MH17 telah disahkan oleh Ukraine ditembak menggunakan sejenis senjata yang dikenali sebagai "Buk" itu.

Berikut adalah infografik kejadian MH17 yang ditembak menggunakan "Buk Missile System":


Pesawat MH17 yang telah dilaporkan 'ditembak' kini telah terhempas dalam kawasan amat merbahaya yakni konflik pemisah Ukraine didokong Russia lawan kerajaan Ukraine.

Tandatanya terbesar yang berlegar satu dunia sekarang ialah bagaimana penyiasat antarabangsa hendak masok ke lokasi nahas di Timur Ukraine untuk buat siasatan kerana ia dikuasai oleh puak pemisah.Selain itu tentulah pihak yang tembak MH17.Rata-rata termasuk pihak berkuasa Ukraine dakwa ia perbuatan puak pemisah Ukraine.

Seramai 295 nyawa - 280 penumpang dan 15 anak kapal terkorban dalam nahas itu.

Ikut laporan awal ,paling ramai kalangan penumpang ialah dari warga Belanda 143,Australia 27,Malaysia 20, Indonesia 11,British 6,Jerman 4,Belgium 3,Filipina 3 dan 1 Kanada.Kewarganegaraan 62 lagi penumpang boleh dapat dipastikan lagi.

Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu Amsterdam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi esok waktu Malaysia.Desas desus mengenai nahas itu hangat sejak jam 10 malam dan memuncak awal jam 11 bila media antarabangsa seperti CNN,Reuters,Aljazerra dan lain-lain siar breaking news mengenainya.

Sekitar 11.30 malam twitter MAS mengesahkan pihaknya telah putus hubungan dengan MH17 dari Amsterdam.Setengah jam kemudian Perdana Menteri menerusi twitter kata beliau terkejut dengan laporan kehilangan pesawat MAS.Tidak lama selepas itu beliau bergegas ke bilik operasi MAS di KLIA untuk mendapat taklimat dan butir-butir mengenai nahas.Pada waktu yang sama gambar-gambar bangkai pesawat,mayat bergelimpangan dan video kepulan asap menjulang tempat lokasi MH17 terhempas disiar oleh media Russia.


5.00 pagi - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sidang akhbar jam 4.50 pagi di KLIA kata tiada panggilan kecemasan diterima dari MH17 sebelum terhempas. Satu pesawat khas Malaysia akan dihantar ke ke Kiev,ibunegara Ukraine.

BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH PERDANA MENTERI : 


"Petang semalam, saya dimaklumkan mengenai berita yang amat dahsyat dan sangat mengejutkan bahawa sebuah pesawat Malaysia Airlines terhempas di timur Ukraine.

"Malaysia Airlines telah mengesahkan bahawa pesawat itu adalah Malaysia Airlines Penerbangan 17 yang dalam penerbangan berjadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

"Penerbangan itu berlepas pada 12.15 tengah hari, waktu tempatan. Ia dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi waktu tempatan Malaysia.

"Pesawat itu adalah Boeing 777-200".

"Laluan penerbangan pesawat itu telah diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

"Dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa telah menyatakan bahawa ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.

"Malaysia Airlines mengesahkan bahawa pesawat itu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.

"Penerbangan itu membawa sejumlah 295 orang - merangkumi 280 penumpang dan 15 anak kapal.

"Malaysia Airlines kini dalam proses memaklumkan kepada waris penumpang dan anak kapal. Semua bentuk penjagaan yang sebaik mungkin akan diberikan kepada waris.

"Kita akan berusaha sedaya upaya.

"Sekiranya pesawat itu benar-benar ditembak jatuh, kita akan mendesak pihak yang bertanggungjawab melakukannya dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

"Pusat-pusat operasi kecemasan sudah pun ditubuhkan. Dalam beberapa jam lepas, pegawai-pegawai Malaysia sentiasa berhubung dengan rakan sejawatan mereka di Ukraine dan tempat lain.
"Dan saya akan bercakap dengan beberapa pemimpin dunia dalam beberapa jam lagi.

"Saya telah pun beberapa kali bercakap dengan Perdana Menteri Netherlands.

"Saya juga telah bercakap dengan Presiden Ukraine. Beliau berjanji akan menjalankan siasatan penuh, menyeluruh dan bebas, dan pegawai-pegawai Malaysia akan dijemput menyertainya.

"Presiden Ukraine juga mengesahkan bahawa kerajaannya akan berunding dengan pemberontak di timur negara itu bagi menubuhkan satu koridor kemanusiaan di tempat pesawat itu terhempas.
"Sebentar tadi, saya menerima panggilan daripada Presiden Obama.

