PERCAYA ataupun TIDAK? Kat Jertih, Hulu Besut penemuan terbaru bahawa kawasan berkenaan dipercayai terdapat kewujudan dinosaur apabila ahli kaji bumi berjaya menemukan fosil tumbuhan yang berusia 350 juta tahun dahulu.


Kawasan tapak pembinaan empangan Paya Peda, Hulu Besut, dekat sini, kini menjadi topik perbincangan penduduk yang mempercayai fosil dinosaur wujud di situ berikutan penemuan fosil tumbuhan kuno luar biasa.

Fosil tumbuhan berusia 350 juta tahun ditemui oleh ahli kaji bumi Mohd Zaidi Mohd Yah, 46, dan kontraktor pembinaan projek empangan terbabit pada 2011 ketika menjalankan tugas mengawasi kerja meratakan bukit. 

Penemuan itu kemudian dilaporkan kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), yang bertindak menghantar pasukan pengkaji untuk membuat kajian mengenai penemuan fosil berkenanaan.

Hasil kajian selama tiga tahun, pengkaji terbabit kini menemui tujuh fosil tumbuhan, haiwan dan batu. Ketua Pengarah JMG Datuk Yunus Abdul Razak berkata, penemuan tujuh spesies fosil tumbuhan itu adalah yang terbesar pernah ditemui jabatan berkenaan di negara ini.


Bagi saya, ianya tidaklah mustahil kerna suatu ketika dahulu sememangnya berlaku pecahan benua yang menyebabkan banyak haiwan-haiwan terasing ke bahagian lain.

Sumber: Harian Metro

Comments (0)