Spade = David/Raja Daud
Daud ( داود Dāwūd) ialah nabi yang juga merupakan
raja Bani Israil. Semenjak masih muda telah menyertai tentera Bani Israil
di bawah pimpinan Thalut melawan pasukan bangsa Palestin yang dipimpin
Jalut (Goliath). Daudlah yang berjaya membunuh Jalut, sehingga dipuji sebagai pahlawan
perang. Setelah Raja Thalut meninggal, Daud menggantikannya sebagai raja.
Allah mengangkat Daud sebagai nabi dan rasul-Nya.
Kepadanyalah
diturunkan kitab Zabur. Daud memiliki beberapa mukjizat, kecerdasan akal,
memahami
bahasa burung, dan melembutkan besi hanya dengan menggunakan tangan kosong
dan Daud juga memiliki suara yang paling merdu daripada semua suara umat
manusia, sama seperti Yusuf yang diberikan wajah yang paling tampan.
bahasa burung, dan melembutkan besi hanya dengan menggunakan tangan kosong
dan Daud juga memiliki suara yang paling merdu daripada semua suara umat
manusia, sama seperti Yusuf yang diberikan wajah yang paling tampan.
Daud memulakan pembangunan
Bait Suci iaitu Baitul Muqaddis yang telah diselesaikan oleh anaknya
Sulaiman, yang ketika ini dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa. Daud meninggal pada
usia 100 tahun dan dikebumikan di Baitul Muqaddis.
Club = Alexander The Great/Iskandar Agung
Alexander (yang) Agung, (bahasa Yunani: Μέγας Ἀλέξανδρος (“Megas
Alexandros”), bahasa Inggeris: Alexanderthe Great) adalah seorang penakluk berasal dari Macedonia. Beliau diakui
sebagai salah seorang pemimpin tentera paling genius sepanjang zaman.
Beliau juga menjadi inspirasi bagi penakluk-penakluk seperti Hannibal,
Pompey danCaesar dari Romawi, dan Napoleon. Pada masa pemerintahannya yang singkat,
Alexander mampu menjadikan Macedonia sebagai salah satu empayar terbesar di
dunia.
Heart = Charlemagne/Raja Perancis
Karel yang Agung atau Karel
Agung (Perancis: Charlemagne; bahasa Latin: Carolus Magnus atau Karolus
Magnus; bahasa Jerman: Karl der Große; bahasa Inggeris: Charles the Great,
bahasa Itali: Carlo Magno) (742 atau 747 – 28 Januari 814), adalah raja
kaum Frank dari tahun 768 hingga 814 dan kaum Lombard dari tahun 774
hinggai 814.
Beliau dinobatkan sebagai
Imperator di Rom pada hari krismas tahun 800 oleh Paus Leo III. Beliau dianggap
sebagai pengasas Tamadun Rom yang Suci (dengan gelaran Karel I). Melalui
penaklukan dan pertahanan, beliau mengukuhkan dan mengembangkan
kekuasaannya hingga meliputi sebahagian besar Eropah Barat. Beliau juga sering
dianggap sebagai pengasas Perancis dan Jerman, bahkan tidak keterlaluan
dianggap sebagai pengasas Eropah.
Diamond = Julius Caeser
Gaius Julius Caesar (Latin:
C·IVLIVS·C·F·C·N·CAESAR¹) (13 Julai 100 SM–15 Mact 44 SM) adalah seorang
pemimpin tentera Rom yang kekuasaannya terhadap Gallia Comata
memperluaskan lagi dunia Rom sehingga ke Oceanea Atlantic, melancarkan
serangan Rom pertama ke Britan, dan memperkenalkan pengaruh Rom terhadap
Gaul (Perancis kini), sebuah pencapaian yang kesan langsungnya masih
terlihat hingga kini.
Julius Caesar bertarung dan
memenangi sebuah perang saudara yang menjadikannya penguasa terhebat dunia
Rom, dan memulai reformasi besar-besaran terhadap masyarakat dan
pemerintah Rom. Beliau menjadi diktator seumur hidup, dan memusatkan
pemerintahan yang makin melemah dalam republik tersebut.
Nota Tambahan:
4 jenis kad (Spade, Heart,
Diamond, Clud) = 4 musim dalam 1 tahun.
52 kad = 52 minggu dalam 1
tahun.
13 fasa kad = 13 fasa bulan
sumber:
www.gallerydunia.com, billyinfo.blogspot.com
01:02 |
Category: |
0
comments
Comments (0)