Bersempena sambutan Tahun Melawat Malaysia ni, saya nak promosi sikit destinasi pelancongan yang ada di Sabah. Salah satunya ialah Kundasan War Memorial yang terdapat di Kundasang. Tugu peringatan ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Nak tau? Jom baca artikel ini!!
Tugu
Peringatan Kundasang ataupun
Kundasang Memorial Park merupakan
sebuah kubu perang suatu ketika dahulu. Kubu ini masih dipertahankan sehingga
kini bagi mengenang keberanian
Tawanan Perang Australia dan
Inggeris pada Perang Dunia Ke-II.
Gambar: Pintu
masuk utama ke Kundasang Memorial Park
Tugu peringatan ini
terletak tidak jauh dari gerai buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah
dipaparkan sebelum ini dan berhampiran
dengan kawasan rumah-rumah kedai. Akan tetapi, apa yang menarik tentang kawasan
ini ialah keindahan taman-taman yang ada di dalamnya dan bersempena peristiwa
bersejarah yang berlaku di sini.
Gambar:
Persekitaran Taman British yang terdapat di dalam Kundasang Memorial Park
Garden
Semasa Perang Dunia Ke II, tawanan perang tentera
Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun.
Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipisahkan untuk membina
landasan kapal terbang tentera Jepun
pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang pertengahan tahun 1943, lebih
daripada 1800 orang tawanan perang Australia dan British menjadi buruh paksa di
kem tahanan ini.
Gambar: Keadaan kolam di Memorial Garden dengan
senarai tentera yang telah terkorban di dindingnya
Pembinaan awal tugu peringatan ini bermula pada tahun
1962 oleh warga New Zealand iaitu Major G.S Carter yang bekerja dengan Shell Oil Company Borneo pada ketika
itu. Tujuan pembinaannya adalah untuk memperingati 2428 tentera Australia dan
British yang terkorban di dalam Perang Dunia Ke II di Kem Tahanan Perang
Sandakan serta mereka yang terbunuh di dalam tiga perbarisan maut tahanan
perang oleh tentera Jepun, bermula dari Sandakan ke Ranau sejauh 265 km merentasi
hutan hujan tebal tropika . Pembinaan tugu ini juga adalah untuk menghargai
penduduk tempatan yang terkorban di dalam memberi pertolongan dan bantuan
kepada tahanan perang tersebut.
Gambar : Tugu peringatan sempena pengorbanan
tentera British dan Australia di Kundasang
Hanya enam tentera Australia terselamat dari tragedi
ini, menurut salah seorang penduduk yang menetap di situ ketika menceritakan
pengalaman mereka kepada umum, manakala semua tentera British pula katanya
telah terbunuh semasa peperangan itu.
Reka bentuk tugu peringatan ini adalah hasil ilham
seorang arkitek tempatan iaitu J.C Robinson. Tugu peringatan ini terdiri
daripada empat taman-taman yang indah yang berhubung antara satu sama lain yang
melambangkan tanah air mereka yang gugur iaitu Taman Australia, Taman British,
Taman Borneo dan Taman Kontemplasi.
Tugu peringatan ini dibuka setiap hari untuk
pengunjung tempatan dan asing dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Ia dibuka
bukan hanya untuk melihat taman yang sempurna tetapi untuk mengenang mereka
yang mengorbankan hidup demi kemerdekaan lain. Kadar bayaran masuk adalah RM2
untuk pemegang MyKad manakala RM10 bagi pengunjung bukan pemegang MyKad.
Tugu peringatan ini seharusnya boleh menjadi teladan
kepada generasi kini agar menghargai pengorbanan tentera-tentera dahulu dalam
mempertahankan nyawa demi menjaga keamanan dan kemakmuran tanah sendiri.
Peninggalan tugu ini memberikan makna yang begitu besar kepada kita supaya
tidak terlalu selesa dengan kemakmuran yang kita miliki kini kerana ianya mampu
berulang kembali jika tidak dipertahankan dengan memupuk nilai kesepaduan di
dalam masyarakat.
'SELAMAT MENYAMBUT TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014'
17:47 |
Category: |
0
comments
Comments (0)