TAJUK-TAJUK DI DALAM KOMUNIKASI FOTO

1.0 Pengenalan kepada fotografi
• Apakah fotografi 
• Fotografi dlm kehidupan seharian
• Fotografi dlm kehidupan masyarakat
• Fotografi sebagai medium visual dan bahasa

2.0 Bagaimana sesebuah kamera berfungsi
• Komponen badan kamera
• Perbezaan kamera 35m viewfinder dengan kamera SLR
• Lensa kamera
• Meter penata cahaya

3.0 Teori-teori berkaitan fotografi
• Teori framing
• Kepuasan gambar
• Aspek psikologi sesebuah imej dlm media

4.0 Aplikas dan kesan aperture dan shutter speed
• Hubungan aperture dan shutter speed dalam penghasilan gambar
• Depth of field
• Perbandingan mode pengambil gambar
• Ekperimen dan penelitian kualiti gambar
• Implikasi imej
• Keperluan berstrategi dalam kerja fotografi

5.0 Teknik pengambilan gambar (shots)
• Kepelbagaian shot
• Pengadunan imej, cahaya dan teknik shutter speed
• Impak 3-dimensional

6.0 Elemen-elemen gambar yg mempengaruhi khalayak media
• Scene dan sequences dan emosi khalayak
• Teknik persembahan mesej
• Konsep reality yg digambarkan oleh foto




PERGINYA SEORANG PAHLAWAN GAGAH BERANI - KANANG ANAK LANGKAU
Negara kita telah kehilangan lagi seorang pewira negara yang gagah berani serta menjadi ketakutan kepada pihak komunis suatu ketika dahulu.


Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau diibaratkan sebagai ‘Rentap’ iaitu seorang pahlawan Iban negeri Sarawak yang cukup gagah perkasa. Kanang yang lahir pada tahun 1945 iaitu pada 2 Mac, merupakan seorang perajurit yang terkenal, namanya meniti dari bibir ke bibir setiap anggota tentera yang berkhidmat serta menjadi ikon sebagai pencetus semangat juang di kalangan mereka dalam mempertahankan negara.

Dilahirkan di Karangan Manuk Nanga Meluan, Sarawak, Kanang menyertai Renjer Sarawak dalam pasukan Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963.

Beliau merupakan anak kelima daripada enam orang adik-beradik. Kanang bersekolah higga Darjah Tiga di “Local Authority”. Kemudiannya, dia melakukan pelbagai kerja seperti menjadi tukang masak, menoreh getah dan mengangkut penumpang dengan menggunakan perahu berenjin. Pada 21 April 1960, dia telah berjaya dalam temu duga dan diterima menjadi tentera sebagai Iban Tracker.

Kanang berkahwin dengan Helen Latai Anak Intie dan dikurniai enam orang anak. Kanang meneruskan khidmatnya dengan Rejimen Ranger dan seterusnya dilantik sebagai eskut. Pada 1 Januari 1966, dia dinaikkan pangkat sebagai Lans Koperal. Pada bulan Mac 1973, dia bepindah ke Kem Terentak Melaka dan berkhidmat dalam Batalian Kelapan Rejimen Ranger. Di sana, dia dinaikkan pangkat sebagai ketua seksyen.

Antara sejarah yang melibatkan Kanang anak Langkau ialah tragedi di Tanah Hitam,Perak di Pos Legam dan Pos Yom menentang komunis dimana Kanang hampir menemui ajal semasa bertempur dengan pihak musuh.

Ketika itu, beliau memimpin pasukan Platun Perisikan Pertempuran Unit dalam Renjer DiRaja Batalion Ke-8 ditugaskan mencari kedudukan musuh setelah kematian seorang askar di kawasan tersebut.

“Luka terkena tembakan di tubuh saya mungkin sudah sembuh, tetapi luka di hari kerana sedih mengenangkan rakan yang gugur tidak pernah reda” katanya ketika menceritakan detik beliau bertempur dengan komunis antara 1963 hingga 1986.