"Saya dan beliau bersetuju bahawa siasatan itu perlu dijalankan tanpa sekatan.

"Sebuah pasukan antarabangsa perlu mempunyai akses sepenuhnya ke tempat pesawat itu terhempas.

"Dan tiada siapa pun patut mengganggu kawasan itu, atau mengalihkan sebarang serpihan, termasuk kotak hitam.

"Ini merupakan hari yang tragik, dalam tahun yang begitu tragik, bagi Malaysia.

"Sambil kita cuba memahami apa yang berlaku, doa dan harapan kita adalah untuk keluarga dan rakan mereka yang berada dalam penerbangan itu.

"Saya tidak dapat bayangkan apa yang sedang mereka alami pada saat-saat memilukan ini.

"Penumpang dan anak kapal penerbangan ini adalah dari banyak negara berbeza.

-18/7/2014

MH17 yang telah terbakar teruk kini masih dalam pemantauan


Berikut adalah video yang sempat dirakam oleh salah seorang penduduk di Ukraine;



Pahlawan Lan Dayak ti ke dulu nulong Rajah Brooke maia expidition gai Batang Ai ngau Batang Engkelili ti dkumbai Apun Nalang..Ia to keno ke jerita enti ngentak ke tumit kaki ba batu anchau,nyau temepur retak batu tang lebuh ia besatup ngau Depa Peyintak Nyawa ia parai dbunuh ba Nanga Sungai Bangkit ke diato.

      Nyadi maia nya ba menua Song to nadai bisi maioh orang datai laban maia nya sida ambis pulai ngau Bantin ke Kalimantan spengudah Bantin ringat meda Rajah Brooke enda kiruh ke pinta ia ka pindah agai Sg.Tekalit.Maia tahun 1913 diak Alun Nalang ngmai bala Army ia kulu kin napat ke Depa tang sida alah laban dtipu Depa to tadi ngna cara nyadi kaban sida ia.Keno ke jerita Depa deduie nyabak maia nya laban ia aja ke bedau ba rmh panjai ba Tapang Lancham kediato laban sida ke bujang engau ke tuai ambis nulong bala ngetan menua ba Ulu Kanowit maianya.Laban Depa to kena pisa(bisul) ba burit ia enda ulih engau kin.Meda diri siko ja lelaki ba rumah panjai diak Depa nurun kdiri aja nglaban Rajah ba Nanga Bangkit..bedau munya bisi kerangan besai amai ba nanga ai sungai to.Ba dito meh nyabak semalam malam ngujung ke sabak ia ddinga aki remaong.

      Nyadi aki remaong to meh nulong Depa to.Maia nya bala Rajah datai diak Depa nyaru nyadi askar Rajah ngujung ke bala Rajah parai dtubai ia ngena racun ludah remaong.Maioh sida askar to parai kelia..mina Apun Nalang nya ke bedau idup agi kering baka selama laban bisi penawar racun ti berbisa.Lebuh seduai ia Depa bamuk ba Nanga Bangkit nyau 3 hari 3 malam keno ke jerita sida niang inik nusi ngujung ke empat hari Alun Nalang nyau silap nyau dbai bamuk ba ai sungai ngujung ia parai dpangka Depa ba bandir pun Kasai ti besai senentang ulu ba Nanga Bangkit kediato.

Gambar Pematak Kayau Menua


     Nasib aki remaong madah ke Depa munuh Apun Nalang to mesti mangka ke pala ia ba bandir pun kasai laban duku,ilang ngau sangkoh nda ulih munuh ia.Pengudah Apun Nalang parai diak Brooke balat mai pedis ati ngujung ke ia nganjung bribu ribu askar ia kulu katibas napat ke Depa.Depa alu pindah ke Ulu Tisa ti ngujung Depa bulih dengah bangsa Ukit ti besai mai.Keno ke jerita pala ukit to mesai pemerap kitai kediato.Tubuh belakang besai ari pintu.Depa munuh ukit to tadi ba Sungai Lalang sitak menua ba ulu sungai Tisa,nyadi udah Depa mumpung pala Ukit to,tubuh dbuai ia gai baruh wong ngujung ba baruh wong to alu bisi pun kara besai nyadi sampai kediato agi meh pun kara nya ba tengah tengah lubuk...Depa to dkumbai Peyintak Nyawa laban ia to ti ngau ngayau sigi beribu iko parai tang sayau ia parai laban penyakit samah ba Ulu Tisa maianya..

To story dambik ku ari aki empu.Nyadi pala Ukit to ti enda salah bisi ba museum Kuching ti dkumbai THE BIGGEST HEAD..Pala to di ulih Depa ba Ulu Tisa kelia.Ku enda nemu nama kabuah pala munsuh ti besai to tau bisi dsimpan ba museum Kuching din..

