peristiwa kanak-kanak yang meninggal dan hidup kembali pada Jumaat lepas bersamaan 11 Julai 2014, kanak-kanak itu kini disahkan telah meninggal semula. Berikut adalah peristiwanya;

Selatan Filipina- Seorang kanak-kanak yang berusia tiga tahun yang mengejutkan seluruh penduduk di Zamboanga del Sur, Selatan Filipina itu akhirnya disahkan meninggal dunia sekali lagi.

Ia disahkan oleh doktor yang menggunakan mesin pemantau jantung untuk meneliti keadaan kanak-kanak itu.

Penelitian itu gagal menemui tanda bahawa kanak-kanak perempuan itu masih hidup. Justeru, ibu bapanya dinasihatkan mengebumikan kanak-kanak itu dengan segera bagi mengelakkan jangkitan penyakit.

Kanak-kanak itu pertama kali disahkan meninggal dunia pada hari Jumaat yang lalu akibat demam. Ketika dimasukkan ke dalam keranda, saudara-maranya mendapati kepala budak berkenaan bergerak.


Bapanya kemudian terus memangku kanak-kanak berkenaan, namun ia tidak membawa berita gembira selepas doktor mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia semula dalam pemeriksaan yang dijalankan.

P/S: Apakah kisah dan pengajaran di sebalik cerita ini? Mungkin Tuhan ingin menyampaikan sesuatu kepada kita tentang kematian@tentang kehidupan?Sama-sama kita doakan.
Seorang budak perempuan berusia 3 tahun yang diisytiharkan mati secara klinikal mengejutkan ahli keluarganya apabila terjaga ketika di sebuah gereja sebelum upacara pengebumiannya bermula. 

Kanak-kanak dari Zamboanga del Sur, Selatan Filipina itu sepatutnya dikebumikan pagi keesokannya selepas majlis keagamaan di Aurora.

Bagaimanapun, bapa saudaranya yang membuka keranda berkenaan untuk melihat wajahnya terkejut apabila melihat kepala budak itu bergerak.


Kejadian itu sempat dirakam oleh anggota keluarganya menggunakan kamera telefon bimbit sebelum diupload ke internet

Paparan di bawah merupakan video kebangkitan semula bayi tersebut:





Memandangkan banyak sangat cerita pasal lesen, mesti juga mau melibatkan kereta kan? Ni senarai No. Plate TERKINI di Malaysia. Bagi yang masih confuse tu, bolehlah tengok kat bawah ni senarai no plat terkini di seluruh negeri yang ada di Malaysia.

West Malaysia
Johor= JQF6343
Kedah =KDV278
Kelantan =DCM9385
Kuala Lumpur =WA774H
Langkawi =KV4379D
Melaka =MCN5361
N Sembilan =NCY7452
Pahang =CDM2197
Perak =AJU103
Perlis =RL4108
Pulau Pinang =PLR1884
Selangor =BMT2294
Terengganu =TBP2029


East Malaysia
Beaufort =SB1025C
Betong =QBB9643
Bintulu =QTM642
K Samarahan =QCD6237
Kapit =QP9453
Keningau =SU5079C
Kota Kinabalu =SAB1282V
Kuching =QAA4619K
Kudat =SK3759A
Labuan =LE9706
Lahad Datu =SD9402K
Lawas =QLA9581
Limbang =QLA9581
Miri =QMX1845
Mukah =QS644C
Sandakan =SS1607V
Sarikei =QRH8224
Sibu =QS644C
Sri Aman =QBB9643
Tawau =ST2345V
Hai..berjumpa lagi di dalam Randauruai.blogspot..Baiklah..entri kali ini pula akan bercerita mengenai kenaikan yuran bagi  lesen memandu baru-baru ini.

Kadar harga bagi pengambilan lesen memandu kelas D dan B2 akan dinaikkan dalam masa terdekat iaitu bermula 14 Julai 2014. Ini berlaku setelah prosedur baru telah dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Lesen memandu baru berkualiti akan diperkenalkan.

Antara punca utama kenaikan institut-institut memandu, peningkatan kos dengan kenaikan harga minyak petrol dan banyak lagi kos yang meningkat.

Kebanyakan institut memandu telah mengeluarkan satu senarai harga terbaru akhir-akhir ini,iaitu:

Lesen Kelas D = RM 2000 (Dulu: RM 1300)
Lesen Kelas B2 = RM 1050 (Dulu: RM 600)