Sesiapa sahaja memang mengenali pokok Misai Kucing (nama saintifiknya Orthosiphon Stamineus) kerana bunganya mirip misai seekor kucing. Ianya amat popular dalam perubatan tradisional bagi merawat masalah kencing manis dan batu karang. Akan tetapi tahukah anda Misai Kucing mampu merawat masalah kebatinan lelaki?



Perubatan tradisional Cina mengatakan bahawa buah pinggang adalah menjadi asas kepada sumber kehidupan seperti  memberi essence atau intipati kepada janin, pembesaran, kematangan dan pembangunan. Ianya juga menjadi asas kepada fungsi seksual manusia seperti penghasilan sperma dan ovum, penentu kadar kekuatan nafsu seks dan kesihatan organ seks. Oleh itu jika buah pinggang bermasalah maka masalah kesihatan seperti masalah kesuburan, masalah tenaga batin dan kanak-kanak lambat membesar akan berlaku. 

Antara penyakit-penyakit yang akan dialami akibat masalah buah pinggangadalah kepala pusing, wajah bengkak dan berwarna kehitam-hitaman, pandangan kabur, nafas pendek atau sesak, selalu terasa mengantuk, gelisah, kotoran tidak berbentuk, sukar buang air besar, impotensi/masalah tenaga batin, perut kembung dan muntah-muntah.


Gambar di atas menunjukkan zakar merupakan salah satu komponen terpenting di dalam sistem perkumuhan manusia. Oleh itu saluran kencing dan buah pinggang perlu dicuci bagi memastikan zakar sihat. Selain daripada itu, penghasilan sperma akan bertambah pekat dan kuat sekiranya buah pinggang kita sihat. Zakar juga akan lebih tahan lama apabila bersama dengan isteri anda. Proses pencucian boleh dilakukan dengan mengamalkan teh misai kucing. 


Bagi menambahkan pemahaman anda, zakar lelaki perlukan air untuk kembali terus kuat dan tahan lama. Jadi amalan minum teh misai kucing sangat digalakkan kerana ianya mempunyai pelbagai khasiat termasuk mengatasi masalah kebatinan lelaki. Akan tetapi terdapat beberapa pantang yang perlu dipatuhi bagi memastikan zakar kembali kuat dan tahan lama iaitu kurangkan onani dan elakkan minum ais/air sejuk (walau dari peti sejuk). Air kosong/air suam yang cukup perlu juga diamalkan setiap hari.

Comments (0)