Dalam operasi mengesan itu, pasukan Kanang telah diserang oleh musuh setelah pasukannya memasuki kawasan tempat musuh berkhemah. Dalam pertempuran itu, dikatakan salah seorang anggota mereka telah terkena tembakan dan mengalami kecedaraan parah.
          Malah, Kanang sendiri juga telah terkena 3 das tembakan yang mana telah mengenai jantung, merosakkan buah pinggang dan usus perut beliau terburai keluar. Namun, kerana kekuatan semangat beliau dalam menentang musuh negara, beliau terselamat setelah 14 bulan ditempatkan di hospital dan kembali bertugas seperti biasa setelah sembuh kembali.
Kanang kemudiannya bersara dari perkhidmatan pada tahun 1986 setelah berkhidmat selama 21 tahun dengan menjawat jawatan pegawai waran 1 sebagai jawatan terakhir beliau.

Oleh kerana jasa beliau kepada tanah air, pada 3 Jun 1981, beliau telah dianugerahkan dengan 2 anugerah iaitu Panglima Gagah Berani (PGB) dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang telah diberikan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ahmad Shah pada masa itu.

Beliau telah dikurniakan dengan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang Dipertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng.

Antara sumbangan utama beliau selepas bersara ialah menjayakan Ops Mai Pulai (Ops Bawa Balik). Melalui operasi berkenaan, rangka 21 anggota Iban Trackers dan Sarawak Rangers yang terkorban di Semenanjung dan Singapura ketika menentang komunis sekitar 1948 hingga 1963 dibawa balik ke Sarawak untuk dikebumikan di Makam Pahlawan, Kuching pada 27 Julai 2011.

Pencetus idea mengenai operasi itu, iaitu Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah berkata, Kanang memainkan peranan penting dalam usaha itu malah menganggotai jawatankuasanya sejak 2009.

Katanya, Kanang merupakan seorang yang  komited walaupun operasi berkenaan pada mulanya hampir menemui kebuntuan sebelum penglibatan Kerajaan Negeri Sarawak.
Kanang juga menganggotai operasi penggalian kubur-kubur pejuang terbabit di Kuala Lumpur dan Taiping, Perak malah menyempurnakan upacara khas “Mirig Nyambut Bujang Berani Turun Sembilan”, ujarnya.

Namun, pada hari ini kita telah kehilangan beliau, dan kita yakin serta percaya bahawa ramai lagi golongan muda yang mampu menjadi seperti Kanang Anak Langkau dalam mempertahankan tanah air dari segala anasir jahat dan tidak bertanggungjawab.



Dialog antara agama di dalam Malaysia perlu dinilai semula

Di dalam konteks Malaysia, agama mempunyai kaitan rapat dengan pengenalan kaum. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Banci penduduk dan Perumahan Malaysia, kaum majoriti adalah Melayu yang beragama Islam, diikuti kaum Cina yang beragama Buddha, Konfucius dan Taoisme serta kaum India yang beragama Hindu dan lain-lain. Agama Kristian merupakan agama yang sedang berkembang merentasi populasi Muslim adalah seramai 6.4% manakala bukan Islam sebanyak 39.6% yang mana Kristian (9.1%), Buddha (19.2%), Hindu (6.3%), Konfucius dan lain-lain (5.0%).

Persoalannya, mengapakah agama perlu dipolitikkan di Malaysia? Jika ianya merupakan isu yang menyentuh sensitiviti, mengapakah agama semakin diperdebatkan di negara ini? Apakah rakyat Malaysia sudah mengaggap soal agama perlu dibincangkan secara terbuka dan bukan lagi menjadi isu sensitif? Begitu juga, apakah pemikiran rakyat Malaysia hari ini sudah terbuka luas dan menjadi begitu liberal? sehinggakan mewujudkan satu kontroversi yang mampu mencabar pemikiran orang lain.

Dalam tempoh lima puluh tahun lalu, perbincangan mengenai hal-hal agama tidak pernah dibicarakan secara terbuka baik yang melibatkan agama Islam, Buddha, Hindu, mahupun Kristian serta agama-agama yang lain. Pada bulan Oktober 2013 bertarikh 14, isu kalimah ALLAH antara agama Kristian dan Kristian telah kembali diperdebatkan setelah kekalahan yang melibatkan agama Islam pada 2009 lalu. Perbincangan meluas mengenai isu penggunaan kalimah ALLAH di dalam Bible dan akbar The Herald ini telah memberi satu tanda aras baru dalam mengukur tahap sensitiviti rakyat terhadap isu agama di Malaysia.

