Bercerita mengenai kekejaman Israel bagi agama Islam, kita singgah sebentar mengenai kekejaman Iraq terhadap golongan Kristian di negara mereka. Adakah ini jahil dan lebih kejam lagi daripada tentera Israel yang kononnya ingin merampas tanah di Gaza, Palestin? Di manakah peranan media mengenai kekejaman ini? Atau hanya mungkin media di negara kita yang "malu" untuk menyiarkan kekejaman ini? Fikir-fikirkanlah!!!
Penduduk di Iraq yang beragama Kristian telah ditindas oleh kumpulan militan ISIS. Mereka telah membakar sebuah gereja Katolik yang berusia 1, 800 tahun di Mosul,Iraq.
Militan ISIS membakar gereja Katolik yang berusia 1,800 tahun di Mosul,Iraq |
Tetapi golongan Kristian tetap dengan pendirian agama mereka kerna agama Kristian tidak pernah mengajar umatnya untuk berdendam dan menyumpah serta dengki dengan agama lain. Kerana manusia adalah sama dan ini bukan soal agama(religion), tetapi soal kemanusiaan (humanity). Manusia tetap perlu memijak bumi yang nyata. Jika mereka benar-benar percaya Tuhan itu adalah satu, maka bersatulah sebagai manusia. Manusia juga tetap akan mati dan jika saudara percaya Syurga itu Nyata, kita tetap akan masuk syurga yang sama dan menyembah Tuhan yang satu.
Mangsa-mangsa kekejaman ISIS di Iraq |
"Father, forgive them; for they do not know what they are doing." And they cast lots, dividing up His garments among themselves. And the people stood by, looking on. And even the rulers were sneering at Him, saying, "He saved others; let Him save Himself if this is the Christ of God, His Chosen One."
20:35 |
Category: |
0
comments
Comments (0)