Kerja-kerja melukis ni memang benda yang aku minat dari kecik lagi hinggalah ke alam dewasa.Melukis adalah salah satu hobi yang tak akan pernah aku tinggalkan sehingga ke hari ini. Time aq masuk fom six dulu, di situ lah minat aku semakin membara. Minat aku adalah lebih kepada sketching ataupun melakar dengan menggunakan pensil. Orang selalu tanya aku, "ada masa depan ke alam seni ni semua?"..So, aku jawablah, "kalau dunia tiada seni,macam mana design bangunan,ilmu reka cipta ni semua boleh wujud?"..
Walaupun banyak tentangan,aku tetap meneruskan hobi aku sebagai pelukis.Nak kata hebat, tak lah juga hebat sangat..Tapi,bolehlah..haha..Masih lagi ingat time sekolah dulu, kalau cikgu berucap kat depan, mulalah tangan aku ni gatal nak melukis sesuatu sebab bosan.Jadi, aku lukislah muka cikgu kat depan yang tengah berucap tu.Pernah sekali aku kantoi time tengah kelas kat makmal biologi dulu.Time aku tengah lukis muka cikgu kat depan tu,aku kena panggil nama sebab asyik leka melukis.Ada ke patut, kelas bio pun nak melukis juga..Lagi satu, pengalaman yang tak akan pernah aku lupakan adalah semasa cikgu minta aku lukis muka dia.Jadi, aku betul-betul lukis lah.Takkan aku nak main-main pula.Sebab bab-bab seni ni memang aku serius.Nak dijadikan cerita,punyalah gembira cikgu tu..
Ilmu seni aku banyak dihabiskan dengan melukis potret hinggalah sekarang..Aku pernah diminta melukis potret kawan-kawan juga.Nak mintak bayar, kesian pula..Anggap sebagai kenangan je lah..Cikgu aku cakap,kalau kita nak jadi anak seni ni,xyah nak menyibuk tulis nama kita kat lukisan yang kita lukis..Ilmu xkan ke mana pun.Sekian.
Ni ada sedikit gambar lukisan masih lagi aku simpan.Manakala yang lain aku dah tak tau lagi pegi mana sudah lukisan tu.Hope u all enjoy reading this.Thank u.
05:39 |
Category: |
1 comments
Comments (1)
Ini adalah lukisan yang masih lagi disimpan. Diharap awk smua enjoy lah tengok