Hai semua..Lama dah tak update dengan blog ni..Cuti-cuti kunun.Maklumlah, banyak urusan yang masih belom selesai. Entri yang akan saya paparkan pada kali ini ialah mengenai seorang jejaka yang berkarier sebagai pengacara yang kini semakin popular, iaitu Henry Golding yang merupakan kacukan Iban Inggeris.Jom layan!!!!
BERUNTUNG menjadi Henry Golding. Untung yang dimaksudkan bukan kerana dia memiliki wajah yang tampan hasil darah campuran Inggeris daripada bapa dan Iban daripada ibunya. Tetapi untung jejaka kelahiran Betong, Sarawak itu apabila dirinya berpeluang menikmati pengalaman mewah dan berharga mengelilingi seluruh pelosok darat mahupun ke dasar laut di Malaysia dalam usia baharu 24 tahun.Dua program 8TV, Welcome To The Rail World dan terbaharu Without Boundaries - Islands and Beaches menjadi platform buat pengacara muda itu mendapat pengalaman yang jarang-jarang diperoleh oleh orang lain.Program Welcome To The Rail World memperlihatkan Henry pergi ke setiap negeri, mempelajari sejarah dan budaya setiap kaum di Malaysia manakala program Without Boundaries - Islands and Beaches pula menyaksikan Henry menjejakkan kaki ke setiap pantai dan pulau di Malaysia serta melalui pengalaman julung-julung kalinya menyelam ke dasar laut.
Peluang bertemu dengan jejaka kacak ini pada sidang akhbar program Without Boundaries - Islands and Beaches yang berlangsung di Full House, Sunway Giza, Kota Damansara, perkara tuah mengenai pengalamannya itu diajukan kepadanya."Sememangnya saya sangat suka mengembara. Peluang menjadi pengacara untuk kedua-dua program itu merupakan pengalaman berharga buat diri saya. Ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan dan beremosi sekali."Dalam program ini, saya berpeluang kembali ke tempat tinggal saya di Dungun, Terengganu selepas hampir 15 tahun meninggalkan tempat itu. Saya sangat emosional apabila mengimbau kembali kenangan kami sekeluarga mengadakan barbeque di halaman rumah dan kami adik-beradik sering menghabiskan masa di pantai yang berdekatan dengan rumah," katanya yang menetap di sana ketika usianya empat sehingga 10 tahun.
Meletakkan Anthony Bourdain dan Samantha Brown sebagai garis panduan
dalam bidang pengacaraan, Henry merasakan jiwanya lebih ke arah bidang
pengacaraan terutamanya program kembara.Dia juga mengaku lebih suka fokus kepada satu-satu perkara daripada
mencuba pelbagai bidang.
Mengacara juga baginya tidak perlu bergantung kepada skrip tetapi mengikut kreativiti seseorang pengacara itu menyesuaikan skrip mengikut situasi yang berlaku."Buat masa ini hati dan fikiran lebih ke arah pengacara. Saya suka fokus kepada satu benda sahaja tetapi tidak menolak jika mendapat tawaran di bidang lakonan," katanya.Namun bila disoal tentang mencuba bidang nyanyian, jawapannya: "Oh tidak sekali tetapi mungkin ya kalau di bilik air."Saat diajukan tentang kegemarannya selain mengembara, jawapan daripada mulut pengacara itu barangkali mengejutkan orang ramai.Kata Henry: "Saya suka makan ulat sagu. Rasanya seperti sup ayam sejuk," katanya yang juga menggemari durian dan tempoyak.
Henry juga berkesempatan bertemu Chef Anne yang dikenalinya semasa kecil.Kata Henry, wanita itu kelihatan sudah berusia tetapi masih mengenalinya."Saya juga berpeluang bertemu dengan Chef Anne di restoran yang sama dia bekerja dahulu. Paling menyentuh hati, apabila dia masih mengenali saya biarpun sudah 15 tahun tidak bertemu," ungkapnya.Mengenali Henry, ketika usianya dua tahun, keluarganya berhijrah ke Surrey di Selatan London selama dua tahun. Henry dan keluarga kemudiannya pulang semula ke Malaysia dan menetap di Dungun selama enam tahun. Selepas itu, mereka sekeluarga berpindah semula ke Surrey dan akhirnya pada tiga tahun lepas Henry kembali ke tanah airnya semula dan menganggap Malaysia sebagai platform untuk dirinya melebarkan sayap di bidang pengacaraan.
