Olympus Has Fallen Pembangkit Semangat Nasionalisme

Dibintangi oleh Gerard Buttler, Aaron Eckhart dan Morgan Freeman dengan kerjasama Studio Millenium Films, Olympus Has Fallen bagaikan satu suntikan baru bagi anak-anak Malaysia kini yang berjiwa nasionalisme.

Turut menyumbang kepada pergerakan filem ini, iaitu Angela Bassett, Robert Forster, Cole Hauser, Finley Jacobsen, Ashley Judd, Melissa Leo, Dylan McDermott, Radha Mitchell dan juga Rick Yune.

Olympus Has Fallen pastinya akan mengingatkan kembali kita kepada peristiwa yang berlaku di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini. Ianya mengajar kita bagaimana untuk bersatu dalam satu pasukan apabila sesuatu masalah yang rumit mulai timbul.
Olympus Has Fallen mengisahkan mengenai seorang agen rahsia, Amerika Syarikat iaitu Mike Banning (Gerard Butler) yang berjuang dalam melawan aksi terorisme yang berusaha untuk memecahkan keutuhan negaranya.

Dengan arahan yang begitu kuat dan mantap daripada Antoine Fuqua di dalam filem ini, serta penampilan aksi yang cukup hebat daripada barisan pelakonnya, khususnya Mike Banning (Gerard Butler), Olympus Has Fallen mampu menjelma menjadi sebuah filem aksi yang berdurasi selama 120 minit itu.

Mike Banning, ialah salah satu anggota yang berperanan sebagai agen Secret Service yang bertugas untuk menjaga keselamatan Presiden Benjamin Asher (Aaron Eckhart) setelah satu kemalangan yang menyebabkan isteri Presiden, Margaret Asher (Ashley Judd) terbunuh, Mike Banning terpaksa ke jabatan lain di atas arahan Presiden. Setelah 18 bulan bertugas di jabatan baru, nasibnya berubah apabila dia terperangkap di dalam bangunan White House semasa serangan oleh pengganas berlaku.

Setelah semua rakannya mati di dalam pertempuran tersebut, Mike Banning terpaksa berjuang untuk terus cuba menyelamatkan bukan sahaja nyawanya, tetapi juga Presiden yang telah ditawan oleh ketua pengganas dari Korea Utara itu.

Pada mulanya, perjalanan ceritanya agak lemah. Bagaimana yang dimaksudkan perlahan – sarankan beberapa babak dikeluarkan dari filem. Supaya plot lebih kemas dan padat.
Namun, kemuncak klimaks telah menaikkan semula cerita ini hinggalah ke penghujungnya apabila lakonan Mike Banning berjaya menghidupkan suasana di dalam White House tersebut.

Ya, sudah tentu. Begitulah jawapan bagi filem arahan Antoine Fuqua ini yang ini yang telah berjaya membawa saya untuk menilai semangat patriotisme agar cintakan negara. Setiap babak yang dimainkan mampu memberikan satu impak yang cukup besar kepada saya.

 Jika dibandingkan dengan filem lain yang membawa mesej nasionalisme ini, filem ini lebih memberikan mesej yang besar kepada saya kerana watak Mike Banning telah mengubah persepsi saya kepada parajurit-parajurit agar menilai semula kesungguhan dan ketabahan mereka dalam menempuh peperangan suatu ketika dahulu. Misalnya keberanian Datuk Kanang Anak Langkau pahlawan Sarawak yang begitu berani. Selain itu, beliau juga memiliki sifat setia kawan yang telah menjadikannya begitu istimewa di mata pahlawan-pahlawan lain.

Perjalanan cerita ini juga mampu membuatkan sesiapa sahaja menangis bagi yang mempunyai nilai nasionalisme yang tinggi. Walaupun cerita ini tidak memberi kesan yang berpanjangan, namun ia mampu membuka hati dan minda masyarakat kini menilai dan mensyukuri dengan apa yang kita ada pada hari ini.

Rating bagi filem ini bagi saya adalah sebanyak 4 bintang oleh kerana ianya memberikan mesej yang cukup besar dan nasihat yang cukup bermakna malah bukan saya sahaja tetapi juga dalam kalangan generasi muda kini.


Comments (0)