Sedikit renungan bersama...
Juan bekerja di sebuah kilang pengedaran daging. Suatu hari, ketika dia habis kerja, dia telah pergi ke bilik sejuk beku daging untuk memeriksa sesuatu tetap tidak bernasib baik kerana pintu sejuk beku tersebut telah tertutup dan terkunci dari luar. Tidak ada sesiapun untuk menolong . Walaupun dia berteriak dan mengetuk dengan segenap kekuatannya untuk meminta bantua, teriakannya hanya sia-sia kerana tidak ada sesiapa dapat mendengar. Kebanyakan pekerja sudah pun pulang dan berada di luar bilik tersebut membuatkan mustahil untuk orang mendengarnya dari dalam.
Gambaran kilang daging tersebut tempat Juan bekerja |
5 jam kemudian, ketika Juan berada di ambang maut, sekuriti kilang tersebut telah datang membuka bilik sejuk beku daging tersebut. Juan kemudian bertanya bagaimana dia boleh sampai ke tempat tersebut kerana ia bukanlah satu rutin kerjanya. Sekuriti itu menjelaskan kepada Juan, "Saya sudah bekerja di kilang ini selama 35 tahun, lebih seratus orang keluar masuk di kilang ini setiap hari, tetapi kamu adalah antara beberapa orang yang menyapa saya pada waktu pagi dan mengucapkan selamat malam setiap hari ketika meninggalkan tempat ini selepas waktu kerja .
Gambaran bilik sejuk beku kilang daging tersebut |
Ramai melihat saya sebagai halimunan. Seperti hari-hari biasanya, kamu menyapa saya dengan sederhana "HELLO" ketika masuk untuk bekerja. Tetapi peliknya selepas waktu bekerja hari ini,saya menyedari bahawa saya tidak mendengar "BYE, JUMPA ESOK" dari kamu dan seterusnya mendorong saya untuk memeriksa sekitar kilang. Saya sangat teruja untuk mendengar "HI" dan "BYE" dari kamu setiap hari. Bagi kmamu, saya adalah seorang yang istimewa. Menyedari tiada ucapan dari kamu sebelum pulang hari ini, saya pasti sesuatu telah terjadi terhadap kamu. Kemudian saya mula mencari dan menemukan kamu!
Mungkin begini suasana sekuriti tersebut bekerja yang selalu disapa oleh Juan |
RENUNGAN DARIPADA CERITA INI:
Rendahkan dirimu, kasihi dan hormati orang-orang di sekeliling mu kerana waktu hidup kita amatlah singkat. Berusahalah untuk berimpak kepada orang di sekelilingmu dengan cara yang mungkin kita juga tidak terfikirkan terutama terhadap orang yang kita akan temukan setiap hari dalam hidup kita. Orang yang mungkin tidak ada kaitan atau kena mengena dengan kita mungkin akan menjadi satu-satunya pertolongan kita satu hari nanti.
Sekian entry kali ini. Sehingga jumpa lagi!
02:51 |
Category: |
0
comments
Comments (0)