Kehidupan di sekolah menengah adalah alam persekolahan yang paling best bagi aku.. Tiap-tiap hari masa dihabiskan dengan lepak bersama kawan. Dulunya aku bersekolah di "...". Maaf,tak boleh nak sebut. Ia merupakan sekolah kebanggaan aku kerna di situlah aku dididik sehingga menjadi manusia yang berguna sehingga ke hari ini. Time sebelum aku masuk sekolah ini dulu, penah aku dengar cite2 mengarut pasal hantu-hantu ni semua. Masa tu, aku tak ambik kisah sangat sebab tak pecaya ngan benda2 ni semua. Selama setahun aku bersekolah di sana, tak penah pun terjadi perkara yang pelik-pelik. Penah sekali aku pi tengok diaorang buat "spirit" iaitu berhubung ngan makhluk halus. Aku just jenguk kejap je then lari balik. Tak nampak apa-apa pun. Time aku fom 4, adalah bengong2 ni semua buat benda yang tak sepatutnya dibuat. Dah namanya makhluk halus,masih juga mau diganggu. Jadi, punyalah marah "benda" tu kat kitaorng semua sebab asrama kmi ni dulu kononnya tempat perumahan yang dahulunya pernah terbakar dan terdapat beberapa mangsa yang terkorban.

Back to basic, time tu, huru-hara sudahlah kami punya asrama sebab ramai yang terkena rasukan makhluk halus ni. Semua pelajar pun terpaksa berkumpul di dalam satu asrama dan adalah kawan-kawan yang lain berdoa mengikut kepercayaan masing-masing. Kira-kira jam 2, kami telah dikumpulkan di tapak perhimpunan untuk mendengar ceramah dari para warden berkaitan ngan benda mengarut ni semua. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Adalah pelajar yang mula bertempiaran di sana sini sebab telah kerasukan. Macam mayat yang jadi zombie ada juga adegan time tu. Kalau korang semua penah tengok cita zombie kampung pisang, gitulah suasananya. 

Gambar sekadar hiasan

Setelah mereka ni semua berjaya dikumpulkan, maka para guru terpaksa memanggil "ketakis" untuk menyelesaikan masalah ini. Tak kurang juga, ada juga pelajar yang buat-buat dirinya dirasuk. Punyalah bengong ini orang. Masih lagi aku ingat time tu, pengetua kami cuba untuk membogelkan si bengong ni supaya dia mengaku yang dia tengah berpura-pura dirasuk. Time mau dibogelkan, dia pun kembali normal. Betapa besarnya pengaruh mulut untuk menyembuhkan orang tengah dirasuk oleh makhluk halus ni. Untuk pengetahuan anda yang sedang membaca entri ini, "si bengong" ni lah punca segala kejadian ni. Yang aku cakap pernah tengok orang main "spirit" pun dia lah juga punya angkara. Tak serik-serik lagi dia ni. Nak jadi Bomoh ke cita-cita dia suatu hari nanti. Tak de ke benda yang berfaedah selain dari berhubung dengan makhluk halus ni yang boleh membangunkan ekonomi negara.

Terima kasih kerna sudi meluangkan sedikit masa membaca nukilan yang ditulis ni walaupun ayat masih kabur-kabur lagi. Maklumlah, masih berjinak-jinak dengan dunia sebagai blogger. Jumpa lagi di cerita yang akan datang yang lebih menarik lagi. "SHARING IS CARING"
Kerja-kerja melukis ni memang benda yang aku minat dari kecik lagi hinggalah ke alam dewasa.Melukis adalah salah satu hobi yang tak akan pernah aku tinggalkan sehingga ke hari ini. Time aq masuk fom six dulu, di situ lah minat aku semakin membara. Minat aku adalah lebih kepada sketching ataupun melakar dengan menggunakan pensil. Orang selalu tanya aku, "ada masa depan ke alam seni ni semua?"..So, aku jawablah, "kalau dunia tiada seni,macam mana design bangunan,ilmu reka cipta ni semua boleh wujud?"..

Walaupun  banyak tentangan,aku tetap meneruskan hobi aku sebagai pelukis.Nak kata hebat, tak lah juga hebat sangat..Tapi,bolehlah..haha..Masih lagi ingat time sekolah dulu, kalau cikgu berucap kat depan, mulalah tangan aku ni gatal nak melukis sesuatu sebab bosan.Jadi, aku lukislah muka cikgu kat depan yang tengah berucap tu.Pernah sekali aku kantoi time tengah kelas kat makmal biologi dulu.Time aku tengah lukis muka cikgu kat depan tu,aku kena panggil nama sebab asyik leka melukis.Ada ke patut, kelas bio pun nak melukis juga..Lagi satu, pengalaman yang tak akan pernah aku lupakan adalah semasa cikgu minta aku lukis muka dia.Jadi, aku betul-betul lukis lah.Takkan aku nak main-main pula.Sebab bab-bab seni ni memang aku serius.Nak dijadikan cerita,punyalah gembira cikgu tu..

Ilmu seni aku banyak dihabiskan dengan melukis potret hinggalah sekarang..Aku pernah diminta melukis potret kawan-kawan juga.Nak mintak bayar, kesian pula..Anggap sebagai kenangan je lah..Cikgu aku cakap,kalau kita nak jadi anak seni ni,xyah nak menyibuk tulis nama kita kat lukisan yang kita lukis..Ilmu xkan ke mana pun.Sekian.

Ni ada sedikit gambar lukisan masih lagi aku simpan.Manakala yang lain aku dah tak tau lagi pegi mana sudah lukisan tu.Hope u all enjoy reading this.Thank u.