20 Tip Penjagaan Penglihatan Yang Sihat
Adakah anda berasa malu apabila memakai kaca mata yang
begitu tebal dan hodoh? Anda sebenarnya masih belum terlewat untuk lari
daripada memakai “alatan” seperti itu
kerana kami akan menyediakan 20 tip yang berguna untuk merawat masalah
kesihatan yang berkaitan dengan penglihatan.
1. Pemakanan yang seimbang – Menjaga
pemakanan sememangnya amat penting untuk kesihatan mata kerana nutrien di dalam
makanan mempengaruhi daya penglihatan anda. Jadi, mulakan langkah pertama anda
dengan menggunakan piramid makanan iaitu kurangkan makanan ringan tetapi
lebihkan makanan bijiran ataupun makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. Elakkan terdedah cahaya UV yang kuat –
Pancaran matahari yang kuat boleh merosakkan mata dan meningkatkan risiko
serangan katarak mata. Selain itu, sinaran UV yang kuat juga dapat menyebabkan
anak mata anda mengecil apabila terdedah terlalu lama lalu menyebabkan
penglihatan bermasalah sekaligus menyebabkan anda sakit kepala.
3. Jauhi amalan merokok – Biasanya,
orang hanya memandang merokok dapat menyebabkan masalah pada jantung. Anda juga
perlu ingat bahawa nikotin di dalam rokok juga boleh meningkatkan peluang
pembentukan penyakit seperti katarak mata. Akan tetapi, ramai yang mengadu
sukar menghentikan tabiat merokok tetapi kami sarankan agar anda menggantikan
tabiat ini dengan mengunyah gula-gula getah untuk menghindarinya.
4. Senaman berkala – Percaya
ataupun tidak, senaman juga dapat mempengaruhi kesihatan mata. Ini kerana,
oksigen yang mencukupi dan peredaran darah yang baik adalah penting untuk mata.
5. Tidur yang mencukupi – Elakkan
tidur yang kurang sebaliknya dapatkan tidur yang berkualiti untuk merehatkan
mata yang penat setelah seharian bekerja. Ketika anda tidur, mata dapat berehat
dari pencemaran habuk dan juga cahaya.
6. Kekalkan berat badan – Berat
badan yang berubah-ubah juga dapat mempengaruhi kesihatan mata anda terutamanya
bagi golongan obesiti. Apabila anda termasuk dalam golongan ini, risiko untuk
mendapat penyakit diabetis adalah tinggi. Penyakit diabetis ataupun kencig
manis ini juga salah satu punca kepada mata semakin rabun. Jika terus
dibiarkan, ia boleh menyebabkan anda buta! Oleh itu, kekalkan berat badan yang
ideal.
7. Kurangkan penggunaan ubat titik mata (eye drop) –
Kurangkan penggunaan ubat titik mata kecuali untuk mengatasi mata merah. Akan
tetapi, gunakan dalam situasi yang berkala kerana jika berlebihan, ia juga
boleh merosakkan kesihatan mata anda.
8. Gunakan kaca mata hitam pelindung UV –
Elakkan memakai kaca mata hitam yang tidak mempunyai pelindung UV 100%, kerana
apabila mata kita berada di dalam keadaan yang tidak cukup terang ataupun
gelap, bukaan anak mata akan menjadi lebih besar. Ini membolehkan UV matahari
memasuki dengan lebih banyak dan sekaligus merosakkan struktur bentuk asal
kanta mata.
9. Jangan duduk terlalu lama depan komputer –
Untuk menjaga kesihatan mata, jangan menghabiskan masa terlalu lama di depan
komputer kerana ini boleh menyebabkan mata menjadi lelah. Elakkan menggunakan
komputer tanpa memasang screen filter kerana cahaya yang dipancarkan oleh
monitor kompter atau tv boleh merosakkan mata dengan cepat.
10. Elakkan penggunaan kanta lekap melebihi 19 jam –
Hal ini menyebabkan kerosakan pada mata kerana kanta lekap yang digunakan
terlalu lama mengandungi kuman akibat daripada dimasuki oleh habuk-habuk atau
debu ketika anda berjalan ke mana-mana.
