Pesawat MH17 yang telah dilaporkan 'ditembak' kini telah terhempas dalam kawasan amat merbahaya yakni konflik pemisah Ukraine didokong Russia lawan kerajaan Ukraine.

Tandatanya terbesar yang berlegar satu dunia sekarang ialah bagaimana penyiasat antarabangsa hendak masok ke lokasi nahas di Timur Ukraine untuk buat siasatan kerana ia dikuasai oleh puak pemisah.Selain itu tentulah pihak yang tembak MH17.Rata-rata termasuk pihak berkuasa Ukraine dakwa ia perbuatan puak pemisah Ukraine.

Seramai 295 nyawa - 280 penumpang dan 15 anak kapal terkorban dalam nahas itu.

Ikut laporan awal ,paling ramai kalangan penumpang ialah dari warga Belanda 143,Australia 27,Malaysia 20, Indonesia 11,British 6,Jerman 4,Belgium 3,Filipina 3 dan 1 Kanada.Kewarganegaraan 62 lagi penumpang boleh dapat dipastikan lagi.

Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu Amsterdam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi esok waktu Malaysia.Desas desus mengenai nahas itu hangat sejak jam 10 malam dan memuncak awal jam 11 bila media antarabangsa seperti CNN,Reuters,Aljazerra dan lain-lain siar breaking news mengenainya.

Sekitar 11.30 malam twitter MAS mengesahkan pihaknya telah putus hubungan dengan MH17 dari Amsterdam.Setengah jam kemudian Perdana Menteri menerusi twitter kata beliau terkejut dengan laporan kehilangan pesawat MAS.Tidak lama selepas itu beliau bergegas ke bilik operasi MAS di KLIA untuk mendapat taklimat dan butir-butir mengenai nahas.Pada waktu yang sama gambar-gambar bangkai pesawat,mayat bergelimpangan dan video kepulan asap menjulang tempat lokasi MH17 terhempas disiar oleh media Russia.


5.00 pagi - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sidang akhbar jam 4.50 pagi di KLIA kata tiada panggilan kecemasan diterima dari MH17 sebelum terhempas. Satu pesawat khas Malaysia akan dihantar ke ke Kiev,ibunegara Ukraine.

BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH PERDANA MENTERI : 


"Petang semalam, saya dimaklumkan mengenai berita yang amat dahsyat dan sangat mengejutkan bahawa sebuah pesawat Malaysia Airlines terhempas di timur Ukraine.

"Malaysia Airlines telah mengesahkan bahawa pesawat itu adalah Malaysia Airlines Penerbangan 17 yang dalam penerbangan berjadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

"Penerbangan itu berlepas pada 12.15 tengah hari, waktu tempatan. Ia dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi waktu tempatan Malaysia.

"Pesawat itu adalah Boeing 777-200".

"Laluan penerbangan pesawat itu telah diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

"Dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa telah menyatakan bahawa ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.

"Malaysia Airlines mengesahkan bahawa pesawat itu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.

"Penerbangan itu membawa sejumlah 295 orang - merangkumi 280 penumpang dan 15 anak kapal.

"Malaysia Airlines kini dalam proses memaklumkan kepada waris penumpang dan anak kapal. Semua bentuk penjagaan yang sebaik mungkin akan diberikan kepada waris.

"Kita akan berusaha sedaya upaya.

"Sekiranya pesawat itu benar-benar ditembak jatuh, kita akan mendesak pihak yang bertanggungjawab melakukannya dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

"Pusat-pusat operasi kecemasan sudah pun ditubuhkan. Dalam beberapa jam lepas, pegawai-pegawai Malaysia sentiasa berhubung dengan rakan sejawatan mereka di Ukraine dan tempat lain.
"Dan saya akan bercakap dengan beberapa pemimpin dunia dalam beberapa jam lagi.

"Saya telah pun beberapa kali bercakap dengan Perdana Menteri Netherlands.

"Saya juga telah bercakap dengan Presiden Ukraine. Beliau berjanji akan menjalankan siasatan penuh, menyeluruh dan bebas, dan pegawai-pegawai Malaysia akan dijemput menyertainya.

"Presiden Ukraine juga mengesahkan bahawa kerajaannya akan berunding dengan pemberontak di timur negara itu bagi menubuhkan satu koridor kemanusiaan di tempat pesawat itu terhempas.
"Sebentar tadi, saya menerima panggilan daripada Presiden Obama.

"Saya dan beliau bersetuju bahawa siasatan itu perlu dijalankan tanpa sekatan.

"Sebuah pasukan antarabangsa perlu mempunyai akses sepenuhnya ke tempat pesawat itu terhempas.

"Dan tiada siapa pun patut mengganggu kawasan itu, atau mengalihkan sebarang serpihan, termasuk kotak hitam.

"Ini merupakan hari yang tragik, dalam tahun yang begitu tragik, bagi Malaysia.

"Sambil kita cuba memahami apa yang berlaku, doa dan harapan kita adalah untuk keluarga dan rakan mereka yang berada dalam penerbangan itu.

"Saya tidak dapat bayangkan apa yang sedang mereka alami pada saat-saat memilukan ini.

"Penumpang dan anak kapal penerbangan ini adalah dari banyak negara berbeza.

-18/7/2014

MH17 yang telah terbakar teruk kini masih dalam pemantauan


Berikut adalah video yang sempat dirakam oleh salah seorang penduduk di Ukraine;



Comments (0)