Aku rasa, ni lah entry aku yang pertama untuk bulan Jun ni. Lama dah tak mengarang dekat blog ni. Baiklah, kali ni santai-santai ja ya!! Boleh saja bah kan bilang orang Sabah.Haha..K, nak cerita sikit masa balik dari 1Borneo ke UMS tadi petang. Begini ceritanya......;
Lepas balik dari Giant,1B tadi sebab craving sangat KFC sama Crackers Hup Seng Cap Ping Pong, aku tunggu bas depan stesen bas 1B tu..
Tunggu punya tunggu, pastu datang dua orang pekerja kontraktor yang baru balik bekerja (ambik OT kot) dalam jam 7.15 begitu nak balik ke KK. Ada seorang pak cik bas yang memandu City Bus ni sibuk bersembang dan bergurau dengan beberapa student UMS yang tengah tunggu bas dekat situ.
KFC vs Cracker |
Tunggu punya tunggu, pastu datang dua orang pekerja kontraktor yang baru balik bekerja (ambik OT kot) dalam jam 7.15 begitu nak balik ke KK. Ada seorang pak cik bas yang memandu City Bus ni sibuk bersembang dan bergurau dengan beberapa student UMS yang tengah tunggu bas dekat situ.
Gambar hiasan: City Bus |
Pak cik ni kemudian ternampak mereka berdua dan terus tanya, "kamu dua pegi mana", katanya. Jawab mereka nak pegi ke KK. Terus pak cik tu jawab, "tak pa, boleh lepak2 dulu kat luar blom juga bas ni bergerak", katanya. So, mereka terus berbual dan sempat lagi duduk menunggu bas. Pada hal bas depan mata pun xnak masuk terus dan ambik aircond. Maafkan saya, bukan pak cik tapi muka dia masih muda lagi. Dalam lingkungan 30an dan boleh dipanggil abang lagi. Dengar loghat dia bercakap macam orang Selangor. Mungkin kerja di Sabah kali.
Aku pun jadi pelik tengok mereka ni. Mungkin mereka nak dapatkan bas yang terus bergerak kot dalam hati ku berkata. Sekali kala, aku jeling juga lah ke atas hotel di atas tu (Klagan Regency & Novotel) yang tersergam indah. Sebabnya, nak tengok muka-muka yang check in sana. Hihi..
Dah dekat setengah jam aku tunggu bas, blom juga bas TUT tu sampai sampai..Student pun makin ramai yang berpusu-pusu di depan tengah menunggu bas yang sama. Sebaik saja bas datang lebih dari 30min kemudian, terus aku ikut menyerbu. Time aku tengah nak naik saja, terus aku terdengar suara orang yang matang (dalam lingkungan 30an begitu). Sekali aku pandang ke belakang, rupa2nya 2 org pekerja yang tunggu bas untuk ke KK tadi tu. Aku biarkan ja lah mereka masuk. Sedangkan bas tu menuju ke UMS dan bukan ke KK. Mungkin mereka ada bekerja di dalam UMS (pikirku). Aku ambik tempat duduk belakang sebab aku jalan sorang2..Malu nak berdepan dengan ramai org kunun.Hihi..
Gambar hiasan: Keadaan dua orang abang tu tunggu bas |
Pastu, aku nampak pekerja tadi tu pun masuk dan ambik tempat duduk paling belakang sekali. Tepi aku pula seorang Muslimah. Tengah2 pula tiada orang sudi duduk. Dan tempat duduk dua lagi pula tempat pekerja tadi tu. Bas pun bergerak menuju ke dalam UMS dan sebaik saja bas tu masuk ke dalam pintu gerbang UMS, abang berdua tadi tu pun bertanya, "maaaf dik, boleh tanya, bas ni pegi kk x?". Menjawab lah tu perempuan bahawa bas tu hanya hantar pelajar ke UMS saja. Terus mereka dua berpandangan satu sama lain dan ketawa. Aku yang di tepi pula tersenyum sendirian melihat telatah mereka.
Gambar hiasan: Bas TUT |
Lepas bas tu masuk saja ke bahagian roundabout, terus mereka terpinga-pinga melihat menara jam yang dibina bernilai jutaan ringgit tu. Aku sempat lagi mendengar perbualan mereka. Kata mereka, "Cantiknya universiti ni"!! Aku terus teringat, "begitulah aku semasa pertama kali masuk ke UMS pada 2012 dulu" pikirku..
menara jam |
Sebaik saja konduktor bagi tiket ke bahagian kami, terus konduktor tu pun heran. Kamu dua ni pegi KK tak? katanya. Mereka pun jawab bahawa mereka salah masuk bas dan akan putar balik ke 1B. Hilang lah 1$ pikirku. Hahaha...Kasian juga lah tengok.. Mungkin mereka terikut kami yang ramai-ramai masuk ke dalam bas kali tu tadi..
Masuk ja kawasan kampung, terus mereka menanya tu perempuan yang kawasan UMS ni besar juga kawasannya serta cantik landskapnya. Yang perempuan tu pula, angguk2 ja jika mereka menanya. Soalan terakhir mereka tanya, "orang mana?" Menjawab lah tu perempuan yang dia pun asal orang Sabah berbangsa Bisayak. Sebaik saja aku sampai di stesen bas kampung CD, terus aku turun.
Kolej kediaman |
Dalam perjalanan tu, aku masih lagi terpikir bagaimana lah aku keluar ni nanti. adakah dapat kerja ataupun tidak. Walhal ramai yang di luar expect begitu tinggi terhadap pelajar universiti ni boleh dapat kerja yang lebih baik. Sedangkan begitu ramai yang akan graduate dalam masa yang sama serta compete untuk dapatkan peluang pekerjaan dengan graduan2 lain.
Bulan 7 ni, tamat lah sudah gelaranku sebagai pelajar universiti. Begitu banyak kenangan yang tak boleh dilupakan di sini dari 2012 hingga lah ke 2015. Semester pertama hingga enam ini begitu singkat bagiku untuk bersama rakan-rakan seperjuangan. Diharap semuanya akan dapat kerja lah lepas graduan kelak dan berbaloi dengan usaha selama ini.
Pesanan terakhir dari sahabat mu ini, "pembelajaran tidak akan berhenti di sini".Sekian.
07:31 |
Category: |
0
comments
Comments (0)