P/s: Jerita kelulu ari raban facebook..

Credit gai fanpage Raban Bansa Dayak
Rentetan daripada peristiwa kanak-kanak yang meninggal dan hidup kembali pada Jumaat lepas bersamaan 11 Julai 2014, kanak-kanak itu kini disahkan telah meninggal semula. Berikut adalah peristiwanya;

Selatan Filipina- Seorang kanak-kanak yang berusia tiga tahun yang mengejutkan seluruh penduduk di Zamboanga del Sur, Selatan Filipina itu akhirnya disahkan meninggal dunia sekali lagi.

Ia disahkan oleh doktor yang menggunakan mesin pemantau jantung untuk meneliti keadaan kanak-kanak itu.

Penelitian itu gagal menemui tanda bahawa kanak-kanak perempuan itu masih hidup. Justeru, ibu bapanya dinasihatkan mengebumikan kanak-kanak itu dengan segera bagi mengelakkan jangkitan penyakit.

Kanak-kanak itu pertama kali disahkan meninggal dunia pada hari Jumaat yang lalu akibat demam. Ketika dimasukkan ke dalam keranda, saudara-maranya mendapati kepala budak berkenaan bergerak.


Bapanya kemudian terus memangku kanak-kanak berkenaan, namun ia tidak membawa berita gembira selepas doktor mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia semula dalam pemeriksaan yang dijalankan.

P/S: Apakah kisah dan pengajaran di sebalik cerita ini? Mungkin Tuhan ingin menyampaikan sesuatu kepada kita tentang kematian@tentang kehidupan?Sama-sama kita doakan.
Seorang budak perempuan berusia 3 tahun yang diisytiharkan mati secara klinikal mengejutkan ahli keluarganya apabila terjaga ketika di sebuah gereja sebelum upacara pengebumiannya bermula. 

Kanak-kanak dari Zamboanga del Sur, Selatan Filipina itu sepatutnya dikebumikan pagi keesokannya selepas majlis keagamaan di Aurora.

Bagaimanapun, bapa saudaranya yang membuka keranda berkenaan untuk melihat wajahnya terkejut apabila melihat kepala budak itu bergerak.


Kejadian itu sempat dirakam oleh anggota keluarganya menggunakan kamera telefon bimbit sebelum diupload ke internet

Paparan di bawah merupakan video kebangkitan semula bayi tersebut:





Memandangkan banyak sangat cerita pasal lesen, mesti juga mau melibatkan kereta kan? Ni senarai No. Plate TERKINI di Malaysia. Bagi yang masih confuse tu, bolehlah tengok kat bawah ni senarai no plat terkini di seluruh negeri yang ada di Malaysia.

West Malaysia
Johor= JQF6343
Kedah =KDV278
Kelantan =DCM9385
Kuala Lumpur =WA774H
Langkawi =KV4379D
Melaka =MCN5361
N Sembilan =NCY7452
Pahang =CDM2197
Perak =AJU103
Perlis =RL4108
Pulau Pinang =PLR1884
Selangor =BMT2294
Terengganu =TBP2029


East Malaysia
Beaufort =SB1025C
Betong =QBB9643
Bintulu =QTM642
K Samarahan =QCD6237
Kapit =QP9453
Keningau =SU5079C
Kota Kinabalu =SAB1282V
Kuching =QAA4619K
Kudat =SK3759A
Labuan =LE9706
Lahad Datu =SD9402K
Lawas =QLA9581
Limbang =QLA9581
Miri =QMX1845
Mukah =QS644C
Sandakan =SS1607V
Sarikei =QRH8224
Sibu =QS644C
Sri Aman =QBB9643
Tawau =ST2345V
Hai..berjumpa lagi di dalam Randauruai.blogspot..Baiklah..entri kali ini pula akan bercerita mengenai kenaikan yuran bagi  lesen memandu baru-baru ini.

Kadar harga bagi pengambilan lesen memandu kelas D dan B2 akan dinaikkan dalam masa terdekat iaitu bermula 14 Julai 2014. Ini berlaku setelah prosedur baru telah dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Lesen memandu baru berkualiti akan diperkenalkan.

Antara punca utama kenaikan institut-institut memandu, peningkatan kos dengan kenaikan harga minyak petrol dan banyak lagi kos yang meningkat.

Kebanyakan institut memandu telah mengeluarkan satu senarai harga terbaru akhir-akhir ini,iaitu:

Lesen Kelas D = RM 2000 (Dulu: RM 1300)
Lesen Kelas B2 = RM 1050 (Dulu: RM 600)