Rasanya, ini adalah kali kedua entri aku berkaitan dengan kemenangan Maharaja Lawak Mega (MLM) yang dulunya adalah Final untuk MLM2014 kalau tak silap.
Syabas dan tahniah kepada kumpulan Zero walaupun dikutuk dan difitnah dengan pelbagai tohmahan daripada manusia yang pelbagai latar belakang. Kumpulan Zero yang berasal daripada Kudat, Sabah ini merupakan tiga adik beradik dan mempunyai sifat serta ciri-ciri tersendiri.
Namun, terdapat 11 fakta menarik tentang Kumpulan Zero yang mungkin anda tidak ketahui dengan hanya memandang aspek luaran masyarakat Bajau ini.
Pertama
Mereka sudah ketiadaan bapa dan tanggungjawab ketua keluarga dipikul oleh 3 adik beradik ini
Kedua
Pekerjaan mereka sebelum menjadi pelawak adalah sebagai buruh kasar dan nelayan sahaja
Ketiga
Arwah bapa mereka cacat penglihatan namun dapat membesarkan mereka dan perkara ini sekaligus membakar semangat mereka untuk mengubah nasib keluarga
Keempat
Syaiful berhenti belajar ketika Tingkatan 1 bagi membantu menyara kehidupan keluarga
Kelima
Ketiga adik-beradik ini mahir dalam ilmu mempertahankan diri iaitu silat Gerak Kilat sejak dari kecil yang diajar oleh bapa mereka
Keenam
Daripada aksi silat itu juga mereka handal untuk melakukan aksi akrobatik
Ketujuh
Mereka mengaku bahawa mereka pernah bertelingkah apabila mengeluarkan aksi silat ini untuk dipersembahkan di atas pentas MLM bagi mendapatkan idea yang terbaik untuk dipersembahkan
Kelapan
Syaiful, Kadir, Kunal ini berasal daripada suku kaum Bajau Simunul
Kesembilan
Nama kumpulan ZERO itu dicerminkan melalui kehidupan mereka yang disifatkan serba kosong
Kesepuluh
Syaiful yang juga terkenal dengan gelaran Melati akan menamatkan zaman bujangnya pada pertengahan Februari 2015 ini
Kesebelas
Mereka mahu gunakan wang kemenangan mereka untuk bawa orang tua untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan ini adalah janji mereka
Jadi, diharap adik-beradik ini sentiasa bersabar dengan kritikan yang diacukan kepada mereka kerana mereka baru sahaja memulakan karya sebagai pelawak yang dikenali dan disegani ramai.
Berikut adalah petikan yang sempat diambil daripada FB yang sudah menjadi Viral di Malaysia;
21:50 |
Category: |
0
comments