Setelah sekian lama menyepi di blog ni, saya kembali lagi untuk membuat coretan mengenai perjalanan program di Kampung Binuwou Tengah, Sook bersama adik-adik Sekolah Kebangsaan Binuwou dan sekaligus melakukan pencarian keluarga angkat. Selama 3 hari berada di sana, saya mendapat begitu banyak pengalaman bersama-sama adik Tahap 1 sebagai Ketua Fasilitator.

Bukan senang mau control adik-adik yang masih berada di alam kanak-kanak ni. Sebab masih berada di dalam proses mengembangkan pemikiran dan tingkah laku mereka. Walaupun mereka nakal, kadang-kala lucu juga melihat tingkah laku mereka yang mencuit hati. Tak kan pernah lupa ni satu budak perempuan yang comel. Nama dia Dania kalau tak silap. Katanya mau jadi Doktor besar nanti. Terus saya tanya, mau jadi doktor apa? Katanya mau jadi "doktor jarum" ($%#^$%#$$#) .Saya cakap la kenapa nak jadi doktor? Katanya lagi, sebab mau cucuk mereka yang bising-bising (nakal-nakal). Terus riuh satu balai raya ketawa mendengar jawapannya. Hahaha...

Sepanjang 3 hari di sana, antara aktiviti yang kami buat ialah berkaitan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) iaitu bagi nama kumpulan, yel dan sorakan mereka yang terbahagi kepada Kumpulan Dragon Ball, Evan Boyka, Super Junior dan Monotos (beerti berhabis-habisan). Selain itu, kami juga mengadakan aktiviti Hot Chair, Sukaneka, persembahan malam kebudayaan dan banyak lagi aktiviti lain.

Setelah tiba hari yang ketiga, agak berat juga lah untuk meninggalkan keluarga angkat dan adik-adik yang walaupun bersama kami tiga hari saja. Terima kasih lah kepada semua penduduk kampung terutamanya Ketua Kampung Binuwou Tengah, Sook yang sudi menerima kehadiran dan memberikan kami peluang untuk menjalankan aktiviti di sana. 

Gambar bersama keluarga angkat iaitu Mamak, Apak serta adik dan kakak


Ohh yaa..Lupa pula nak promote suara abang ni bersama-sama band dia..Nama nya Adika dan geng-geng nya yang lain iaitu Mirul, Ginud, Sabri dan Cikgu Ishak. Memang best giler lah suara dan sangat sporting bersama kami untuk menjayakan lagi aktiviti ni.

Ni nah video nya.. Dua-dua lagu dari Atmosfera iaitu Berakhirlah Sudah dan Demi Si Kecik. Jom layan!!!





Comments (0)