Wajarkah untuk kita berdialog?
Oleh kerana isu ini membabitkan sensitiviti antara agama yang sekaligus melibatkan kaum, dialog antara masyarakat Kristian dan juga Islam perlulah diakukan. Hal ini amat penting agar agama ini dapat memahami antara satu sama lain dan mengelakkan berlakunya prejudis sesama sendiri.

Mengulas petikan daripada akhbar The Malaysian Insider, menurut Bekas Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pernah berkata, kegagalan untuk berdialog di antara orang Islam dan Bukan Islam adalah berpunca daripada kurangnya kefahaman isu yang boleh dibincangkan di meja rundingan.

“Ada pihak konservatif yang berfikir dialog antara agama bakal mencalar status Islam. Oleh kerana itulah, kedua-dua pihak harus jelas dengan sempadan yang dinyatakan. Apabila semua pihak yang terlibat faham, dialog itu dapat memberi kebaikan dan dapat memberi penjelasan berhubung konflik yang berlaku baru-baru ini,”katanya.

Justeru, jelaslah di sini bahawa dialog antara agama itu amatlah penting dan perlu agar konflik itu tidak lagi berlarutan dan berpanjangan. Dengan ini, kedua-dua pihak akan dapat menilai agama masing-masing dengan lebih mendalam dan tidak terlalu taksub dan mementingkan diri sehingga mengguris emosi pihak lain mahupun secara langsung atau tidak langsung.

Walaubagaimanapun, Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) telah tampil dengan suara radikal di mana pertubuhan ini mengatakan tiada rundingan di antara orang Islam dan Bukan Islam berhubung dengan isu agama. Sekiranya pendapat daripada Perkasa dikecualikan, pimpinan agama dari kedua-dua pihak percaya masih terdapat ruang di antara mereka untuk berdialog meskipun terdapat isu berbangkit seperti isu pertukaran agama anak dan penggunaan kalimah Allah yang masih lagi belum selesai.

Oleh itu, dialog yang sihat hendaklah sentiasa dijalankan secara positif dan relevan baik secara individu melalui sesebuah pertubuhan ataupun persatuan. Keadaan ini akan dapat mengurangkan konflik antara agama masing-masing kerana individu akan dapat menilai tahap sensitiviti mengenai agama agar tidak melibatkan pihak lain. Melalui dialog secara jujur dan ikhlas dalam keadaan yang aman dan damai sahaja, hal ini akan dapat diselesaikan tanpa berterusan dan berpanjangan.

Masyarakat perlu lebih liberal dalam menilai agama
Rakyat Malaysia perlulah mengambil iktibar daripada konflik agama yang membabitkan penganut agama Buddha dan Islam. Selain itu, kejadian Perang Salib beratus tahun dahulu juga perlu menjadi renungan di antara Kristian dan Islam yang menyebabkan banyak nyawa terkorban. Hal ini disebabkan ketaksuban dan permusuhan agama yang keterlaluan.

Masyarakat negara ini seharusnya lebih liberal ataupun berfikiran terbuka dalam menilai agama masing-masing. Hal ini penting agar pemikiran dan tindak-tanduk kita tidak dipengaruhi atau dicemari oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang akhirnya menyebabkan perbalahan dan permusuhan antara satu sama lain.

Sikap keterbukaan ini akan dapat membuka minda rakyat agar tidak terlalu taksub dengan agama sendiri tanpa memikirkan kepentingan masyarakat lain yang juga mempunyai kepercayaan tersendiri. Sehubungan itu, sikap keterbukaan juga dapat menjadikan rakyat lebih bersifat menerima ideologi dan perbezaan tentang amalan agama masing-masing.

Berbalik kepada isu penggunaan kalimah Allah di dalam Bible dan juga akhbar The Herald oleh penganut Kristian, perkara ini sepatutnya boleh dibawa bincang bersama tanpa membawanya ke dalam mahkamah untuk diputuskan. Hal ini juga dapat mengelakkan isu ini daripada dieksploitasi dan duputarbelitkan oleh para pemimpin politik yang sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan keuntugan dan pengaruh bagi kepentingan parti politik masing-masing.

