Kehidupan di sekolah menengah adalah alam persekolahan yang paling best bagi aku.. Tiap-tiap hari masa dihabiskan dengan lepak bersama kawan. Dulunya aku bersekolah di "...". Maaf,tak boleh nak sebut. Ia merupakan sekolah kebanggaan aku kerna di situlah aku dididik sehingga menjadi manusia yang berguna sehingga ke hari ini. Time sebelum aku masuk sekolah ini dulu, penah aku dengar cite2 mengarut pasal hantu-hantu ni semua. Masa tu, aku tak ambik kisah sangat sebab tak pecaya ngan benda2 ni semua. Selama setahun aku bersekolah di sana, tak penah pun terjadi perkara yang pelik-pelik. Penah sekali aku pi tengok diaorang buat "spirit" iaitu berhubung ngan makhluk halus. Aku just jenguk kejap je then lari balik. Tak nampak apa-apa pun. Time aku fom 4, adalah bengong2 ni semua buat benda yang tak sepatutnya dibuat. Dah namanya makhluk halus,masih juga mau diganggu. Jadi, punyalah marah "benda" tu kat kitaorng semua sebab asrama kmi ni dulu kononnya tempat perumahan yang dahulunya pernah terbakar dan terdapat beberapa mangsa yang terkorban.

Back to basic, time tu, huru-hara sudahlah kami punya asrama sebab ramai yang terkena rasukan makhluk halus ni. Semua pelajar pun terpaksa berkumpul di dalam satu asrama dan adalah kawan-kawan yang lain berdoa mengikut kepercayaan masing-masing. Kira-kira jam 2, kami telah dikumpulkan di tapak perhimpunan untuk mendengar ceramah dari para warden berkaitan ngan benda mengarut ni semua. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Adalah pelajar yang mula bertempiaran di sana sini sebab telah kerasukan. Macam mayat yang jadi zombie ada juga adegan time tu. Kalau korang semua penah tengok cita zombie kampung pisang, gitulah suasananya. 

Gambar sekadar hiasan

Setelah mereka ni semua berjaya dikumpulkan, maka para guru terpaksa memanggil "ketakis" untuk menyelesaikan masalah ini. Tak kurang juga, ada juga pelajar yang buat-buat dirinya dirasuk. Punyalah bengong ini orang. Masih lagi aku ingat time tu, pengetua kami cuba untuk membogelkan si bengong ni supaya dia mengaku yang dia tengah berpura-pura dirasuk. Time mau dibogelkan, dia pun kembali normal. Betapa besarnya pengaruh mulut untuk menyembuhkan orang tengah dirasuk oleh makhluk halus ni. Untuk pengetahuan anda yang sedang membaca entri ini, "si bengong" ni lah punca segala kejadian ni. Yang aku cakap pernah tengok orang main "spirit" pun dia lah juga punya angkara. Tak serik-serik lagi dia ni. Nak jadi Bomoh ke cita-cita dia suatu hari nanti. Tak de ke benda yang berfaedah selain dari berhubung dengan makhluk halus ni yang boleh membangunkan ekonomi negara.

Terima kasih kerna sudi meluangkan sedikit masa membaca nukilan yang ditulis ni walaupun ayat masih kabur-kabur lagi. Maklumlah, masih berjinak-jinak dengan dunia sebagai blogger. Jumpa lagi di cerita yang akan datang yang lebih menarik lagi. "SHARING IS CARING"

Comments (0)