Sapa penah dengar kes seorang kanak-kanak berumur 5 tahun kena dera oleh ibu tirinya sendiri? 

Kes berlaku dalam dua hari yang lepas (28/06/2015). 

Harap muka je cantik, tapi perangai dia ni nak mengalahkan Mona Fendy yang melakukan pembunuhan kejam suatu ketika dulu (seram dengar nama tu!)..Nah..ni lah tajuk entri kali ni.Harap info yang dikongsikan ini dapat memberikan serba sikit pengetahuan kepada semua pembaca berkenaan kes tersebut.

harap muka ja cantik, tapi perangai busuk

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera di beberapa anggota badan, dipercayai didera ibu tirinya di Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang. 

Kejadian itu hanya disedari ibu kandung mangsa, Sana Abdul Malek, 28, pada Khamis lalu, selepas mengambil anaknya di rumah bekas suaminya, sejurus dihubungi ibu tiri mangsa yang meminta mengambil kanak-kanak terbabit kerana tidak mampu menjaganya. 

Kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk rawatan lanjut. 

Lokasi: Rantau Panjang 
Mangsa: Nur Zuliana Zaara Bt Mohd Mishabuddin 
Umur: 5 Tahun 
Alamat: Blok Q 915 Taman Rantau Mas, Rantau Panjang Kelantan. 

Suspek/ Penjahat: Rahayu bt Hassan 
Umur: 25thn (anggaran) 
Pekerjaan: Surirumah 
Alamat : Kg.Kubang Rambutan Rantau Panjang Kelantan 

Suspek / Penjahat 2: Zulkifli bin Che Othman 
Umur: 40an Pekerjaan: Peniaga kedai aksesori kereta di Rantau Panjang 
Alamat: Kg Kubang Rambutan Rantau Panjang Kelantan 


keadaan tulang belakang Zaara yang patah

Keadaan anak tirinya setelah dipukul dengan kejam
cc:sheilakhan (foto)

Fakta kes:- 

Pada minggu lepas tarikh tidak pasti pengadu telah terima panggilan telefon daripada isteri kepada bekas suami bernama Rahayu bt Hassan menyatakan bahawa dia dan suami tidak lagi mahu menjaga anak saya bernama zuliana serta mahu menyerahkan hak penjagaan kepada pengadu. 

Pengadu setuju dan berjanji akan mengambil anaknya. Kemudian pada 24/06/2015 jam lebih kurang 0100hrs bertempat di belakang Pasaraya Pantai Timur Rantau Panjang Kelantan pengadu telah pergi mengambil anaknya di sana. Kemudian pengadu lihat keadaan anaknya lemah dan tubuh badan anaknya dipenuhi parut. Pengadu syaki anak didera oleh ibu tiri. Kemudian pengadu datang ke balai membuat report


Siasat awal:- 
  • Pengadu dan bekas suami telah bercerai sejak tahun 2013 
  • Hasil perkahwinan pengadu dan bekas suami mempunyai seorang anak perempuan 
  • Selepas bercerai anak pengadu dijaga oleh bekas suami iaitu ayah kandung anaknya 
  • Pengadu telah berkahwin lain dan kini mempunyai seorang anak berusia 6bulan 
  • Bekas suami pengadu juga telah berkahwin lain dan mempunyai seorang anak berusia lebih kurang setahun. 
  • Pengadu dan anak(mangsa) jarang berjumpa selepas perceraian tersebut kerana masalah hubungan yg kurang baik bersama isteri baru bekas suami. 
  • Kali terakhir pengadu berjumpa dgn mangsa adalah pada bulan puasa tahun lepas dan tidak lagi berhubung lagi selepas itu.
  • Pengadu dihubungi oleh isteri bekas suami baru-baru ini dan menyatakan dia dan suami tidak mahu lagi menjaga mangsa kerana kesibukan 
  • Pengadu setuju untuk mengambil mangsa tinggal bersamanya 
  • Semasa pengadu mengambil anaknya dapati anaknya dalam keadaan lemah dan tubuh badannya dipenuhi parut. 
  • Mangsa memberitahu bahawa mami(ibu tiri) telah mencubitnya 
  • Pengadu bawa mangsa pulang ke Golok Thailand dan mangsa ditahan di Hospital Golok Thailand sehingga dibawa pulang ke Malaysia pada 26/06/2015 Kes disiasat di bawah sek.31(1)akta kanak-kanak 2001




Comments (0)