Justeru, untuk mencapai kemajuan di dalam negara, sikap penerimaan antara agama dan kaum ini perlu diamalkan untuk membawa negara kepada perpaduan yang lebuh utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Mencari titik persamaan
Dalam hal ini, rakyat seharusnya mencari titik persamaan dalam suasana persaudaraan dengan semangat unity in diversity. Dengan ini, hubungan antara masyarakat akan lebih erat selari dengan konsep 1 Malaysia seperti yang telah dilaksanakan kerajaan kini.

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak juga pernah berkata melalui laman twitternya bahawa, kita perlu mencari titik persamaan untuk kekal harmoni dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama supaya negara aman walaupun berbeza ideologi. Kenyataan ini disiarkan pada 10 Jun 2013 pada jam 11.35 malam.

Dialog antara agama juga amat perlu untuk menyatukan kaum yang berbilang agama ini. Para penganut dan ahli akademik serta para pemimpin yang berbagai agama haruslah dapat duduk semeja dan berdialog secara ikhlas mengenai perbezaan amalan dan ideologi agama masing-masing. Dengan ini, isu ini akan dapat diselesaikan degan cara aman tanpa melibatkan pertumpahan darah dan huru-hara.

Sehubungan itu, ketua-ketua agama juga seharusnya memberi pendidikan kepada para pengikut agama masing-masing tanpa provokasi, emosi atau mempolitikkan isu-isu itu. Hal ini amat penting untuk mengelakkan demonstrasi seperti yang berlaku baru-baru ini.

Jelaslah, bahawa amat perlu untuk berdialog dan mencari titik pertemuan mengenai isu-isu persamaan di dalam kepercayaan masing-masing  dan berusaha untuk mengelakkan daripada memperbesar-besarkan tentang sesuatu yang merupakan perselisihan dan perbezaan dalam kepercayaan dan amalan agama antara agama.

Maka, tindakan dalam mempolitikkan isu ini di dalam negara amatlah tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku. Hal ini demikian kerana, ianya tidak memberi keuntungan kepada kemajuan ekonomi negara yang aman dan damai. Malah, ianya hanya membuang masa dan menyebabkan perbalahan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum ini. Para pemimpin perlulah menilai perkara ini dengan lebih mendalam lagi agar ianya tidak terus menjadi mainan politik demi kepentingan parti masing-masing.

Oleh itu, jika dinilai secara nyata, populasi bangsa Malaysia bukan sahaja terpisah dari sudut geografi, malah dari sudut fizikal dan juga budaya. Hal ini kerana, tahap perpaduan antara agama dan kaum di negara ini masih lagi berada pada tahap yang rendah walaupun telah merdeka lebih daripada lima puluh tahun.


Justeru, sebagai laluan untuk menghubungkan keharmonian antara kaum dalam konteks masyarakat Malaysia adalah melalui dialog antara agama. Sebagai renungan bersama, diharap pada masa akan datang, kita mampu berbahas dengan lebih terbuka supaya tiada lagi penindasan ke atas rakyat atas nama agama. Hal ini disebabkan agama yang akan membawa kita kepada keadilan dan keamanan serta sebagai pelopor kepada agenda penindasan dan kezaliman.
Olympus Has Fallen Pembangkit Semangat Nasionalisme

Dibintangi oleh Gerard Buttler, Aaron Eckhart dan Morgan Freeman dengan kerjasama Studio Millenium Films, Olympus Has Fallen bagaikan satu suntikan baru bagi anak-anak Malaysia kini yang berjiwa nasionalisme.

Turut menyumbang kepada pergerakan filem ini, iaitu Angela Bassett, Robert Forster, Cole Hauser, Finley Jacobsen, Ashley Judd, Melissa Leo, Dylan McDermott, Radha Mitchell dan juga Rick Yune.

Olympus Has Fallen pastinya akan mengingatkan kembali kita kepada peristiwa yang berlaku di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini. Ianya mengajar kita bagaimana untuk bersatu dalam satu pasukan apabila sesuatu masalah yang rumit mulai timbul.
Olympus Has Fallen mengisahkan mengenai seorang agen rahsia, Amerika Syarikat iaitu Mike Banning (Gerard Butler) yang berjuang dalam melawan aksi terorisme yang berusaha untuk memecahkan keutuhan negaranya.

