Pasangan yang baru saja selesai melangsungkan perkahwinan mereka di Melaka baru-baru ini telah membakar dan memijak bendera Israel sebagai tanda protes terhadap kekejaman Zionis.
Norfadhilah Mohd. Badroldin, 27 dan suaminya iaitu Mohd. Hilmi Muslim,27 kedua-duanya bekerja sebagai arkitek bertindak melakukan perkara itu selepas berasa sedih dengan saudara Islam mereka dibunuh oleh tentera Israel.
Terdahulu, bendera itu pernah dipijak oleh 3000 tetamu yang hadir ke majlis itu. Tindakan memijak itu merupakan Israel selayaknya diletakkan di bawah tapak kaki umat Islam selain membangkitkan perasaan marah terhadap kekejam rejim itu.
Kata saudari Norfadhilah, "biarpun sekadar tanda protes, dengan memijak bendera Israel, namun selayaknya negara pengganas itu mendapat penghinaan sewajarnya".
"Upacara" membakar bendera di majlis perkahwinan yang dilangsungkan dengan jayanya |
Baiklah saudara, saya telah pun membuat liputan sebentar tadi melalui sumber Astro Awani. Kini, saya juga mempunyai pendapat saya sendiri secara peribadi. Saya faham dengan emosi saudara dan saudari seIslam yang dibunuh oleh Zionis untuk mendapatkan kembali tanah di negara masing-masing dan saya belum pasti sangat punca peperangan di antara dua buah negara ini. Sejarah mereka yang enggan dirampas tanah dari dahulu lagi. Tapi, siapakah yang ingin memulakan peperangan dahulu? Adakah Israel ataupun Palestin?Tepuk di dada sendiri, maka terasa lah bahangnya..
Semasa saya scroll satu artikel dari Google, saya amat terkejut kerana ada berita mengatakan salah sebuah blog milik rakyat Israel yang bertitlekan Elder of Ziyon. Heading yang mereka pilih ialah "Malaysia couples decidesto burn Israeli flag on their wedding day" dan anda boleh mendapat lagi info ini di elderofziyon.blogspot.com
Statement blog dari Israel mengenai pembakaran bendera mereka |
Komen dari wakil Malaysia yang penuh berilmiah |
Bagaimana sekiranya Israel pula yang menyerang kita kerana berasa tidak puas hati dengan "puak-puak" ekstremis yang ada di Malaysia? Adakah kita sudah bersedia untuk menentang mereka? Adakah kita mempunyai Hi-Tech Weapons seperti yang Israel miliki sekarang? Sedangkan isu pencerobohan di Sabah belum lagi selesai, inikan pula sibuk untuk mencabut rumput di depan rumah orang, sedangkan rumah sendiri penuh dengan lalang.
Sewajarnya, mereka patut tumpukan untuk hari perkahwinan sebagai hari yang paling bahagia dan bukannya mengabdikan kenangan dengan menyebarkan kebencian terhadap orang lain. Banyak lagi sesuatu yang berfaedah secara sosial dan agama yang boleh dibuat untuk mengabdikan kenangan dalam majlis perkahwinan. Mengapa pula mereka memilih jalan yang biadap ini? Malah kedua-duanya juga orang yang berilmu dan berintelektual, boleh berfikir secara waras, tapi mengapa harus memilih cara dan jalan ini?
Fikir-fikirkanlah saudara dan saudari. Bertindak mengikut akal, dan bukannya mengikut emosi. Sekian entri kali ini. Jika ada yang keraguan mengenai artikel ini, sila nyatakan pendapat anda melalui ruangan komen. Terima kasih.
01:33 |
Category: |
0
comments
Comments (0)