Kundasang of War Memorial Warisan SABAH

Bersempena sambutan Tahun Melawat Malaysia ni, saya nak promosi sikit destinasi pelancongan yang ada di Sabah. Salah satunya ialah Kundasan War Memorial yang terdapat di Kundasang. Tugu peringatan ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Nak tau? Jom baca artikel ini!!

Tugu Peringatan Kundasang ataupun Kundasang Memorial Park merupakan sebuah kubu perang suatu ketika dahulu. Kubu ini masih dipertahankan sehingga kini bagi mengenang keberanian Tawanan Perang Australia dan Inggeris pada Perang Dunia Ke-II.
     Gambar: Pintu masuk utama ke Kundasang Memorial Park    

Tugu peringatan ini terletak tidak jauh dari gerai buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah dipaparkan sebelum ini dan    berhampiran dengan kawasan rumah-rumah kedai. Akan tetapi, apa yang menarik tentang kawasan ini ialah keindahan taman-taman yang ada di dalamnya dan bersempena peristiwa bersejarah yang berlaku di sini.
       Gambar: Persekitaran Taman British yang terdapat di dalam Kundasang Memorial Park Garden

Semasa Perang Dunia Ke II, tawanan perang tentera Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipisahkan untuk membina landasan kapal terbang tentera  Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang pertengahan tahun 1943, lebih daripada 1800 orang tawanan perang Australia dan British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.
Gambar: Keadaan kolam di Memorial Garden dengan senarai tentera yang telah terkorban di dindingnya

Pembinaan awal tugu peringatan ini bermula pada tahun 1962 oleh warga New Zealand iaitu Major G.S Carter yang bekerja dengan Shell Oil Company Borneo pada ketika itu. Tujuan pembinaannya adalah untuk memperingati 2428 tentera Australia dan British yang terkorban di dalam Perang Dunia Ke II di Kem Tahanan Perang Sandakan serta mereka yang terbunuh di dalam tiga perbarisan maut tahanan perang oleh tentera Jepun, bermula dari Sandakan ke Ranau sejauh 265 km merentasi hutan hujan tebal tropika . Pembinaan tugu ini juga adalah untuk menghargai penduduk tempatan yang terkorban di dalam memberi pertolongan dan bantuan kepada tahanan perang tersebut.

Gambar : Tugu peringatan sempena pengorbanan tentera British dan Australia di Kundasang

Hanya enam tentera Australia terselamat dari tragedi ini, menurut salah seorang penduduk yang menetap di situ ketika menceritakan pengalaman mereka kepada umum, manakala semua tentera British pula katanya telah terbunuh semasa peperangan itu.

Reka bentuk tugu peringatan ini adalah hasil ilham seorang arkitek tempatan iaitu J.C Robinson. Tugu peringatan ini terdiri daripada empat taman-taman yang indah yang berhubung antara satu sama lain yang melambangkan tanah air mereka yang gugur iaitu Taman Australia, Taman British, Taman Borneo dan Taman Kontemplasi.

Tugu peringatan ini dibuka setiap hari untuk pengunjung tempatan dan asing dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Ia dibuka bukan hanya untuk melihat taman yang sempurna tetapi untuk mengenang mereka yang mengorbankan hidup demi kemerdekaan lain. Kadar bayaran masuk adalah RM2 untuk pemegang MyKad manakala RM10 bagi pengunjung bukan pemegang MyKad.

Tugu peringatan ini seharusnya boleh menjadi teladan kepada generasi kini agar menghargai pengorbanan tentera-tentera dahulu dalam mempertahankan nyawa demi menjaga keamanan dan kemakmuran tanah sendiri. Peninggalan tugu ini memberikan makna yang begitu besar kepada kita supaya tidak terlalu selesa dengan kemakmuran yang kita miliki kini kerana ianya mampu berulang kembali jika tidak dipertahankan dengan memupuk nilai kesepaduan di dalam masyarakat.

                 'SELAMAT MENYAMBUT TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014'
PERCAYA ataupun TIDAK? Kat Jertih, Hulu Besut penemuan terbaru bahawa kawasan berkenaan dipercayai terdapat kewujudan dinosaur apabila ahli kaji bumi berjaya menemukan fosil tumbuhan yang berusia 350 juta tahun dahulu.

Kawasan tapak pembinaan empangan Paya Peda, Hulu Besut, dekat sini, kini menjadi topik perbincangan penduduk yang mempercayai fosil dinosaur wujud di situ berikutan penemuan fosil tumbuhan kuno luar biasa.

Fosil tumbuhan berusia 350 juta tahun ditemui oleh ahli kaji bumi Mohd Zaidi Mohd Yah, 46, dan kontraktor pembinaan projek empangan terbabit pada 2011 ketika menjalankan tugas mengawasi kerja meratakan bukit. 