Dengan arahan yang begitu kuat dan mantap daripada Antoine Fuqua di dalam filem ini, serta penampilan aksi yang cukup hebat daripada barisan pelakonnya, khususnya Mike Banning (Gerard Butler), Olympus Has Fallen mampu menjelma menjadi sebuah filem aksi yang berdurasi selama 120 minit itu.

Mike Banning, ialah salah satu anggota yang berperanan sebagai agen Secret Service yang bertugas untuk menjaga keselamatan Presiden Benjamin Asher (Aaron Eckhart) setelah satu kemalangan yang menyebabkan isteri Presiden, Margaret Asher (Ashley Judd) terbunuh, Mike Banning terpaksa ke jabatan lain di atas arahan Presiden. Setelah 18 bulan bertugas di jabatan baru, nasibnya berubah apabila dia terperangkap di dalam bangunan White House semasa serangan oleh pengganas berlaku.

Setelah semua rakannya mati di dalam pertempuran tersebut, Mike Banning terpaksa berjuang untuk terus cuba menyelamatkan bukan sahaja nyawanya, tetapi juga Presiden yang telah ditawan oleh ketua pengganas dari Korea Utara itu.

Pada mulanya, perjalanan ceritanya agak lemah. Bagaimana yang dimaksudkan perlahan – sarankan beberapa babak dikeluarkan dari filem. Supaya plot lebih kemas dan padat.
Namun, kemuncak klimaks telah menaikkan semula cerita ini hinggalah ke penghujungnya apabila lakonan Mike Banning berjaya menghidupkan suasana di dalam White House tersebut.

Ya, sudah tentu. Begitulah jawapan bagi filem arahan Antoine Fuqua ini yang ini yang telah berjaya membawa saya untuk menilai semangat patriotisme agar cintakan negara. Setiap babak yang dimainkan mampu memberikan satu impak yang cukup besar kepada saya.

 Jika dibandingkan dengan filem lain yang membawa mesej nasionalisme ini, filem ini lebih memberikan mesej yang besar kepada saya kerana watak Mike Banning telah mengubah persepsi saya kepada parajurit-parajurit agar menilai semula kesungguhan dan ketabahan mereka dalam menempuh peperangan suatu ketika dahulu. Misalnya keberanian Datuk Kanang Anak Langkau pahlawan Sarawak yang begitu berani. Selain itu, beliau juga memiliki sifat setia kawan yang telah menjadikannya begitu istimewa di mata pahlawan-pahlawan lain.

Perjalanan cerita ini juga mampu membuatkan sesiapa sahaja menangis bagi yang mempunyai nilai nasionalisme yang tinggi. Walaupun cerita ini tidak memberi kesan yang berpanjangan, namun ia mampu membuka hati dan minda masyarakat kini menilai dan mensyukuri dengan apa yang kita ada pada hari ini.

Rating bagi filem ini bagi saya adalah sebanyak 4 bintang oleh kerana ianya memberikan mesej yang cukup besar dan nasihat yang cukup bermakna malah bukan saya sahaja tetapi juga dalam kalangan generasi muda kini.



Ada beberapa perkara asas yang perlu anda ketahui sebelum menggunakan DSLR secara manual.



  • ·       ISO
  •     Stutter speed
  •     white balance
  •     metering


Empat perkara diatas merupakan asas utama yang anda perlu ketahui untuk memastikan gambar yang anda ambil acceptable untuk di albumkan. namun jangan terkejut jika saya katakan jurugambar pro sekalipun hanya memilih beberapa keping sahaja gambar dari ratusan yang di snap. Contoh paling mudah wartawan tv, majalkah atau akhbar mengambil ratusan gambar semasa sesuatu event namun hanya 1 atau dua keping sahaja dipilih untuk dijadikan tontonan dan bacaan kita.

ISO
ISO adalah nilai film speed. Ya walaupun semua DSLR tidak menggunakan filem namun kita masih menggunakan nilai ISO untuk merujuk kepada kepekaan sensor camera semasa mengambil gambar.Nilai ISO boleh dilaraskan seperti ISO100, 200,400 dan 800. Dengan kemajuan teknologi CMOS sensor hari ini sesetengah DSLR mampu menghasilkan gambar yang cantik pada ISO 6000.

