Seorang lelaki berusia lingkungan 30'an dikejarkan ke hospital malam tadi iaitu pada 10 Februari 2014, akibat pendarahan yang teruk di bahagian tangan kanan dan kaki kiri akibat ditetak dengan objek yang tajam. Kejadian berlaku di Bintangor,Sarawak.


Mangsa yang sedang menjamu selera di sebuah kedai makan cina telah diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang. 

Polis peronda tiba di tempat kejadian sejurus menerima panggilan dari orang awam.

Darah mangsa dilihat memenuhi sebahagian lantai kedai. Kedai makan tersebut juga mengalami kerosakan akibat dari pertumpahan darah itu.

Motif penyerang masih tidak diketahui. Namun menurut saksi, ia berkemungkinan berpunca dari judi.


Pihak polis Meradong kini sedang menyiasat kes berkenaan.













Comments (0)