Di sini, kami telah menciptakan satu dokumentari khas sempena 2o tahun penubuhan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Idea ini diciptakan oleh ahli sekumpulan saya iaitu Lerry selaku pengarah, Ardi sebagai jurukamera dan editor, Wilfred sebagai jurusolek, Nuratikah sebagai pembuat skrip, Athirah dan Gee sebagai penyampai dan saya sebagai jurukamera.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan sekumpulan kerana telah berjaya menghasilkan video ini untuk tujuan tugasan walaupun hanya dibuat dalam beberapa hari sahaja dan videonya tidaklah se'perfect' mana.Tetapi kerjasama anda adalah yang amat penting bagi saya. Saya berharap penghasilan video yang akan datang lebih baik lagi dan terus kekalkan momentum sebagai satu kumpulan.

Video yang dihasilkan seramai 7 orang ini adalah antara video pertama yang dihasilkan untuk melatih kami cara-cara menghasilkan sebuah dokumentari yang sekaligus belajar cara untuk membuat video seperti convert, split, combine video, dan sebagainya. Selain itu kami juga telah belajar cara untuk setting kamera dan membuat white balance, cara membuat reflector yang betul dan banyak lagi.



Comments (0)