Bagaimana menentukan nilai ISO yang sesuai?
Boleh dikatakan semakin rendah ISO semakin halus dan cantik gambar mampu dihasilkan. Namun bukan semua situasi kita boleh menggunakan ISO rendah seperti ISO50 atau ISO100. Mengapa? Jika kita mengabil gambar didalam studio photografi yang dilengkapi dengan limpahan cahara flash dan sebagainya memang ini tidak menjadi isu besar. Namun bagaimana jika kita mengambil gambar didalam bilik atau dewan yang malap dan pada waktu malam. Flash adalah penyelesaian yang mudah bagi masalah anda tapi perlu diingat penggunaan flash tanpa perancangan dan setting yang betul merosakkan situasi atau mood gambar yang anda ambil.

Shutter Speed
 Apa itu shutter speed? Stutter speed ialah kecepatan atau sela masa yang dikira dalam pecahan saat. semakin besar nilai shutter speed semakin lama pendedahan sensor kamera pada cahaya.shutter speed adalah mekanisme yang mengawal masa bukaan gambar. Ia boleh ditetapkan secara manual dengan menggunakan keutamaan shutter speed mod dari kamera digital anda. Angka yang anda akan  lihat adalah seperti ini:
Jika anda menggunakan camera canon mode Tv merujuk kepada Shutter priority dan memboleh kan anda mengubah nilai ini pada nilai yang sesuai. 
Shutter Speed ialah Kelajuan Bukaan Lens. Shutter Speed ditanda dengan angka. Contoh Shutter Speed ialah:
 1/B - Shutter Speed paling perlahan
1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30 - Shutter Speed perlahan
1/60,1/125,1/250 - Shutter Sederhana
1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju
Jika pada kamera digital terdapat perbezaan Shutter Speed seperti yang ditandakan pada warna merah.

1/B - Shutter Speed paling perlahan
1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30,1/40- Shutter Speed perlahan
1/60,1/80,1/125,1/250,1/300- Shutter Sederhana
1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju
1/1 bermaksud bukaan selama 1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1 saat dibahagi 4000. Ini bermakna 1/1 merupakan Shutter Speed paling lama bukaannya. 1/4000 merupakan Shutter Speed paling laju. Namun terdapat satu lagi Shutter Speed yang boleh dibuka seberapa lama yang anda mahu, iaitu Shutter Speed 1/B.Penggunaan Shutter Speed yang tepat dengan Aperture akan menentukan penghasilan gambar yang baik. Jika tidak gambar akan under atau over expose.

Fungsi Aperture Dan Shutter Speed

Shutter Speed digunakan untuk rakaman gambar yang bergerak. Contohnya merakam sebuah kereta yang sedang bergerak gunakan Shutter Speed yang laju (1/250) oleh itu kereta yang dirakamkan akan terhenti di dalam gambar. Teknik Panning boleh digunakan dengan menggerakkan kamera mengikuti pergerakan kereta hasilnya latarbelakang gambar akan kabur. Latar belakang yang kabur itu disebabkan oleh pergerakan kamera.




Tahukah anda, untuk menggunakan mouse ataupun touchpad di dalam laptop adalah melambatkan kerja anda?. Jadi, saya sarankan agar anda menggunakan keyboard shortcut untuk memudahkan anda melakukan tugasan ataupun assignment. Dengan ini, anda juga dapat mengurangkan risiko untuk mengurangkan penyakit kanser disebabkan memegang touchpad begitu lama. Berikut merupakan beberapa cara menggunakan keyboard shortcut dengan mudah:




100 Keyboard Shortcut

Keyboard Shorcuts (Microsoft Windows)



1. CTRL+C (Copy)
2. CTRL+X (Cut)
3. CTRL+V (Paste)
4. CTRL+Z (Undo)
5. DELETE (Delete)
6. SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
7. CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
8. CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
9. F2 key (Rename the selected item)
10. CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
11. CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
12. CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
13. CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
14. CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
15. CTRL+A (Select all)
16. F3 key (Search for a file or a folder)
17. ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
18. ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
19. ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
20. ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
21. CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents opensimultaneou sly)
22. ALT+TAB (Switch between the open items)
23. ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
24. F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
25. F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
26. SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
27. ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
28. CTRL+ESC (Display the Start menu)
29. ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu) Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
30. F10 key (Activate the menu bar in the active program)
31. RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
32. LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
33. F5 key (Update the active window)
34. BACKSPACE (View the folder onelevel up in My Computer or Windows Explorer)
35. ESC (Cancel the current task)
36. SHIFT when you insert a CD-ROMinto the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)

