Pengakuan seorang pelajar Kristian mengenai tuntutan KALIMAH ALLAH.
Apa perasaan kamu kalau kami (kristian) ckp yg MUSLIM tidak rugi kalau
tidak guna istilah Allah. Iya memang cara kita beribadah berlainan tapi tujuan
kita sama, kami berdoa bukan memuja iblis/syaitan/pokok/gunung etc...... who
are you to judge our beliefs!!!!!!!!! Alasan KELIRU???????? boleh masuk akal meh!!! sy 6 tahun belajar pendidikan
islam masa sekolah rendah tidak juga pandai keliru, malah hampir tiap hari
dengar azan tapi agama sy tida juga berubah tetap juga seorang kristian, TAKUT
terancam kuatkan iman bukan menindas, tingkatkan penguasaan agama, amalkan
ajaran agama rajin-rajin p sambayang bukannya bila rasa terancam cakap itu ini
pasal agama org lain, bertoleransilah sikit, bertoleransi tidak semestinya ke
arah liberalisme. datang SABAH wahai TUN M, mari datang rumah saya tinggal
sama-sama family saya, UNCLE SAYA SEORANG USTAZ DAN KAMI MERUPAKAN KELUARGA
KATOLIK, TETAPI MASA MAKAN SAYA TANDA SALIP, DAN KELUARGA UNCLE SAYA BACA DOA
IKUT KEPERCEYAAN MEREKA, tapi isu keliru dan tukar agama tidak berlaku pun.
HARI RAYA/KRISMAS sama-sama kami sambut tapi tida juga pandai terancam@tergugat
kepercayaan kami. KATAK IBRAHIM DAN YG BERKENAAN SAYA SARANKAN ANDA DATANG
RUMAH SAYA BELAJAR BAGAIMANA BERTOLERANSI DENGAN AGAMA ORG LAIN.
Dalam kes perbicaraan yang lalu tuntutan untuk menggunakan
kalimah Allah mendapat reaksi yang berbeza. Hal ini boleh dilihat melalui
pengaharaman itu hanya dikuatkuasakan di semenanjung Malaysia sahaja tetapi
Sabah dan Sarawak masih boleh menggunakannya. Jika diteliti dengan lebih dalam
timbul persoalan apakah perbezaan kristian yang berada di Sabah dan Sarawak
dengan Kristian yang berada di Semenanjung Malaysia? Adakah muslim Sabah dan
Sarawak dengan Muslim semenanjung Malaysia juga berbeza?
Dalam konteks ini kita melihat adakah bahasa itu
mengelirukan atau kita yang membuatkan kita keliru terhadap bahasa? Kekeliruan
atau jatuhnya iman kepercayaan tidak sepatutnya wujud dalam mengamalkan
kepercayaan kerana menggunakan istilah atau bahasa yang sama bagi merujuk Tuhan
yang mencipta kita. Siapakah kita untuk mempersoalkan dia (Allah) yang mencipta
kita kerana bukan kita yang mencipta dia (Allah) tetapi Allah yang mencipta
kita dan kita harus taat kepada ajarannya walaupun mempunyai perbezaan agama.
Kenapakah kita perlu membuatkan diri kita keliru
dengan bahasa andai kita mempunyai kemampuan untuk memahami bahasa itu? Adakah
faktor kelemahan penguasaan terhadap bahasa menyebabkan kita keliru dengan
bahasa itu? Dalam konteks penggunaan kalimah Allah bagaimana istilah Allah itu
boleh memesongkan akidah seseorang? Jika kita mempelajari dan mengimani ajaran
agama kita dengan lebih mendalam bahasa itu tidak akan mampu untuk menggoyahkan
iman kepercayaan kita. Kenapakah perlu mengatakan bahawa istilah kalimah Allah
itu boleh menjatuhkan akidah? Adakah itu memperlihatkan betapa goyahnya
penguasaan seseorang terhadap agamanya sendiri?
Sewaktu saya masih di sekolah rendah, saya
mengambil subjek pendidikan islam selama enam tahun iaitu sejak dari darjah
satu sehingga darjah enam namun sehingga kini saya masih bergelar seorang
katolik. Dakwaan bahawa penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan muslim
itu boleh mengelirukan adakah ia benar atau sekadar penambah pemanis pada
tuntutan penggunaan khas kalimah itu? Kenapa saya yang pada ketika itu masih
kecil dan telah didedahkan dengan ajaran yang bukan anutan agama saya tetapi
iman kepercayaan saya tidak terjejas? Adakah bahasa itu cerminan agama? Adakah
agama itu bahasa? Atau adakah bahasa dan agama itu dua perkara yang sama atau
pun dua perkara yang berbeza?
Cara untuk berdoa adalah berbeza namun tujuannya
adalah sama, mengapa sentiasa mencari perbezaan andai persamaan itu
dibelakangkan? Hilangkah sudah nilai toleransi antara agama di Malaysia. Imam
Shamsi Ali dari New York turut mendesak Putrajaya menimbangkan semula keputusan
kalimah Allah.
Sarjana Islam yang terkenal itu menggesa Putrajaya
memandang serius keputusan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah kerana
ia bertentangan dengan ajaran Al-quran. Imam Shamsi Ali berkata kepada The
Malaysian Insider, sebagai umat Islam, beliau tidak dapat menerima keputusan
Mahkamah Rayuan kerana meremehkan kebesaran Tuhan. Keputusan itu merendahkan
kekuasaan Tuhan Maha Berkuasa, Maha Pencipta, Maha Esa dan Tuhan kepada 1.5
bilion penduduk dunia, katanya. Beliau berkata demikian semasa mengahadiri
Konvensyen Keamanan Global 2013 di Kuala Lumpur.
Keputusan mahkamah yang melarang penggunaan kalimah
Allah dalam kalangan penganut kristian juga turut mendapat kupasan yang meluas
daripada akhbar antarabangsa. Dalam laporan BBC mereka menyentuh bahawa
masyarakat Kristian di Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak tidak menyambut
baik keputusan tersebut, tetapi ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana
dilihat sebagai usaha UMNO memenangi semula sokongan orang Melayu, malah bukan
semua umat Islam menyokong keputusan karajaan untuk menghalang Kristian
menggunakan kalimah itu tetapi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
yang terlalu bersemangat menyokong usaha itu.
Editorial akhbar bahasa Inggeris Emiriah Arab
Bersatu, The National juga turut meluahkan rasa terkejut atas keputusan
mahkamah berkenaan dengan menegaskan bahawa tidak boleh disangkal bahawa Tuhan
yang Maha Esa, yakni Allah, dalam al-quran adalah sama dengan Tuhan dalam kitab
Taurat dan Kitab Injil, malah kalimah Allah sudah sekian lama digunakan oleh
golongan Kristian dan Yahudi sebelum kebangkitan Islam pada abad ke-7.

Credit to,
Mr Leo
06:53 |
Category: |
0
comments
Comments (0)