Dialog
antara agama di dalam Malaysia perlu dinilai semula
Di dalam konteks Malaysia, agama
mempunyai kaitan rapat dengan pengenalan kaum. Menurut statistik yang
dikeluarkan oleh Banci penduduk dan Perumahan Malaysia, kaum majoriti adalah
Melayu yang beragama Islam, diikuti kaum Cina yang beragama Buddha, Konfucius
dan Taoisme serta kaum India yang beragama Hindu dan lain-lain. Agama Kristian
merupakan agama yang sedang berkembang merentasi populasi Muslim adalah seramai
6.4% manakala bukan Islam sebanyak 39.6% yang mana Kristian (9.1%), Buddha
(19.2%), Hindu (6.3%), Konfucius dan lain-lain (5.0%).
Persoalannya, mengapakah agama perlu
dipolitikkan di Malaysia? Jika ianya merupakan isu yang menyentuh sensitiviti,
mengapakah agama semakin diperdebatkan di negara ini? Apakah rakyat Malaysia
sudah mengaggap soal agama perlu dibincangkan secara terbuka dan bukan lagi
menjadi isu sensitif? Begitu juga, apakah pemikiran rakyat Malaysia hari ini
sudah terbuka luas dan menjadi begitu liberal? sehinggakan mewujudkan satu
kontroversi yang mampu mencabar pemikiran orang lain.
Dalam tempoh lima puluh tahun lalu,
perbincangan mengenai hal-hal agama tidak pernah dibicarakan secara terbuka
baik yang melibatkan agama Islam, Buddha, Hindu, mahupun Kristian serta
agama-agama yang lain. Pada bulan Oktober 2013 bertarikh 14, isu kalimah ALLAH
antara agama Kristian dan Kristian telah kembali diperdebatkan setelah kekalahan
yang melibatkan agama Islam pada 2009 lalu. Perbincangan meluas mengenai isu
penggunaan kalimah ALLAH di dalam Bible dan akbar The Herald ini telah memberi
satu tanda aras baru dalam mengukur tahap sensitiviti rakyat terhadap isu agama
di Malaysia.
Wajarkah
untuk kita berdialog?
Oleh kerana isu ini membabitkan
sensitiviti antara agama yang sekaligus melibatkan kaum, dialog antara
masyarakat Kristian dan juga Islam perlulah diakukan. Hal ini amat penting agar
agama ini dapat memahami antara satu sama lain dan mengelakkan berlakunya
prejudis sesama sendiri.
Mengulas petikan daripada akhbar The
Malaysian Insider, menurut Bekas Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul
Abidin pernah berkata, kegagalan untuk berdialog di antara orang Islam dan
Bukan Islam adalah berpunca daripada kurangnya kefahaman isu yang boleh
dibincangkan di meja rundingan.
“Ada pihak konservatif yang berfikir
dialog antara agama bakal mencalar status Islam. Oleh kerana itulah, kedua-dua
pihak harus jelas dengan sempadan yang dinyatakan. Apabila semua pihak yang
terlibat faham, dialog itu dapat memberi kebaikan dan dapat memberi penjelasan
berhubung konflik yang berlaku baru-baru ini,”katanya.
Justeru, jelaslah di sini bahawa
dialog antara agama itu amatlah penting dan perlu agar konflik itu tidak lagi
berlarutan dan berpanjangan. Dengan ini, kedua-dua pihak akan dapat menilai
agama masing-masing dengan lebih mendalam dan tidak terlalu taksub dan
mementingkan diri sehingga mengguris emosi pihak lain mahupun secara langsung
atau tidak langsung.
Walaubagaimanapun, Pertubuhan Pribumi
Perkasa Kebangsaan (Perkasa) telah tampil dengan suara radikal di mana
pertubuhan ini mengatakan tiada rundingan di antara orang Islam dan Bukan Islam
berhubung dengan isu agama. Sekiranya pendapat daripada Perkasa dikecualikan,
pimpinan agama dari kedua-dua pihak percaya masih terdapat ruang di antara
mereka untuk berdialog meskipun terdapat isu berbangkit seperti isu pertukaran
agama anak dan penggunaan kalimah Allah yang masih lagi belum selesai.
Oleh itu, dialog yang sihat hendaklah
sentiasa dijalankan secara positif dan relevan baik secara individu melalui
sesebuah pertubuhan ataupun persatuan. Keadaan ini akan dapat mengurangkan
konflik antara agama masing-masing kerana individu akan dapat menilai tahap sensitiviti
mengenai agama agar tidak melibatkan pihak lain. Melalui dialog secara jujur
dan ikhlas dalam keadaan yang aman dan damai sahaja, hal ini akan dapat
diselesaikan tanpa berterusan dan berpanjangan.
Masyarakat
perlu lebih liberal dalam menilai agama
Rakyat Malaysia perlulah mengambil
iktibar daripada konflik agama yang membabitkan penganut agama Buddha dan
Islam. Selain itu, kejadian Perang Salib beratus tahun dahulu juga perlu
menjadi renungan di antara Kristian dan Islam yang menyebabkan banyak nyawa
terkorban. Hal ini disebabkan ketaksuban dan permusuhan agama yang keterlaluan.