Bertemu jerungTidak pernah menolak cabaran yang dihadapkan kepadanya, Henry juga mencabar diri mencuba pelbagai aktiviti semasa mengacarakan program kembaranya.Episod pertama program tersebut memaparkan Henry belajar permainan api Red Indian di Pulau Perhentian, Terengganu. Biarpun berkali-kali badan dan kakinya terkena api, Henry tetap mencubanya sehingga mahir dan menganggap permainan itu menyeronokkan.Mengaku sangat sukakan cabaran, namun saat bertemu dengan ikan jerung Hammerhead ketika menyelam di Pulau Layang-Layang, Henry seakan-akan kaku dan takut.
"Ketika di Pulau Layang-Layang, saya menyelam ke dasar laut sedalam 35 meter. Semasa menikmati panorama di sepanjang terumbu karam, dengan tiba-tiba kelihatan seekor ikan jerung Hammerhead dan membuatkan saya terkejut dan kaku."Jerung itu agak besar dan ia menghampiri saya. Saya cuba memberitahu rakan-rakan tetapi jerung tersebut kemudiannya beredar," katanya yang mengaku merasa sangat kecil apabila berada di dasar laut.Henry juga mengaku sangat beruntung kerana dapat melakukan skuba ke dasar laut yang menarik seperti Sipadan, Kepalai, Tenggol dan Mabul, Sabah. Namun, saat ditanya pulau manakah paling menarik baginya, Henry teruja memberitahu, Pulau Layang-Layang.Katanya,"Bagi saya Pulau Layang-Layang sangat cantik. Kami menyelam bersama lebih 30 ekor ikan lumba-lumba dan berpeluang bertemu dengan ikan jerung".
BERUNTUNG menjadi Henry Golding. Untung yang dimaksudkan bukan kerana dia memiliki wajah yang tampan hasil darah campuran Inggeris daripada bapa dan Iban daripada ibunya. Tetapi untung jejaka kelahiran Betong, Sarawak itu apabila dirinya berpeluang menikmati pengalaman mewah dan berharga mengelilingi seluruh pelosok darat mahupun ke dasar laut di Malaysia dalam usia baharu 24 tahun.Dua program 8TV, Welcome To The Rail World dan terbaharu Without Boundaries - Islands and Beaches menjadi platform buat pengacara muda itu mendapat pengalaman yang jarang-jarang diperoleh oleh orang lain.Program Welcome To The Rail World memperlihatkan Henry pergi ke setiap negeri, mempelajari sejarah dan budaya setiap kaum di Malaysia manakala program Without Boundaries - Islands and Beaches pula menyaksikan Henry menjejakkan kaki ke setiap pantai dan pulau di Malaysia serta melalui pengalaman julung-julung kalinya menyelam ke dasar laut.
Peluang bertemu dengan jejaka kacak ini pada sidang akhbar program Without Boundaries - Islands and Beaches yang berlangsung di Full House, Sunway Giza, Kota Damansara, perkara tuah mengenai pengalamannya itu diajukan kepadanya."Sememangnya saya sangat suka mengembara. Peluang menjadi pengacara untuk kedua-dua program itu merupakan pengalaman berharga buat diri saya. Ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan dan beremosi sekali."Dalam program ini, saya berpeluang kembali ke tempat tinggal saya di Dungun, Terengganu selepas hampir 15 tahun meninggalkan tempat itu. Saya sangat emosional apabila mengimbau kembali kenangan kami sekeluarga mengadakan barbeque di halaman rumah dan kami adik-beradik sering menghabiskan masa di pantai yang berdekatan dengan rumah," katanya yang menetap di sana ketika usianya empat sehingga 10 tahun.
