Fesyen tidak hanya terhad pada pemakaian saja malah pakej
termasuklah rambut dan penampilan dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Mungkin dari beberapa pilihan yang ditampilkan mampu memberi inspirasi untuk
anda tampil lebih yakin dan bergaya.
Maka, kali ini saya akan menunjukkan beberapa gaya rambut yang boleh digunakan oleh jejaka kini untuk kelihatan lebih segak dan menarik.
1. Spiky @ Pacak
Gaya rambut spiky seperti gaya Mohawk, Porcupine, Harajaku, Emo mahupun Punk, amat popular buat lelaki. Gaya ini dapat membuatkan anda lebih stylo, ranggi dan bertenaga. Selain itu, gaya ini juga amat mudah untuk digayakan dan sesuai apabila bersantai dan berhibur bersama rakan.

2. Sleek
Gaya rambut ini sememangnya klasik selain memberikan personaliti yang kemas dan sering digayakan di pentas peragaan.

3. Brit Rock
Gaya rambut Brit Rock sememangnya cool dan ranggi. Rambut hadapan didandan seperti fringe dan untuk gaya lebih ranggi, berikan sedikit suntikan gaya messy yang tidak keterlaluan. Gaya rambut ini popular di kalangan lelaki untuk menyerlahkan imej indie.

4. Pompadour @ Quiff
Dengan ‘remos’ atau jambul di hadapan, gaya ini akan memberikan anda kelihatan lebih yakin, retro, stylo. Namun, anda perlu berhati-hati kerana jambul itu tidak perlu terlalu panjang kerana ia akan membuatkan anda nampak pelik dan di gelar “Joe Jambul” pula.

Gaya Spiky |
Gaya Sleek |
Gaya Brit Rocks |
Gaya Pompadour |
06:32 |
Category: |
0
comments
Comments (0)