Masyarakat negara ini seharusnya
lebih liberal ataupun berfikiran terbuka dalam menilai agama masing-masing. Hal
ini penting agar pemikiran dan tindak-tanduk kita tidak dipengaruhi atau
dicemari oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang akhirnya menyebabkan
perbalahan dan permusuhan antara satu sama lain.
Sikap keterbukaan ini akan dapat
membuka minda rakyat agar tidak terlalu taksub dengan agama sendiri tanpa memikirkan
kepentingan masyarakat lain yang juga mempunyai kepercayaan tersendiri.
Sehubungan itu, sikap keterbukaan juga dapat menjadikan rakyat lebih bersifat
menerima ideologi dan perbezaan tentang amalan agama masing-masing.
Berbalik kepada isu penggunaan kalimah
Allah di dalam Bible dan juga akhbar The Herald oleh penganut Kristian, perkara
ini sepatutnya boleh dibawa bincang bersama tanpa membawanya ke dalam mahkamah
untuk diputuskan. Hal ini juga dapat mengelakkan isu ini daripada dieksploitasi
dan duputarbelitkan oleh para pemimpin politik yang sentiasa mencari peluang
untuk mendapatkan keuntugan dan pengaruh bagi kepentingan parti politik
masing-masing.
Justeru, untuk mencapai kemajuan di
dalam negara, sikap penerimaan antara agama dan kaum ini perlu diamalkan untuk
membawa negara kepada perpaduan yang lebuh utuh. Apabila perpaduan dicapai,
maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.
Mencari
titik persamaan
Dalam hal ini, rakyat seharusnya
mencari titik persamaan dalam suasana persaudaraan dengan semangat unity in
diversity. Dengan ini, hubungan antara masyarakat akan lebih erat selari dengan
konsep 1 Malaysia seperti yang telah dilaksanakan kerajaan kini.
Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri
Mohd Najib Tun Razak juga pernah berkata melalui laman twitternya bahawa, kita
perlu mencari titik persamaan untuk kekal harmoni dalam masyarakat yang
berbilang kaum dan agama supaya negara aman walaupun berbeza ideologi.
Kenyataan ini disiarkan pada 10 Jun 2013 pada jam 11.35 malam.
Dialog antara agama juga amat perlu
untuk menyatukan kaum yang berbilang agama ini. Para penganut dan ahli akademik
serta para pemimpin yang berbagai agama haruslah dapat duduk semeja dan
berdialog secara ikhlas mengenai perbezaan amalan dan ideologi agama masing-masing.
Dengan ini, isu ini akan dapat diselesaikan degan cara aman tanpa melibatkan
pertumpahan darah dan huru-hara.
Sehubungan itu, ketua-ketua agama
juga seharusnya memberi pendidikan kepada para pengikut agama masing-masing
tanpa provokasi, emosi atau mempolitikkan isu-isu itu. Hal ini amat penting untuk
mengelakkan demonstrasi seperti yang berlaku baru-baru ini.
Jelaslah, bahawa amat perlu untuk
berdialog dan mencari titik pertemuan mengenai isu-isu persamaan di dalam
kepercayaan masing-masing dan berusaha
untuk mengelakkan daripada memperbesar-besarkan tentang sesuatu yang merupakan
perselisihan dan perbezaan dalam kepercayaan dan amalan agama antara agama.
Maka, tindakan dalam mempolitikkan
isu ini di dalam negara amatlah tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku. Hal
ini demikian kerana, ianya tidak memberi keuntungan kepada kemajuan ekonomi
negara yang aman dan damai. Malah, ianya hanya membuang masa dan menyebabkan
perbalahan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum ini. Para pemimpin
perlulah menilai perkara ini dengan lebih mendalam lagi agar ianya tidak terus
menjadi mainan politik demi kepentingan parti masing-masing.
Oleh itu, jika dinilai secara nyata,
populasi bangsa Malaysia bukan sahaja terpisah dari sudut geografi, malah dari
sudut fizikal dan juga budaya. Hal ini kerana, tahap perpaduan antara agama dan
kaum di negara ini masih lagi berada pada tahap yang rendah walaupun telah
merdeka lebih daripada lima puluh tahun.
Justeru, sebagai laluan untuk
menghubungkan keharmonian antara kaum dalam konteks masyarakat Malaysia adalah
melalui dialog antara agama. Sebagai renungan bersama, diharap pada masa akan
datang, kita mampu berbahas dengan lebih terbuka supaya tiada lagi penindasan
ke atas rakyat atas nama agama. Hal ini disebabkan agama yang akan membawa kita
kepada keadilan dan keamanan serta sebagai pelopor kepada agenda penindasan dan
kezaliman.
10:38 |
Category: |
0
comments
Comments (0)