Fenomena "Meteor Perseid" |
Kita berpeluang menyaksikan pancuran Meteor Perseid dan Fenomena "Supermoon" pada Isnin hingga rabu depan iaitu 11-13 Ogos 2014.
Fenomena "Supermoon" yang amat menarik sekali |
Kenyataan Agensi Angkasa Negara , menyebut pada minggu kedua Ogos, bulan purnama paling besar dan terang dalam tahun ini yang berlaku serentak dengan Pancuran Meteor Perseid bakal menyajikan pemandangan menarik langit.
Pancuran Meteor Perseid terjadi apabila komet Swift Tuttle mengunjungi sistem suria setiap 133 tahun dan meninggalkan debui di sepanjang laluannya.
Komet Swift Tuttle akan menerjah atmosfera bumi pada kelajuan 225, 300 kilometer sejam dan menghasilkan percikan cahaya di langit.
"Swift Tuttle" yang berada di permukaan langit |
Menurut kenyataan itu, waktu terbaik menyaksikan pancuran Meteor Perseid ialah selepas tengah malam hingga subuh dan menghadap ke arah timur laut.
Pancuran Meteor Perseid mampu menghasilkan banyak bebola api yang memiliki kecerahan seperti Planet Musytari atau Zuhrah.
Ketika keadaan langit gelap dan bebas daripada sinaran bulan, pencerap biasanya dapat menyaksikan lebih daripada 100 meteor sejam.
Kenyataan itu juga menyebut, Fenomena Supermoon pula berlaku apabila bulan berada dekat dengan bumi iaitu 14% lebih hampir dan 30% lebih terang berbanding malam-malam lain.
Bulan akan berada pada jarak 356, 896 kilometer jam 1.46 pagi manakalafasa bulan purnama berlaku jam 2.06 pagi pada hari Isnin.
05:40 |
Category: |
0
comments
Comments (0)