Rentetan daripada peristiwa kanak-kanak yang meninggal dan hidup kembali pada Jumaat lepas bersamaan 11 Julai 2014, kanak-kanak itu kini disahkan telah meninggal semula. Berikut adalah peristiwanya;

Selatan Filipina- Seorang kanak-kanak yang berusia tiga tahun yang mengejutkan seluruh penduduk di Zamboanga del Sur, Selatan Filipina itu akhirnya disahkan meninggal dunia sekali lagi.

Ia disahkan oleh doktor yang menggunakan mesin pemantau jantung untuk meneliti keadaan kanak-kanak itu.

Penelitian itu gagal menemui tanda bahawa kanak-kanak perempuan itu masih hidup. Justeru, ibu bapanya dinasihatkan mengebumikan kanak-kanak itu dengan segera bagi mengelakkan jangkitan penyakit.

Kanak-kanak itu pertama kali disahkan meninggal dunia pada hari Jumaat yang lalu akibat demam. Ketika dimasukkan ke dalam keranda, saudara-maranya mendapati kepala budak berkenaan bergerak.


Bapanya kemudian terus memangku kanak-kanak berkenaan, namun ia tidak membawa berita gembira selepas doktor mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia semula dalam pemeriksaan yang dijalankan.

P/S: Apakah kisah dan pengajaran di sebalik cerita ini? Mungkin Tuhan ingin menyampaikan sesuatu kepada kita tentang kematian@tentang kehidupan?Sama-sama kita doakan.

Comments (0)