Dialog Box - Keyboard Shortcuts
1. CTRL+TAB (Move forward through the tabs)
2. CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
3. TAB (Move forward through the options)
4. SHIFT+TAB (Move backward through the options)
5. ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
6. ENTER (Perform the command for the active option or button)
7. SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
8. Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
9. F1 key (Display Help)
10. F4 key (Display the items in the active list)
11. BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)

Microsoft Natural Keyboard Shortcuts
1. Windows Logo (Display or hide the Start menu)
2. Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
3. Windows Logo+D (Display the desktop)
4. Windows Logo+M (Minimize all of the windows)
5. Windows Logo+SHIFT+M (Restorethe minimized windows)
6. Windows Logo+E (Open My Computer)
7. Windows Logo+F (Search for a file or a folder)
8. CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)
9. Windows Logo+F1 (Display Windows Help)
10. Windows Logo+ L (Lock the keyboard)
11. Windows Logo+R (Open the Run dialog box)
12. Windows Logo+U (Open Utility Manager)
13. Accessibility Keyboard Shortcuts
14. Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
15. Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
16. Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
17. SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)
18. NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
19. Windows Logo +U (Open Utility Manager)
20. Windows Explorer Keyboard Shortcuts
21. END (Display the bottom of the active window)
22. HOME (Display the top of the active window)
23. NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
24. NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)
25. NUM LOCK+Minus sign (-) (Collapse the selected folder)
26. LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)
27. RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)

Shortcut Keys for Character Map
After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:
1. RIGHT ARROW (Move to the rightor to the beginning of the next line)
2. LEFT ARROW (Move to the left orto the end of the previous line)
3. UP ARROW (Move up one row)
4. DOWN ARROW (Move down one row)
5. PAGE UP (Move up one screen at a time)
6. PAGE DOWN (Move down one screen at a time)
7. HOME (Move to the beginning of the line)
8. END (Move to the end of the line)
9. CTRL+HOME (Move to the first character)
10. CTRL+END (Move to the last character)
11. SPACEBAR (Switch between Enlarged and Normal mode when a character is selected)

Microsoft Management Console (MMC)
Main Window Keyboard Shortcuts
1. CTRL+O (Open a saved console)
2. CTRL+N (Open a new console)
3. CTRL+S (Save the open console)
4. CTRL+M (Add or remove a console item)
5. CTRL+W (Open a new window)
6. F5 key (Update the content of all console windows)
7. ALT+SPACEBAR (Display the MMC window menu)
8. ALT+F4 (Close the console)
9. ALT+A (Display the Action menu)
10. ALT+V (Display the View menu)
11. ALT+F (Display the File menu)
12. ALT+O (Display the Favorites menu)

MMC Console Window Keyboard Shortcuts
1. CTRL+P (Print the current page or active pane)
2. ALT+Minus sign (-) (Display the window menu for the active console window)
3. SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
4. F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
5. F5 key (Update the content of all console windows)
6. CTRL+F10 (Maximize the active console window)
7. CTRL+F5 (Restore the active console window)
8. ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for theselected item)
9. F2 key (Rename the selected item)
10. CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)

Remote Desktop Connection Navigation
1. CTRL+ALT+END (Open the Microsoft Windows NT Security dialog box)
2. ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
3. ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
4. ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
5. ALT+HOME (Display the Start menu)
6. CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
7. ALT+DELETE (Display the Windows menu)
8. CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)
9. CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place asnapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboardand provide the same functionality aspressing ALT+PRINT SCREEN on a local computer.)

Microsoft Internet Explorer Keyboard Shortcuts
1. CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
2. CTRL+E (Open the Search bar)
3. CTRL+F (Start the Find utility)
4. CTRL+H (Open the History bar)
5. CTRL+I (Open the Favorites bar)
6. CTRL+L (Open the Open dialog box)
7. CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
8. CTRL+O (Open the Open dialog box,the same as CTRL+L)
9. CTRL+P (Open the Print dialog box)
10. CTRL+R (Update the current Web )