Aktiviti perikanan sememangnya sudah abdi di dalam diri saya sejak dari kecil lagi.Korang ponah dengar x sejenis minatang bernama "unau".Ni lah dia yang aku selalu cari bersama member-member aku.Bukan senang nak cari bende ni kalau x masukkan sepenuhnya kaki ke dalam lubang tanah.Sebab bende ni tinggal di dalam tanah.Kebiasaannya, ia tinggal di dalam kawasan tanah yang becak untuk memudahkannya masuk ke dalam.Ni lah mukanya,dan x banyak pic yang dicapture:
 

Port yang selalu menjadi destinasi untuk kami mencari 'bende' ni adalah kawasan sungai yang cetek dan juga di dalam kolam besar yang telah menjadi tinggalan sejak sekian lama.Pernah sekali dapat sampai dua baldi besar.Yang menyedihkan ialah apabila benda ni sudah masak,ia akan menjadi dalam kuantiti yang kecil saja dan x berbaloi kalau nak dibandingkan dengan hasil yang banyak semasa mencarinya.Pengalaman pahit semasa mencari bende ni adalah apabila hari dah hujan,mulalah air tu naik dan kepala pun hampir tenggalam dan menyukarkan kami untuk mencari dan tambahan pula dengan lalang yang memanjang di sana sini.Apa lagi,banyaklah kaki yang menjadi calar di sana sini ditambah pula dengan pohon semalu yang mencalar paha dan betis.

Moral of the story is: belajarlah rajin-rajin kepada adik-adik dan kakak2/abang2 yang di luar sana supaya tak merasai betapa sukarnya menjadi seorang nelayan.Hehe..peace yo!!









Comments (0)