KOTA KINABALU: Seorang lelaki sempat
menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada anak-anaknya sebelum
menggantung diri pada sebatang pokok di kawasan semak berhampiran sebuah
restoran makanan segera, di Jalan Sulaman, dekat sini, malam tadi.
Mangsa yang berasal dari Kampung
Contoh Suang Parai, Menggatal, dekat sini, ditemui ahli keluarganya yang
dipercayai pergi ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa.
Difahamkan sebelum kejadian, mangsa
telah menghantar SMS kepada anak-anaknya untuk datang ke tempat kejadian bagi
menemuinya.
Pada mulanya, anak mangsa menyangka SMS
terbabit hanya satu gurauan namun selepas risau kerana mangsa belum pulang ke
rumah, mereka kemudian bergegas ke lokasi yang dimaksudkan.
Bagaimanapun setibanya di tempat
kejadian, mangsa ditemui dalam keadaan tergantung, dipercayai membunuh diri
menggunakan tali nelon warna hijau.
Ahli keluarga mangsa yang terkejut
dengan kejadian itu kemudian terus memaklumkan perkara itu kepada polis.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu,
Asisten Komisioner Jauteh Dikun, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan
berkata kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut.
“Tiada unsur jenayah didapati dalam kes
ini dan polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut.
“Siasatan awal juga mendapati mangsa
menghadapi masalah keluarga,” katanya sambil menambah mayat mangsa telah
dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) untuk bedah siasat.-
10:13 |
Category: |
0
comments
Comments (0)