Penemuan itu kemudian dilaporkan kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), yang bertindak menghantar pasukan pengkaji untuk membuat kajian mengenai penemuan fosil berkenanaan.

Hasil kajian selama tiga tahun, pengkaji terbabit kini menemui tujuh fosil tumbuhan, haiwan dan batu. Ketua Pengarah JMG Datuk Yunus Abdul Razak berkata, penemuan tujuh spesies fosil tumbuhan itu adalah yang terbesar pernah ditemui jabatan berkenaan di negara ini.

Bagi saya, ianya tidaklah mustahil kerna suatu ketika dahulu sememangnya berlaku pecahan benua yang menyebabkan banyak haiwan-haiwan terasing ke bahagian lain.

Sumber: Harian Metro
Betul ke isu “kangkung” ni telah tersebar dengan luasnya apabila PM mula membangkitkannya sehingga di Wikipedia pun telah bertukar pendefinisiannya? Kini ianya telah menjadi TROLL di dalam politik.

Sumber dari WIKIPEDIA.ORG

Fesyen tidak hanya terhad pada pemakaian saja malah pakej termasuklah rambut dan penampilan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Mungkin dari beberapa pilihan yang ditampilkan mampu memberi inspirasi untuk anda tampil lebih yakin dan bergaya.

Maka, kali ini saya akan menunjukkan beberapa gaya rambut yang boleh digunakan oleh jejaka kini untuk kelihatan lebih segak dan menarik.

1.    Spiky @ Pacak
Gaya rambut spiky seperti  gaya Mohawk, Porcupine, Harajaku, Emo mahupun Punk, amat popular buat lelaki. Gaya ini dapat membuatkan anda lebih stylo, ranggi dan bertenaga. Selain itu, gaya ini juga amat mudah untuk digayakan dan sesuai apabila bersantai dan berhibur bersama rakan.
2.    Sleek
Gaya rambut ini sememangnya klasik selain  memberikan personaliti yang kemas dan sering digayakan di pentas peragaan.
3.    Brit Rock
Gaya rambut Brit Rock sememangnya cool dan ranggi. Rambut hadapan didandan seperti fringe  dan untuk gaya lebih ranggi, berikan sedikit suntikan gaya messy yang tidak keterlaluan. Gaya rambut ini popular di kalangan lelaki untuk menyerlahkan imej indie.
4.    Pompadour @ Quiff
Dengan ‘remos’  atau jambul di hadapan, gaya ini akan memberikan anda kelihatan lebih yakin, retro, stylo. Namun, anda perlu berhati-hati kerana jambul itu tidak perlu terlalu panjang kerana ia akan membuatkan anda nampak pelik dan di gelar “Joe Jambul” pula.

Gaya Spiky

Gaya Sleek

Gaya Brit Rocks

Gaya Pompadour

Pengakuan seorang pelajar Kristian mengenai tuntutan KALIMAH ALLAH.

Apa perasaan kamu kalau kami (kristian) ckp yg MUSLIM tidak rugi kalau tidak guna istilah Allah. Iya memang cara kita beribadah berlainan tapi tujuan kita sama, kami berdoa bukan memuja iblis/syaitan/pokok/gunung etc...... who are you to judge our beliefs!!!!!!!!! Alasan KELIRU???????? boleh masuk akal meh!!! sy 6 tahun belajar pendidikan islam masa sekolah rendah tidak juga pandai keliru, malah hampir tiap hari dengar azan tapi agama sy tida juga berubah tetap juga seorang kristian, TAKUT terancam kuatkan iman bukan menindas, tingkatkan penguasaan agama, amalkan ajaran agama rajin-rajin p sambayang bukannya bila rasa terancam cakap itu ini pasal agama org lain, bertoleransilah sikit, bertoleransi tidak semestinya ke arah liberalisme. datang SABAH wahai TUN M, mari datang rumah saya tinggal sama-sama family saya, UNCLE SAYA SEORANG USTAZ DAN KAMI MERUPAKAN KELUARGA KATOLIK, TETAPI MASA MAKAN SAYA TANDA SALIP, DAN KELUARGA UNCLE SAYA BACA DOA IKUT KEPERCEYAAN MEREKA, tapi isu keliru dan tukar agama tidak berlaku pun. HARI RAYA/KRISMAS sama-sama kami sambut tapi tida juga pandai terancam@tergugat kepercayaan kami. KATAK IBRAHIM DAN YG BERKENAAN SAYA SARANKAN ANDA DATANG RUMAH SAYA BELAJAR BAGAIMANA BERTOLERANSI DENGAN AGAMA ORG LAIN. 