11. Bersarapan dengan telur – Walaupun
kedengaran agak lucu, tetapi telur adalah salah satu makanan yang mempunyai
kandungan nutrien yang begitu tinggi dan baik untuk kesihatan mata anda. Lutrin
dan Zeaxanthin yang terkandung di dalam telur dapat membantu melindungi mata
daripada pertumbuhan katarak. Oleh itu, mulakan sarapan anda kini dengan sebiji
telur setiap hari.
12. Selalu memandang benda berwarna hijau –
Anda pasti terdedah begitu lama di hadapan komputer ataupun di depan buku
ketika di tempat kerja. Apa kata, anda ambil sedikit masa untuk memandang ke
luar dan melihat pokok-pokok ataupun
tumbuhan yang menghijau. Ini akan dapat merehatkan mata anda setelah penat
bekerja.
13. Jangan membaca dalam cahaya redup –
Untuk menjaga kesihatan mata, hindari daripada membaca dalam cahaya lampu yang
redup yang boleh menyebabkan ketegangan mata. Sekiranya mata terasa lelah,
berhenti untuk sementara waktu dan beristirehat.
14. Minum teh – jika anda gemar minum semua
jenis teh, anda sedang melakukan tindakan yang betul untuk mencegah katarak
mata. The membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar
menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina mata, ia akan
menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.
15. Minum kacang soya – Sama ada
anda percaya ataupun tidak, jika anda merupakan peminat kicap dan tempe, anda
tentu gembira mengetahui bahawa kacang soya merupakan salah satu makanan paling
penting untuk mata. Ini kerana, kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat
yang dipanggil sebagai isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada
sindrom mata kering.
16. Makan lobak merah – Ramai
berpendapat lobak merah mampu merawat masalah kesihatan yang berkaitan dengan
mata. Kenyataan ini sememangnya benar kerana lobak merah adalah makanan kaya
dengan Betacaote, pelopor kepada Vitamin A iaitu nutrien yang diperlukan untuk
penglihatan, Lycopene, nutrien perlindugan sinaran UV dan juga Lutein, nutrien
yang melindungi kerosakan pada radikal mata.
17. Brokoli – Selain itu, brokoli juga
berfungsi dalam menjaga kesihatan mata anda. Ini kerana, brokoli mengaktifkan
enzim anti-radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah
keradangan di bahagian belakang mata.
18. Sayur bayam – Pastinya
kita sering mendengar nama sayur ini bukan? Namun, apakah kaitannya dengan
kesihatan mata anda? Tahukah anda, sayur bayam juga mengandungi vitamin A dan
kandunga Lutein dan juga Zeaxanthin yang sangat baik untuk kesihatan mata.
Jadi, jangan abaikan sayur bayam di dalam pemakanan anda.
19. Coklat – Rata-rata di antara kita
gemar memakan coklat tetapi tidak pernah tahu mengenai kebaikan makanan ini
pada kesihatan mata anda. Coklat merupakan makanan yang mengandungi flavonoid
yang tinggi serta dipercayai dapat melindungi mata daripada dan untuk melindungi
pembuluh darah mata dan memperkuat kornea mata dan juga retina.
20. Melatih mata untuk bersantai –
Anda boleh mencuba cara ini ketika anda balik ke rumah ataupun ketika anda
berada di dalam bilik. Cuba fokuskan mata anda pada satu objek yang dekat
dengan anda, sebuah objek yang agakjauh. Ulangi proses ini beberapa kali. Duduk
dan tempatkan siku anda di punggung, tutup mata dengan telapak tangan. Jauhkan
telapak tangan yang menutupi mata anda selama 10 minit. Buka mata anda kembali
dan ulangi semana yang mampu.
Bukan
semua orang bertuah memiliki penglihatan yang sempurna. Tetapi, mengekalkan
penglihatan mata yang sempurna bukanlah sesuatu yang diperolehi tanpa usaha.
Oleh itu, untuk mencegah mata anda daripada terus bermasalah, anda haruslah
mengambil berat pada cara pemakanan anda. Bak kata orang, “mencegah lebih baik daripada merawat”. Selamat Mencuba.
10:19 |
Category: |
0
comments
Comments (0)