Salah satu gaya sexy Henry |
Salah satu program menarik dalam rancangan Henry ialah mengenai keindahan habitat alam semula jadi |
Program "Without Boundaries"- Islands and Beaches |
Mengacara juga baginya tidak perlu bergantung kepada skrip tetapi mengikut kreativiti seseorang pengacara itu menyesuaikan skrip mengikut situasi yang berlaku."Buat masa ini hati dan fikiran lebih ke arah pengacara. Saya suka fokus kepada satu benda sahaja tetapi tidak menolak jika mendapat tawaran di bidang lakonan," katanya.Namun bila disoal tentang mencuba bidang nyanyian, jawapannya: "Oh tidak sekali tetapi mungkin ya kalau di bilik air."Saat diajukan tentang kegemarannya selain mengembara, jawapan daripada mulut pengacara itu barangkali mengejutkan orang ramai.Kata Henry: "Saya suka makan ulat sagu. Rasanya seperti sup ayam sejuk," katanya yang juga menggemari durian dan tempoyak.
Gaya Henry yang sungguh mantap |
Henry juga berkesempatan bertemu Chef Anne yang dikenalinya semasa kecil.Kata Henry, wanita itu kelihatan sudah berusia tetapi masih mengenalinya."Saya juga berpeluang bertemu dengan Chef Anne di restoran yang sama dia bekerja dahulu. Paling menyentuh hati, apabila dia masih mengenali saya biarpun sudah 15 tahun tidak bertemu," ungkapnya.Mengenali Henry, ketika usianya dua tahun, keluarganya berhijrah ke Surrey di Selatan London selama dua tahun. Henry dan keluarga kemudiannya pulang semula ke Malaysia dan menetap di Dungun selama enam tahun. Selepas itu, mereka sekeluarga berpindah semula ke Surrey dan akhirnya pada tiga tahun lepas Henry kembali ke tanah airnya semula dan menganggap Malaysia sebagai platform untuk dirinya melebarkan sayap di bidang pengacaraan.
Bertemu jerungTidak pernah menolak cabaran yang dihadapkan kepadanya, Henry juga mencabar diri mencuba pelbagai aktiviti semasa mengacarakan program kembaranya.Episod pertama program tersebut memaparkan Henry belajar permainan api Red Indian di Pulau Perhentian, Terengganu. Biarpun berkali-kali badan dan kakinya terkena api, Henry tetap mencubanya sehingga mahir dan menganggap permainan itu menyeronokkan.Mengaku sangat sukakan cabaran, namun saat bertemu dengan ikan jerung Hammerhead ketika menyelam di Pulau Layang-Layang, Henry seakan-akan kaku dan takut.
"Ketika di Pulau Layang-Layang, saya menyelam ke dasar laut sedalam 35 meter. Semasa menikmati panorama di sepanjang terumbu karam, dengan tiba-tiba kelihatan seekor ikan jerung Hammerhead dan membuatkan saya terkejut dan kaku."Jerung itu agak besar dan ia menghampiri saya. Saya cuba memberitahu rakan-rakan tetapi jerung tersebut kemudiannya beredar," katanya yang mengaku merasa sangat kecil apabila berada di dasar laut.Henry juga mengaku sangat beruntung kerana dapat melakukan skuba ke dasar laut yang menarik seperti Sipadan, Kepalai, Tenggol dan Mabul, Sabah. Namun, saat ditanya pulau manakah paling menarik baginya, Henry teruja memberitahu, Pulau Layang-Layang.Katanya,"Bagi saya Pulau Layang-Layang sangat cantik. Kami menyelam bersama lebih 30 ekor ikan lumba-lumba dan berpeluang bertemu dengan ikan jerung".
05:43 |
Category: |
1 comments
Comments (1)
One of Henry Golding travel shows. http://www.youtube.com/watch?v=g2reX9MZgK8