Dalam kes perbicaraan yang lalu tuntutan untuk menggunakan kalimah Allah mendapat reaksi yang berbeza. Hal ini boleh dilihat melalui pengaharaman itu hanya dikuatkuasakan di semenanjung Malaysia sahaja tetapi Sabah dan Sarawak masih boleh menggunakannya. Jika diteliti dengan lebih dalam timbul persoalan apakah perbezaan kristian yang berada di Sabah dan Sarawak dengan Kristian yang berada di Semenanjung Malaysia? Adakah muslim Sabah dan Sarawak dengan Muslim semenanjung Malaysia juga berbeza? 

Dalam konteks ini kita melihat adakah bahasa itu mengelirukan atau kita yang membuatkan kita keliru terhadap bahasa? Kekeliruan atau jatuhnya iman kepercayaan tidak sepatutnya wujud dalam mengamalkan kepercayaan kerana menggunakan istilah atau bahasa yang sama bagi merujuk Tuhan yang mencipta kita. Siapakah kita untuk mempersoalkan dia (Allah) yang mencipta kita kerana bukan kita yang mencipta dia (Allah) tetapi Allah yang mencipta kita dan kita harus taat kepada ajarannya walaupun mempunyai perbezaan agama.

Kenapakah kita perlu membuatkan diri kita keliru dengan bahasa andai kita mempunyai kemampuan untuk memahami bahasa itu? Adakah faktor kelemahan penguasaan terhadap bahasa menyebabkan kita keliru dengan bahasa itu? Dalam konteks penggunaan kalimah Allah bagaimana istilah Allah itu boleh memesongkan akidah seseorang? Jika kita mempelajari dan mengimani ajaran agama kita dengan lebih mendalam bahasa itu tidak akan mampu untuk menggoyahkan iman kepercayaan kita. Kenapakah perlu mengatakan bahawa istilah kalimah Allah itu boleh menjatuhkan akidah? Adakah itu memperlihatkan betapa goyahnya penguasaan seseorang terhadap agamanya sendiri?

Sewaktu saya masih di sekolah rendah, saya mengambil subjek pendidikan islam selama enam tahun iaitu sejak dari darjah satu sehingga darjah enam namun sehingga kini saya masih bergelar seorang katolik. Dakwaan bahawa penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan muslim itu boleh mengelirukan adakah ia benar atau sekadar penambah pemanis pada tuntutan penggunaan khas kalimah itu? Kenapa saya yang pada ketika itu masih kecil dan telah didedahkan dengan ajaran yang bukan anutan agama saya tetapi iman kepercayaan saya tidak terjejas? Adakah bahasa itu cerminan agama? Adakah agama itu bahasa? Atau adakah bahasa dan agama itu dua perkara yang sama atau pun dua perkara yang berbeza?

Cara untuk berdoa adalah berbeza namun tujuannya adalah sama, mengapa sentiasa mencari perbezaan andai persamaan itu dibelakangkan? Hilangkah sudah nilai toleransi antara agama di Malaysia. Imam Shamsi Ali dari New York turut mendesak Putrajaya menimbangkan semula keputusan kalimah Allah. 

Sarjana Islam yang terkenal itu menggesa Putrajaya memandang serius keputusan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah kerana ia bertentangan dengan ajaran Al-quran. Imam Shamsi Ali berkata kepada The Malaysian Insider, sebagai umat Islam, beliau tidak dapat menerima keputusan Mahkamah Rayuan kerana meremehkan kebesaran Tuhan. Keputusan itu merendahkan kekuasaan Tuhan Maha Berkuasa, Maha Pencipta, Maha Esa dan Tuhan kepada 1.5 bilion penduduk dunia, katanya. Beliau berkata demikian semasa mengahadiri Konvensyen Keamanan Global 2013 di Kuala Lumpur.

Keputusan mahkamah yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam kalangan penganut kristian juga turut mendapat kupasan yang meluas daripada akhbar antarabangsa. Dalam laporan BBC mereka menyentuh bahawa masyarakat Kristian di Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak tidak menyambut baik keputusan tersebut, tetapi ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dilihat sebagai usaha UMNO memenangi semula sokongan orang Melayu, malah bukan semua umat Islam menyokong keputusan karajaan untuk menghalang Kristian menggunakan kalimah itu tetapi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang terlalu bersemangat menyokong usaha itu.

Editorial akhbar bahasa Inggeris Emiriah Arab Bersatu, The National juga turut meluahkan rasa terkejut atas keputusan mahkamah berkenaan dengan menegaskan bahawa tidak boleh disangkal bahawa Tuhan yang Maha Esa, yakni Allah, dalam al-quran adalah sama dengan Tuhan dalam kitab Taurat dan Kitab Injil, malah kalimah Allah sudah sekian lama digunakan oleh golongan Kristian dan Yahudi sebelum kebangkitan Islam pada abad ke-7.

Credit to,

Mr Leo