Ada beberapa perkara asas yang perlu anda ketahui sebelum menggunakan DSLR secara manual.



  • ·       ISO
  •     Stutter speed
  •     white balance
  •     metering


Empat perkara diatas merupakan asas utama yang anda perlu ketahui untuk memastikan gambar yang anda ambil acceptable untuk di albumkan. namun jangan terkejut jika saya katakan jurugambar pro sekalipun hanya memilih beberapa keping sahaja gambar dari ratusan yang di snap. Contoh paling mudah wartawan tv, majalkah atau akhbar mengambil ratusan gambar semasa sesuatu event namun hanya 1 atau dua keping sahaja dipilih untuk dijadikan tontonan dan bacaan kita.

ISO
ISO adalah nilai film speed. Ya walaupun semua DSLR tidak menggunakan filem namun kita masih menggunakan nilai ISO untuk merujuk kepada kepekaan sensor camera semasa mengambil gambar.Nilai ISO boleh dilaraskan seperti ISO100, 200,400 dan 800. Dengan kemajuan teknologi CMOS sensor hari ini sesetengah DSLR mampu menghasilkan gambar yang cantik pada ISO 6000.

Bagaimana menentukan nilai ISO yang sesuai?
Boleh dikatakan semakin rendah ISO semakin halus dan cantik gambar mampu dihasilkan. Namun bukan semua situasi kita boleh menggunakan ISO rendah seperti ISO50 atau ISO100. Mengapa? Jika kita mengabil gambar didalam studio photografi yang dilengkapi dengan limpahan cahara flash dan sebagainya memang ini tidak menjadi isu besar. Namun bagaimana jika kita mengambil gambar didalam bilik atau dewan yang malap dan pada waktu malam. Flash adalah penyelesaian yang mudah bagi masalah anda tapi perlu diingat penggunaan flash tanpa perancangan dan setting yang betul merosakkan situasi atau mood gambar yang anda ambil.

Shutter Speed
 Apa itu shutter speed? Stutter speed ialah kecepatan atau sela masa yang dikira dalam pecahan saat. semakin besar nilai shutter speed semakin lama pendedahan sensor kamera pada cahaya.shutter speed adalah mekanisme yang mengawal masa bukaan gambar. Ia boleh ditetapkan secara manual dengan menggunakan keutamaan shutter speed mod dari kamera digital anda. Angka yang anda akan  lihat adalah seperti ini:
Jika anda menggunakan camera canon mode Tv merujuk kepada Shutter priority dan memboleh kan anda mengubah nilai ini pada nilai yang sesuai. 
Shutter Speed ialah Kelajuan Bukaan Lens. Shutter Speed ditanda dengan angka. Contoh Shutter Speed ialah:
 1/B - Shutter Speed paling perlahan
1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30 - Shutter Speed perlahan
1/60,1/125,1/250 - Shutter Sederhana
1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju
Jika pada kamera digital terdapat perbezaan Shutter Speed seperti yang ditandakan pada warna merah.

1/B - Shutter Speed paling perlahan
1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30,1/40- Shutter Speed perlahan
1/60,1/80,1/125,1/250,1/300- Shutter Sederhana
1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju
1/1 bermaksud bukaan selama 1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1 saat dibahagi 4000. Ini bermakna 1/1 merupakan Shutter Speed paling lama bukaannya. 1/4000 merupakan Shutter Speed paling laju. Namun terdapat satu lagi Shutter Speed yang boleh dibuka seberapa lama yang anda mahu, iaitu Shutter Speed 1/B.Penggunaan Shutter Speed yang tepat dengan Aperture akan menentukan penghasilan gambar yang baik. Jika tidak gambar akan under atau over expose.

Fungsi Aperture Dan Shutter Speed

Shutter Speed digunakan untuk rakaman gambar yang bergerak. Contohnya merakam sebuah kereta yang sedang bergerak gunakan Shutter Speed yang laju (1/250) oleh itu kereta yang dirakamkan akan terhenti di dalam gambar. Teknik Panning boleh digunakan dengan menggerakkan kamera mengikuti pergerakan kereta hasilnya latarbelakang gambar akan kabur. Latar belakang yang kabur itu disebabkan oleh pergerakan kamera.


Comments (0)