Lama dah x mengarang dekat blog ni selepas berhempas pulas dengan kerja-kerja mengedit dokumentari, berita, filem pendek dan sebagainya.. Paparan entri kali ini adalah mengenai Festival Skrin Digital Pelajar UMS 2014 yang telah berlangsung pada 19 Disember baru-baru ini bertempat di Dewan Resital UMS yang juga dimeriahkan lagi bersama pengarah-pengarah di sekitar Sabah seperti Tony Francis Gitom, Dato Daddy dan juga pengarah yang lain turut hadir ketika itu. 

Sebelum itu kami ada penayangan filem yang berlangsung pada 16, 17, & 18 Disember 2014 bertempat di Theatrette Ahmad Nisfu dengan penayangan sebanyak 11 buah filem. Begitu payah dan agak mencabar sekali bagi kami dari program Komunikasi Jalur Kewartawanan (journ) untuk menyediakan gerai pameran kerana ini merupakan pengalaman pertama kami dalam melibatkan diri ke era pembikinan filem pendek.

Gerai STAR PRODUCTION, filem Paranoia

Hiasan "handmade" yang agak kreatif
TAHNIAH, buat semua krew-krew yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung walaupun penganugerahan tidak berpihak pada kita. Namun PENGALAMAN itu jauh lebih PENTING yang akan menjadi BEKALAN ilmu pada anda semua di masa akan datang dlm apa jua bidang.

Berikut adalah merupakan anugerah yang dipertandingkan dan TAHNIAH kepada filem pendek Simpang Mati kerana telah dapat tempat pertama dalam Festival Skrin Digital Pelajar (FSDP) pada kali ini.
1. Pengurusan terbaik-TAKSUB.
2. Pameran terbaik-MISSING OR HIDDEN CAPT. ELO.
3. Rekaan grafik- GEJOLAK.
4. Kostum dan tatarias terbaik- HISTORUN AND THE SACRED KREMASTO
5. Set dan props terbaik-HISTORUN AND THE SACRED KREMASTO.
6. Sinematografi terbaik-MONSOPIAD.
7. Suntingan Terbaik-SIMPANG MATI.
8. Lakon layar tbaik-SLAYERS.
9. Kesan bunyi terbaik-SLAYERS
10. Trailer terbaik-NONA.
11. Animasi terbaik- MOSOPIAD.
12. Kesan Khas Visual Terbaik-SLAYERS.
13. Pelakon Harapan Lelaki Terbaik- GEJOLAK.
14. Pelakon Harapan Wanita Terbaik-NONA.
15. Pelakon Pembantu lelaki-MISSIN OR HIDDENT CAPT.ELO.
16. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik-Elisabeth (HISTORUN).
17. Pelakon Lelaki Terbaik-Lerry (HISTORUN).
18. Pelakon Wanita Terbaik-PARADOX (Wanie Syamsudin).
19. Cerita Asal Terbaik-SIMPANG MATI.
20. Pengarah Terbaik-GEJOLAK.
21. Filem paling popular-SIMPANG MATI
22. Ke 3-GEJOLAK
23. Ke 2-NONA
24. Ke 1-SIMPANG MATI.
25. Anugerah Khas Juri-PARANOIA, TRANSIT, PUTIH, IRONI.

Antara persembahan pada malam Anugerah Skrin tersebut

Julang piala Anugerah Juri
Persembahan "show fashion" hasil kreativiti pelajar

Anugerah bagi tempat pertama, kedua dan ketiga
Gambar kenangan bersama krew2 paling aktif Paranoia

Bergambar bersama rakan dari Sarawak yang sempat memberi sokongan

Gambar kenang-kenangan bersama abang Sarawak dan Kelantan

Gambar kenangan satu Borneo dan semenanjung Malaysia

bersama rakan-rakan seperjuangan

Kenangan bersama pensyarah yang turut menjayakan filem pendek ini

Hero filem pendek Paranoia (killer)


bersama pengarah film Nona yang mendapat anugerah pelakon wanita terbaik dan tempat ke-2


Sebelum mengakhiri coretan saya pada kali ini, saya ingin memohon maaf kepada krew-krew Paranoia sekiranya saya terkasar bahasa sepanjang pembikinan filem ini. Memang tidak dinafikan terdapat banyak masalah dalam pembikinan filem ini mahupun dari segi pengurusan, piercing, shoot atau angle, video graphic,dan juga skrip film yang tidak berapa professional. Mungkin ini adalah disebabkan pengalaman pertama saya sebagai pengarah dan juga pengalaman pertama bagi editor-editor kita untuk menghasilkan sebuah video-video yang benar-benar berkualiti. Saya memohon maaf di atas kesulitan ini dan kita akan cuba memperbaiki kesalahan di masa akan datang apabila membuat satu lagi video pada sem depan (sem akhir) iaitu sebuah Dokumentari..Good Luck family journalism batch 2012/2013.Love u all!!!